TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, October 15, 2009

Jam 3 Pagi Sanggup Tunggu Untuk Hantar Surat Sidang DUN - Nizar

DS Nizar menyatakan terdapat petugas SU DUN Parak sanggup menunggu beliau ,hanya semata-mata untuk menyerahkan surat Speaker Haram ,Ganesan memanggil sidang DUN Perak.

"Satu panggilan daripada petugas Dewan,bertanya DS berada di mana" kata DS Nizar."Saya out station"kata DS Nizar."Kami tunggu sampai pukul tiga pagi".Menurut DS Nizar mereka sanggup menunggu untuk menjalankan arahan Speaker Haram Ganesan Haram.

Sementara itu,Adun Kuala Kurau,YB Yunus telah menerima surat tersebut di rumah beliau di Parit Buntar.Difahamkan surat yang bertarikh 12 Oktober itu,meminta wakil rakyat menghantar soalan bertulis dan lisan sebelum 14 Oktober.

"Speaker V.Sivakumar pun memberi notis panggilan ,dan meminta soalan lisan serta bertulis mengikut peraturan dewan 14 hari."kata DS NIzar.

DS Nizar menegaskan ,Pakatan Rakyat tidak akan hadir persidangan DUN Perak yang dipanggil Speaker Haram ,Ganesan.

"Ganesan bukan sahaja menghina Sultan Perak tetapi juga mencemar perlembagaan Perak"kata DS Nizar.

"Saya menasihatkan mereka yang ingin bersidang,tunggulah keputusan V.Sivakumar yang memohon keptusan mahkamah berkaitan kerbersahan Ganesan"kata DS Nizar.

"Kini krisis dalam krisis yang dicipta UMNO/BN"tegas DS Nizar lagi.

No comments:

Post a Comment