TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Sunday, October 18, 2009

Kenapa Pejabat Pilihan Raya Perak Pamer Nama Pendaftar ? Anda mungkin tahu....


IPOH, 16 Okt (Bernama) -- Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak akan mempamerkan nama-nama mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, mereka yang telah mendaftar pada tarikh tersebut diminta untuk menyemak nama di tempat-tempat berikut iaitu pejabat Pilihan Raya Negeri Perak, Pejabat Pos, Pejabat Penghulu dan pejabat-pejabat daerah.

Tempoh pameran selama seminggu bermula Selasa depan (20 - 26 Oktober 2009), katanya.

Katanya sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri Perak di nombor telefon 05-2494113, 05-2494120 dan 05-2494121.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment