TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, October 21, 2009

Kata dulang paku serpih,Umno ejen Amarika ???




"Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih." Begitulah perumpamaan paling sinonim kepada puak-puak Umno yang pernah satu ketika dahulu gegak gempita menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen Amerika.

Walhal, parti itu lebih agen dari segala agen Amerika.

Buktinya, gambar Ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis sudah tersebar luas menunjukkan beliau sedang berbincang dengan Wolfowitz, bekas ahli Kabinet mantan Presiden Amerika George Bush yang bertanggungjawab menyerang Iraq.

Dipercayai dalam pertemuan itu, Jamaluddin yang pergi menemui Wolfowitz di Washington.

Dahulu, tuduhan jahat yang dilemparkan Umno kepada Ketua Umum KEADILAN itu bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Wolfowitz meleset sama sekali kerana beliau yang datang sendiri untuk menziarahi Anwar ketika Anwar sakit.

Begitu juga ketika Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi menemui Benjamin Netanyahu, pembunuh umat Islam Palestin yang juga Perdana Menteri Israel tempohari. Tanpa disedari, menerusi pertemuan itu, Malaysia mengiktiraf kedaulatan negara haram Israel.TVA

No comments:

Post a Comment