Apa nak jadi anak kita....kalau begini caranya...???
Memakai pakai baju kurung sekadar adat semata-mata...Tudung pun tak pakai walau pun ianya perintah Islam. dah tu menghisap rokok menjadi amalan dan di hisap secara berkumpulan. bermakna tiada heran lagi budaya ini menjadi amalan para remaja hari ini. Ini remaja perempuan, lelaki tak tahu lah.
Pemerintah mestilah peka dengan sistem pembelajaran, pendidikan dan amalan Islam sebagai praktis dalam kehidupan harian. Penekanan kearah membawa anak muda kepada amalan Islam mesti digalakkan. Sistem pendidikan Islam janganlah dilengahkan. Hukuman Islam yang terdapat di dalam kitab mestilah diberitahu tentang pentingnya ianya diamalkan dalam kehidupan samada pada individu atau bermasyarakat.
Masuk sahaja waktu solat, pemerintah mesti hebahkan;berhenti seketika untuk bersolat dan menyambung pekerjaan selepas itu. Universiti terbuka amalan Islam yang dipraktikkan di negeri Kelantan bolehlah dijadikan contoh untuk negeri-negeri lain mengambil pengajaran.
Selamatkan anak muda kita mestilah menjadi slogan untuk dipamerkan sebagai ganti wajah tokoh yang tiada membawa apa-apa erti yang sentiasa dipamerkan sebagai penghias banner untuk nilai pengaruh dan promosi. Semoga kita boleh berubah. Islam Boleh...!!!! Musnahkan amalan atau doktrin yang menghancurkan umat manusia.
No comments:
Post a Comment