TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, October 21, 2009

PAS HENTAM PAS , AHLI PAS HEMTAM PIMPINAN PAS....APA NAK JADI???

UMNO meng'hentam' PAS. PAS meng'hentam' UMNO. Apa yang nak dihairankan. Itu perkara biasa dalam politik.

Tetapi, kalau orang PAS sendiri meng'hentam' PAS, itu satu perkara yang pelik. Kalau orang PAS sendiri mengherdik pimpinan tertinggi PAS, itu satu perkara yang anih.

Sekarang penyokong PAS, pendokong PAS, ahli biasa PAS, ahli sekaligus PAS, bloger penyokong PAS sudah berani mengherdik pimpinan tertinggi PAS. Herdikan sesetengah daripadanya sudah sampai ketahap macam marah ke kucing kurap yang masuk halaman rumahnya. Itulah perangai dan akhlak sesetengah daripada mereka.

Mereka membuak-buak marah ke UMNO sehingga tanpa disedari pimpinan tertinggi jadi mangsa. Mereka juga membuak-buak marah ke pimpinan PAS, UMNO hanya gelak-ketawa.

Tetapi kemarahan mereka ini ada musimnya. Kalau muncul musim pilihanraya kecil atau umum, jika keputusan tidak menyebelahi PAS, maka pimpinan tertinggi akan jadi mangsa cacian, maki-hamun, herdik dan segala kata keji. Sebaliknya kalau PAS menang, maka pujian melambung tinggi kepada pimpinan. Itulah perangai dan akhlak sesetengah daripada mereka.

Pimpinan tertinggi bukan maksum macam Nabi SAW. Mereka pun tidak sunyi membuat silap. Mereka terbuka untuk dikritik. Tetapi kita sebagai pendokong PAS yang kita sendiri mengangkatnya ketahap Gerakan Islam, seharusnya kita menyalurkan segala kritikan yang sedikit 'pedas' dalam 'platform' yang telah disediakan oleh parti.

Adakah dengan memaki-hamun, mengherdik, mencaci dengan bahasa yang kesat menunjuk kita sorang saja yang benci ke UMNO?

Adakah dengan berlagak bodoh-sombong, menentang tak tentu arah tujuan, menghina peribadi pimpinan tertinggi PAS menunjukkan kita sorang saja yang sayang pada PAS?

Pilihanraya bukan macam bermain bolasepak walaupun ada sedikit persamaan seperti memerlukan kemahiran yang tinggi, kemantapan taktik dan teknik, ketahanan daya tahan, 'team-work' dan sebagainya.

Dalam bolasepak, kerusi jurulatih amat panas, kalau pasukan asyik kalah, jawatannya akan 'terbang', terutama bolasepak Malaysia.

Apakah dalam politik kalau PRK atau PRU, PAS asyik kalah pimpinan tertinggi mesti diganti? Kalau itulah kehendak mereka, entah beratus orang Presiden PAS bertukar-ganti.

Di mana silapnya?

Adakah parti PAS itu sendiri yang bermasalah atau hanya pimpinan sahaja yang bermasalah atau memang ahli yang bermasalah atau penyokong dan pendokong yang bermasalah?

Adakah anda tidak bermasalah? Atau memang kita semua bermasalah?

Barang diingat, kita berada di dalam jemaah Islam, pengundi di atas pagar di luar sana sentiasa memerhatikan 'gerak-kerja' kita.

Musuh PAS sudah lama mengukir senyum lebar sambil mengangguk dan mengeleng kepala, alahai PAS!

Cukuplah Manik Urai dan Bagan Pinang mengajar kita.

No comments:

Post a Comment