TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, October 14, 2009

Bye-Bye KD Indera Pura...

Kapal Di Raja InderaPura yang besar dan gagah di Armada TLDM telah hampir musnah terbakar di jeti Pangkalan TLDM Lumut baru=baru ini. Entah beberapa kali kapal ini terbakar dan ianya diperbaiki dengan kos yang boleh menghabiskan wang negara. Satu ketika dahulu, banyak anggotanya diberhentikan dari perkhidmatan kerana tuduhan melakukan penyelewengan ketika kapal ini diperbaiki. Kebanyakkannya anggota bawahan tetapi mereka yang ada menggunakan khidmat guaman, tidak diambil apa-apa tindakan.
Kali ini ianya lebeh teruk dan mungkin musnah dan tidak dapat diperbaiki. Walaupun jasanya banyak mungkin pihak-pihak tertentu mahukan sebuah kapal baru selepas mereka memiliki kapal selam buatan Perancis. Bagi pelobi dan pembeli tentunya bayangan komisyen akan menjadikan mereka kaya raya dan boleh tersenyum walaupun KD Inderapura telah musnah. Ada Maklumat mengatakan, semenjak kapal ini terbakar tiada seorang menteri pun yang datang menjengah kejadian ini. Malah tindakan menyelamatkan kapal ini dari terus terbakar dan musnah sangat lemah. Sayonara dan Bye-bye. Berakhirlah satu aset negara di perairan negara walaupun kapal ini telah berkhidmat di Teluk ADEN menyelamatkan rakyat kita dari serangan lanun.

No comments:

Post a Comment