TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Saturday, October 31, 2009

KATA-KATA BLOGGERS YANG MENCARI NAMA DAN PUBLISITI - PASTI KAU DAPAT DAN PEROLEHI JIKA KAU MAHU

AYAT DI BAWAH YANG DIPAPARKAN OLEH SEORANG YANG BLOGGER MEDIA BARU UNTUK DITELITI, PERAMATI DAN DITAPIS UNTUK KITA BUANG JAUH-JAUH DAN TIDAK MENGKHIANATI PERJUANGAN.

Gua tidak mempunyai akhlak yang baik untuk menegakkan satu negara Lu, ya Allah. Tapi gua mempunyai kecerdasan dan keberanian yang boleh melanggar Hadi tahun depan. Harap Lu kekalkan kecerdasan gua, dan tidak membolak-balikkan keberanian gua. Gua kembalikan anugerah yang Lu pinjamkan kepada gua dan rakan-rakan ke jalan Lu kembali. Lu mudahkanlah ya Allah.


Jumpa projek langgar Hadi tahun depan. Insyaallah. Amin.mai...

Teman tak kenal dia....Tapi itulah ayat yang terpapar dalam blog dia. Teman beranggapan dia bercita-cita dan ada matlamat tersembunyi demi menjadi terkenal menumbangkan seorang pemimpin yang kita sama-sama pilih sebagai pemegang amanah. Teman tak kenal dia dari parti mana... Kawan-kawan seangkatannya pun ramai... .Mungkin tahun depan dia dan rakan-rakannya dapat bonus besar. Teman berharap kepada pejuang yang ada etika dan adab, marilah kita menjadi jamaah yang istiqamah dalam perjuangan.Tegakkan kebenaran tumbangkan kebatilan. Islam adalah cara hidup dan bukan matlamat menghalalkan cara. Jangan gunakan teori Pecah dan Perintah. Allah maha melihat apa yang kita lakukan.

Friday, October 30, 2009

BERSIH Fokuskan Hapus Undi Pos Menjelang PRU 13 - Hj Mohd Sabu

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/MdSabuHimpit2009.jpgKEMAMAN – Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) Haji Mohamad Sabu berkata gabungan NGO tersebut akan terus bergerak dan menumpukan usaha dalam menghapuskan undi pos menjelang pilihanraya akan datang.

”Kita akan terus bersama NGO, akan terus berbincang diantaranya (terutama) masalah undi pos, ia (undi pos) jadi talian hayat kepada parti pemerintah, undi pos patut dihapuskan,”katanya ketika ditemui selepas ceramah sempena permulaan program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) disini semalam.

Menurutnya dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang baru-baru ini, sepatutnya undi pos hanyalah untuk anggota tentera yang bertugas di luar, bukan kepada isteri-isteri merka yang tinggal di dalam kem.


Beliau berkata dari awal lagi PAS telah kalah dari segi 'saikologi' di Bagan Pinang kerana terdapat lebih empat ribu.

Katanya, eksploitasi terhadap undi pos kini telah menyelamatkan 25 kerusi parlimen Barisan Naional (BN) dan rancangan Menteri Pertahanan mahu mengujudkan satu kem tentera disetiap DUN bakal menjadikan pilihanraya semakin 'teruk'.

"Sekarang ini undi pos menyelamat 25 kerusi parlimen Barisan Nasional, sepatutnya, ketiadaan undi pos kita (Pakatan Rakyat) bertambah lagi (kerusi parlimen) 80 tambah 25, sudah hampir boleh memerintah,

"Ya (menambahkan satu kem dalam satu DUN) akan menambahkan teruk lagi, dia mahu memperbanyakkan lagi undi pos, kita terus menentang!,"tegasnya


Katanya, samada BERSIH akan turun atau tidak ke jalan raya, berdemonstrasi bagi menuntut Suruhanjaya Pilihanraya menghapuskan undi pos, adalah bergantung kepada keputusan perbincangan dengan semua NGO yang bergabung.

Mengenai bukti menunjukkan daftar pemilih SPR masih tidak bersih dengan penemuan 200 nama yang bertindih, beliau berkata BERSIH akan membawa perkara tersebut kepada pihak antarabangsa.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, PAS juga akan menjalankan segala usaha bagi menjadikan pilihanraya di negara sebagai satu pilihanraya yang bnar-benar bersih dan adil.

"(BERSIH) akan terus membawa ke peringkat antarabangsa, (PAS) akan membawa perkara tersebut diperingkat pemuda, semua pihak, supaya kita betul-betul jadikan pilihanraya kita benar-benar bersih, barulah (nanti) siapa yang menang pun tidak ada rungutan,"jelasnya.

Beliau menjangkakan pertentangan dan pertelingkahan antara pihak pemerintah dengan parti-parti pembangkang dalam usaha menuntut pilihanraya yang bersih dan adil ini akan menjadi lebih hebat pada masa akan datang.





Anak Kita Tanggungjawab Kita

Oleh:taskforcemiri

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dalam menjalankan tugas kita sebagai ibubapa, orang yang memikul amanah dalam membimbing anak-anak

dan sebagai anak-anak yang mentaati kedua ibubapa. Dalam sebuah riwayat yang dikeluarkan oleh Abd Razzak dan Said bin Mansur daripada Ali r.a berkata: “Didiklah anak-anak dan keluargamu dengan baik serta hiasilah mereka dengan akhlak yang baik”.



Sementara itu, pepatah Melayu berbunyi ‘melentur buluh biarlah dari rebung’ patut dijadikan amalan. Pendidikan dan pembentukan keperibadian anak hendaknya bermula dari kecil lagi. Ini mesti dilakukan oleh ibu dan bapa. Bagaimana mendidik anak supaya menjadi seorang berakhlak mulia, penyantun serta berbudi bahasa dalam usia anak yang masih mentah. Pertama, ibubapa perlu berusaha untuk memenuhi hak asasi anak seperti yang digariskan oleh Islam. Prof Abdul Rahim Omran berkata ada 10 hak asasi seorang anak iaitu;



1. Hak untuk hidup.
2. Hak untuk mempunyai genetik sahih (anak yang dilahirkan oleh ibubapa yang sah pernikahannya).
3. Hak untuk mempunyai nama baik.
4. Hak untuk mendapat belaian kasih sayang, perlindungan & penyusuan ibu.
5. Hak untuk mendapat tempat tidur berasingan.
6. Hak untuk mendapat pendidikan dan ilmu pengetahuan.
7. Hak untuk dibesarkan di dalam suasana Islam.
8. Hak untuk mendapatkan setiap sesuatu yang dibelanjakan baginya dari sumber halal.
9. Hak untuk mempelajari kemahiran hidup dan pertahanan diri.
10. Hak untuk mendapat layanan saksama tanpa mengira jantina.



Merujuk kepada hak yang ke-6 di atas, kita perlu melihat semula sejauhmanakah peranan ibubapa dalam memberi pendedahan ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah kepada anak-anak yang dikatakan amat kritikal kini. Masyarakat sering kali menyalahkan ibu bapa sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini terhadap anak-anak. Si bapa pula akan menyalahkan ibu yang menurutnya bertanggungjawab sepenuhnya mendidik anak-anaknya. Sebenarnya ibubapa bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak. Sikap saling menyalahkan antara satu sama lain sangat merugikan kerana tidak menyelesaikan apa-apa masalah.



Al-Quran menjelaskan fungsi mendidik anak terletak pada bahu seorang bapa, manakala ibu sebagai pendokong dan penyokong utamanya. Ini dinyatakan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan ketika Lukman berkata kepada anaknya, pada waktu dia memberi pelajaran kepada anaknya: Hai anakku, janganlah kamu menyekutukan Allah, sesungguhnya menyekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman besar.” (Surah Lukman, ayat 13).



Di sini, Lukman sebagai seorang bapa, mula mendidik anaknya dengan memperkenalkannya kepada Allah, Pencipta dan Pemilik alam ini. Seterusnya Lukman (mewakili kaum bapa) mengajarkan anaknya terhadap bahaya syirik dan menasihatkan anaknya mengenai beberapa tatacara akhlak mulia. Begitulah betapa besarnya tanggungjawab bapa dan ini menunjukkan bapa memang tidak boleh lepas tangan dalam pembinaan sahsiah anak. Dalam perubahan struktur keluarga pada zaman ini (di mana ibu juga sama-sama mencari nafkah), tugas bapa bukanlah setakat mencari nafkah untuk keluarga semata mata. Mereka perlu berganding bahu sebagai ibubapa yang berpadu tenaga untuk mengenalkan anak kepada akidah Islam mantap. Keutuhan akidah inilah yang akan menjamin kemuliaan akhlak remaja Islam.



Dalam hal ini, Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Tarbiyyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan Anak-anak di dalam Islam) merakamkan enam tanggungjawab pendidikan, iaitu:



1. Tanggungjawab pendidikan keimanan (akidah).
2. Tanggungjawab pendidikan akhlak.
3. Tanggungjawab pendidikan jasmani.
4. Tanggungjawab pendidikan mental.
5. Tanggungjawab pendidikan rohani.
6. Tanggungjawab pendidikan sosial.



Bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa anak-anak kita tergolong daripada mereka yang berguna kepada umat manusia dan bukan di kalangan mereka yang membuat kerosakkan?. Untuk memastikan kesemuanya ini, suatu perkara yang sangat penting perlu dimiliki oleh setiap orang untuk menjalani kehidupan di atas bumi ini, lebih-lebih lagi dalam memikul amanah sebagai khalifah adalah dengan menguasai “ilmu”. Hanya dengan ilmu sajalah seseorang itu dapat membezakan yang halal dan yang haram, yang haq dan yang bathil. Hanya dengan ilmu jualah manusia dapat mentadbir bumi ini sebaik-baiknya agar mereka mendapat ketenangan serta kejayaan di dalam segala aspek kehidupan. Untuk kita memakmurkan bumi ini, wajiblah kita menuntut ilmu… Segala bentuk ilmu, samada ilmu fardu ain seperti ilmu Tauhid, ilmu Fiqh dan Muamalah ataupun ilmu fardhu kifayah seperti ilmu Sains, Matematik dan sebagainya.



Renunglah sejenak… Sejauhmanakah kita mendedahkan anak-anak kita dengan ilmu fardhu ‘ain?… Di kesempatan cuti persekolahan ini marilah sama-sama kita tekankan penguasaan ilmu fardhu ‘ain untuk anak-anak kita agar dengannya dapat dijadikan benteng bagi mereka menghadapi dunia luar yang penuh cabaran. Bawalah anak-anak kita bersama-sama solat berjamaah di surau/ masjid, biasakanlah mereka dengar membaca Al-Quran walaupun hanya sekadar selembar sehari dan biasakanlah mereka dengan mendengar tazkirah ilmiah yang dianjurkan. Insya Allah gabungan ilmu fardu ‘ain dan fardhu kifayah yang mantap akan membentuk jatidiri anak-anak ke arah yang lebih terarah. Insya Allah dengan ini dapat menghindar remaja kita kepada kemusnahan yang merosakkan aqidah, akhlak dan peribadi mereka.



Marilah kita merenung sejenak akan pentingnya ilmu di dalam kehidupan, terutama bagi mereka sebagai pelapis para pemimpin di masa hadapan. Anak-anak kita tidak akan dapat mendisiplinkan diri dalam menuntut ilmu melainkan dengan tunjuk ajar dan pimpinan ibubapa mereka. Sebagai ibubapa kita haruslah sentiasa memainkan peranan untuk memberi mereka sokongan dan tunjuk ajar yang diperlukan. Kita tidak boleh sibuk dengan urusan pekerjaan seharian sahaja sehingga kita abaikan tangungjawab terhadap mereka.



Bagaimanakah boleh kita membantu mereka?. Sebagai ibubapa, selain daripada memberi mereka galakan, kita harus juga ada hubungan komunikasi dengan anak-anak, sentiasa berinteraksi dengan mereka dan sentiasa bertanya akan masalah-masalah yang mereka hadapi dalam mengharungi dunia mereka. Sebagai ibubapa, kita juga harus memastikan mereka hanya menuntut ilmu yang benar dan yang bermanfaat dan tidak menuntut ilmu-ilmu yang boleh memudharatkan mereka. Antara ilmu-ilmu yang membawa kebaikan, sebagai contoh, ilmu fardhu ain, kerana ianya akan mengenalkan remaja kita kepada tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam dan perkara-perkara yang diwajibkan ke atas mereka untuk ditunaikannya. Dengan demikan mereka akan menjadi remaja yang bertaqwa serta akan menjauhkan mereka daripada membuat maksiat dan sekaligus mereka akan mempunyai sifat muraqabah. Secara tidak langsung, mereka juga akan menjadi anak yang soleh dan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.



Sebagai ibubapa, mungkin kita akui dan memang tidak akan merestui sekiranya anak-anak kita menuntut ilmu yang boleh merosakkan mereka. Tetapi dari manakah mereka mendapat ilmu-ilmu tersebut? Sebagai remaja, anak-anak kita mempunyai ramai kawan dan kenalan. Sekiranya mereka berkawan dengan mereka yang mulia akhlaknya, mereka akan juga dipengaruhi sifat-sifat mulia daripada kawan-kawan tersebut. Tetapi, sekiranya mereka berkawan dengan yang buruk akhlak dan budi pekertinya, mereka akan terpengaruh dan akan mengambil sifat-sifat buruk tersebut. Jadi, kita hendaklah memastikan agar anak kita mendapat ilmu yang bermanfaat dan mengelakkan daripada ilmu-ilmu yang boleh merosakkan akhlak dan peribadi sebagai persiapan mereka menjadi khalifah di muka bumi ini.



Demikianlah antara tanggungjawab kita sebagai ibubapa di mana kita akan ditanya oleh Allah SWT akan amanah yang kita dipertanggungjawabkan ini. Buat akhirnya, semoga ibubapa dan pendidik dapat meningkatkan iltizam dalam mendidik cahaya mata masing-masing dengan merenung mafhum hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya akan mereka yang di bawah kepimpinannya!” (Riwayat Ibn Hibban).



Wallahu a’la wa a’lam.

HMS Bakar Yang dikenali.


Haji Mohd Salleh Bakar, atau lebih dikenali dengan HMS Bakar. Dulu saya ingat nama ni diambil dari  Her Majester Ship Bakar, kapal tauliah England. Rupanya nama seorang yang terkenal dalam kumpulan Arqam yang sudah mufaraqah dari Assyaari Muhamad, Imam kabir kumpulan yang diharamkan oleh kerajaan BN pimpinan Che Det. Dia telah menyokong perjuangan Pakatan Rakyat. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Dewan di bangunan Parlimen. Kalau ditanya seluk beluk dalam pengurusan dewan, tahu benar le dia. Teman sempat ler mencuit duit malam tadi sambil-sambil makan di rumah sahabat. Macamana dengan perlantikan Bentara di dewan Undangan Perak tu...??? Mana peruntukan depa dapat tu??? Gila...deme ni dah gila...loghat Kampung Gajahnya yang tak lekang. Adik beradik dia Osman Bakar...yang demo di Ipoh satu ketika dulu...UMNO tegar ler dia tu.

Hebatnya HMS Bakar ialah dengan pantun dan sajaknya. Memang hebat menulis. Dulu Arqam ada beri ruang untuk beliau menulis dalam buletin mingguan Arqam. Kebanyakannya berbentuk puisi. Teruskan perjuangan dalam pakatan rakyat. Nama mu akan menjadi sebutan walaupun hanya seuntai puisi.
Di bawah ini pantun yang ditulisnya dan dibacakannya malam tadi di kuliah MADAH, Seri Manjung.


Pantun 2 Kerat

Buah Cempedak buah Nangka
Sokong peRASUAH di akhirat CELAKA



Buah betik buah nenas
Hilang kuasa hati panas



Buah duku buah langsat
Tolak ISLAM diakhirat bangsat



Buah manggis buah rambai
Ketua munafik Abdullah Ubai



Buah nenam buah tembikai
Janji munafik tak boleh pakai



Buah kelapa buah peria
Orang Mukmin di akhirat ceria



Buah limau buah petai
Diakhirat orang mukmin bersantai







HMS Abu Bakar
3 Zulkaedah 1430H @ 22 Oct 09

Bocor Dah Rahsia Meeting!

Oleh Muhaimin Sulam

Setiap kali tamat apa jua jenis mesyuarat, samada ada keputusan itu bersifat rahsia, terhad, sulit dan sebagainya, ia akan berakhir dengan pembocoran. Darilah mesyuarat parti politik samada PAS, UMNO, PKR dll, hinggalah mesyuarat anak beranak. Yang sulitnya adalah menyimpan rahsia keputusan mesyuarat.

Sebagai penyelidik, memang sukar untuk dapatkan keputusan mesyuarat parti secara bertulis. Semua kata, ini rahsia parti. Rahsia kerajaan. Rahsia negara. Oii...... aku nak buat research bukan nak pejatuhkan orang! Aku tak ada apa kepentingan politik (he he he....)

Tetapi sebagai pembaca blog, aku boleh dapat semua keputusan dan jalan cerita mesyuarat daripada A - Z.

Memang orang kita berkecenderungan tidak berahsia bila berbicara. Mulut tempayan boleh ditutup, ini mulut orang! Sembang panjang lagi kawan! Tulislah blog panjang-panjang. Selak semua kain orang. Moga-moga aku dapat lagi rahsia dalam rahsia

Thursday, October 29, 2009

Polis Telah Melanggar Panel Kod 124 Kanun Keseksaan Menghalang ADUN Melaksanakan Tugas Menghadiri Sidang DUN

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Pakatan Rakyat Perak menyelar penafian yang dibuat ketua polis negeri itu yang mendakwa anggota keselamatan mereka tidak melakukan sebarang halangan dan kekasaran kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan.
Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada satu sidang media di lobi parlimen siang tadi berkata, penafian oleh mana-mana pihak berhubung berlakunya kekasaran dan halangan terhadap Adun pakatan adalah satu penafian bohong.
Menurutnya, kesemua Adun Pakatan semalam dihalang dan ada di antara mereka dikasari sewaktu ingin menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) tersebut.
"Kalaulah dinafikan oleh ketua polis Perak, ketua polis negara mahupun menteri dalam negeri, ini satu pembohongan," katanya.
Pihak polis dakwanya telah melanggar peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan kerana telah menghalang ADUN dari melaksanakan tugasan menghadiri sidang Dun.
Pihak polis dakwanya telah melanggar peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan kerana telah menghalang ADUN dari melaksanakan tugasan menghadiri sidang Dun.
ImageMenceritakan kembali pengalaman mereka menghadiri Sidang DUN Perak semalam, beliau memberitahu kesemua ADUN pakatan berdepan sekatan pihak polis di lima tempat iaitu tiga sebelum masuk ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, dan dua sebelum masuk ke dewan persidangan.
"Kami disekat dengan lima 'check point' (pemeriksaan), di setiap check point itu kami hanya dibenar masuk seorang demi seorang.
"Keadaan itu sengaja dibuat supaya kami tidak masuk (dewan persidangan) sebelum pukul 10," katanya yang juga ADUN Pasir Panjang.
Selepas memasuki pagar bangunan SUK, kesemua Adun Pakatan katanya ditolak ke kawasan letak kereta di bawah bangunan tersebut.
Jelasnya, tindakan tersebut bagi menghalang oarang ramai dan pihak media melihat kekasan yang mereka lakukan kepada Adun pakatan.
"Mereka menolak kami ke kawasan parking kereta supaya tidak dilihat umum.
"Di situlah mereka menjalankan 'operasi' mencekik sivakumar," ceritanya lagi.
Image
(Gambar: Ngeh Ko Ham menunjukkan aksi bagaimana Speaker Pakatan Perak, V.Sivakumar di cekik)
Apa yang diketahui rakyat berhubung insiden semalam katanya, hanya antara secebis yang berlaku yang sempat dirakam oleh petugas media, malah masih banyak kekasaran lain diperlakukan kepada mereka khususnya kepada Speaker, V Sivakumar sebelum memasuki dewan persidangan.
"Saya lihat seorang anggota polis, ASP Bala nama dia, merampas songkok speaker Sivakumar di hadapan kami," katanya lagi.
Beliau juga mendakwa selain dicekik, Sivakumar turut dihentak diperut.
Selain itu, pelbagai tekanan lagi dilakukan kepada ADdun pakatan termasuk dipaksa menggunakan laluan tangga kerana lif ke dewan persidangan diberhentikan, komputer riba dan kamera dirampas dan kesemua pintu masuk ke dewan dikunci dengan hanya satu laluan dibuka.
Kehadiran ratusan anggota polis mengawal bangunan SUK itu juga di ibarat Ipoh seperti berada dalam 'zon perang'.
Jelasnya jalan-jalan menuju ke bangunan tersebut yang ditutup, berpuluh trak polis dan simpanan persekutuan FRU merintangi pintu masuk ke bangunan SUK serta notis larangan berada di dalam kawasan 50 meter dari kawasan bangunan SUK seolah-olah wujud ancaman besar terhadap ibu negeri itu.
Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah semalam menafikan anggota keselamatan mereka melakukan kekasaran dan menghalang Adun Pakatan Rakyat memasuki Bangunan SUK untuk menghadiri sidang.
Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan speaker yang juga Adun Tronoh V.Sivakumar dikasari sehingga menyebabkan jubah yang dipakainya terkoyak.
Hadir sama pada sidang media tersebut, Adun Pantai remis, Nga Kor Meng dan Adun Setiawan Ngeh Ko Ham.
Semalam, Adun Pakatan memberitahu selain Sivakumar, sekurang kurangnya dua lagi dikasari pihak polis termasuk Nga Kor Meng di mana alat sulitnya dipegang manakala seorang lagi Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai diseret di lantai.
Dalam persidangan berasingan semalam, Pakatan Rakyat telah meluluskan dua usul dan satu usul tergempar.
Usul tergempar adalah rakaman takziah kepada mangsa tragedi program 1Malaysia di Kuala Dipang dan semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga siasatan kes tersebut selesai.
Dua usul lagi adalah bersetuju melantik bekas pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai senator dan merakam penghargaan terhadap laporan Ketua Audit Negara, sewaktu pentadbiran Pakatan pada tahun 2008. _harakahdaily-nazri abdullah

Taklimat Isu Semasa Diganti Dengan Seminar Khas PAS Pusat

Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mengadakan Mesyuarat Khas semalam (28 Oktober 2009) memutuskan untuk mengantikan Program Taklimat Isu-isu Penerangan yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat sebelum ini kepada Seminar Khas bagi menerangkan isu-isu dan strategi semasa parti.

Tempat program dipersetujui untuk dikekalkan iaitu di Dewan Almarhum Dato’ Fadzil Noor, Markas Tarbiyyah Taman Melewar, bermula jam 8 pagi pada 7 November 2009. Berikut adalah senarai peserta yang dijemput bagi menghadiri program ini.

* Ahli Majlis Syura Ulama Pas
* Ahli Jawatankuasa Pas Pusat
* Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama’ Pas Pusat
* Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat
* Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat
* Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pas Pusat
* Dewan Harian Badan Perhubungan Pas Negeri/ WP
* Setiausaha Lajnah Penerangan Badan Perhubungan Pas Negeri/WP
* Dewan Harian Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Pas Negeri / WP
* Setiausaha Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Pas Negeri / WP
* Ahli Parlimen Pas
* Ahli Dewan Negara Pas
* Adun-Adun Pas
* Yang Dipertua Pas Kawasan
* Setiausaha Pas Kawasan
* Ketua Penerangan Pas Kawasan.
* Setiausaha Penerangan Pas Kawasan

Sehubungan dengan itu, PAS menyeru kepada semua pimpinan dan ahli agar tidak lagi mengulas atau menimbulkan spekulasi dan persepsi berhubung isu Kerajaan Perpaduan yang diangggap tidak berbangkit lagi. Sebarang isu yang timbul hendaklah dirujuk kepada pimpinan dan ahli dinasihatkan agar tidak lagi melayan atau menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih kepada khalayak hingga menimbulkan persepsi yang negatif terhadap parti.

Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan” – (Surah Al-Hujurat 49 : 6)

Maka, sebarang aduan berhubung salah laku pimpinan dan ahli hendaklah dirujuk kepada Lembaga Disiplin Parti dan tidak perlu lagi disebarkan melalui ceramah, penulisan atau ulasan dalam akhbar, blog atau media lainnya hingga memberikan kesan buruk terhadap persepsi ahli dan rakyat keseluruhannya terhadap Pas.

Pas yakin bahawa setiap isu yang timbul dapat diselesaikan dengan baik melalui jalan musyawarah dan kita mempunyai tanzim yang terbaik dalam menghadapinya melalui panduan Al-Quran dan Sunnah.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS Tidak Berpecah, UMNO Yang Gigit Jari

Oleh:HAMZAH ABDULLAH

APA yang disifatkan oleh UMNO sebagai perpecahan dalam parti dan kepimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan atau apa-apa juga istilah yang dicipta oleh UMNO  bagi menggambarkan seolah-olah PAS kini bergolak,

 sebenarnya hanya lebih mendedahkan sikap munafik serta rosaknya akhlak para pemimpin UMNO itu sendiri.

Lebih parah dari itu, UMNO sebenarnya MASIH TIDAK BERUBAH DAN TIDAK AKAN BERUBAH. Buatlah banyak manapun persidangan UMNO, terpekik terlolonglah macam orang kerasukan dan mabuk todi, UMNO tetap tidak akan berubah!
UMNO semakin menuju perubahan ke arah kehancuran yang bakal melenyapkan UMNO dari lipatan sejarah politik tanah air. UMNO sangat berharap kepada pergolakan kepemimpinan dalam PAS kerana dengan cara itu sahaja UMNO dapat meneruskan agenda mempertahankan kerakusannya untuk kelangsungan kuasa bagi membolot lebih banyak harta negara yang terhasil dari keringat rakyat jelata.
UMNO sudah rapuh, semakin tenat, tidak punya kekuatan dalaman, membolot kuasa melalui jalan yang tidak bertamaddun sebagaimana insiden rampasan kuasa yang berlaku di Perak baru-baru ini, perisytiharan MAGERAN di Kelantan pada 1997 yang akhirnya menyaksikan kelahiran BERJASA bagi menumbangkan kerajaan PAS Kelantan, rampasan kuasa di Sabah pada 1994 melalui pembelian YB-YB yang sanggup menggadai maruah mereka untuk kesenangan dan gaya hidup mewah yang sementara didunia fana ini.
UMNO merampas kerajaan yang diterajui PAS di Terengganu pada 2004 melalui jalan paling jijik menggunakan pengundi-pengundi hantu yang dibawa dari Selangor. Kemenangan UMNO/BN dalam pilihanraya adalah kerana bertongkatkan SPR, PDRM, jentera-jentera serta agensi kerajaan dibawah Kementerian yang diterajui UMNO/BN  dan bukan kekuatan UMNO secara ‘genuine’.
Kemuncak kepada kerakusan untuk membolot serta kekal  berkuasa sehingga umat Islam Sabah sekarang ini hidup dalam keadaan mundur dari sudut ekonomi serta kehilangan banyak tanah-tanah NT kepada Anak Negeri palsu ialah dengan mencipta pelbagai isu dan menyebar siri-siri fitnah bahawa kononnya Tun Mustapha mahu membawa  Sabah keluar dari Malaysia serta tuntutan royalti minyak sehingga 20% yang akhirnya dijadikan alasan untuk penubuhan sebuah parti baru yang didalangi oleh Tun Razak, Ghazali Shafei dan beberapa figura lain dari kalangan UMNO.
Dalam pilihanraya yang diadakan pada 1976, Tengku Razalaleigh berperanan besar untuk meyakinkan golongan peniaga Cina di Sabah bahawa Kerajaan Persekutuan merestui penubuhan Berjaya melalui sumbangan cek bernilai RM500,000 kepada Berjaya.
Saya cukup yakin tidak ada mana-mana pemimpin PAS yang mahu menjalinkan apa-apa hubungan yang boleh membawa kepada kerajaan campuran atau perpaduan dengan UMNO kerana mereka mengambil ikitibar dari sejarah Yasser Arafat dan Mahmud Abbas yang tak sudah-sudah diperbodohkan oleh Amerika dan Yahudi serta menjadi bahan tertawa dunia seluruhnya kerana perundingan yang tidak ada penghujungnya dengan entiti haram Israel.
UMNO mungkin tidak boleh disamakan dengan Israel, tetapi perangai hampir-hampir serupa. Israel robohkan rumah rakyat Palestin, UMNO pun robohkan rumah rakyat Sabah di BDC dan beberapa tempat lain di Sabah dan Semenanjung.
Kepada para pemimpin UMNO, islahkan diri kamu supaya menjadi manusia yang berakhlak dan bertamaddun. Ertinya, apabila Setiausaha Agung PAS sudah menjelaskan bahawa isu kerajaan perpaduan sudah 'tutup buku', maka hormatilah kenyataan dan keputusan tersebut.
Tidak perlulah heboh lagi dengan membuat pelbagai andaian dan tohmahan yang kesemuanya itu membawa kepada dosa semata. Jangan sampai nanti diistilahkan sikap degil kamu sebagaimana gambaran yang dibentangkan dalam Al-Quran seperti  seekor anjing yang sentiasa menjulurkan lidahnya.
Al-Quran menyatakan janganlah kamu seperti seekor anjing yang mana ia sentiasa menjulurkan lidahnya sama ada kamu  beri dia makan atau tidak. Insyaallah PAS yang bertunjangkan kepada perjuangan berlandaskan syariat Islam tidak akan pecah. Kalau UMNO mengharap PAS pecah, akhirnya UMNO gigit jari kerana harapan UMNO untuk melihat PAS pecah akan hancur berkecai.

Hadi Awang: Tiada EGM hanya Seminar Politik



Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung Mustafa Ali dan Persuruhjaya Pas Selangor Dr Hassan Ali tidak akan dihadapkan ke Muktamar Khas untuk diadili.
Sebaliknya satu jawatankuasa displin akan diadakan selepas 7 November ini untuk menyiasat dakwaan salahlaku Pas Selangor, kata Presiden Parti Islam Se-Malaysia Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Jawatankuasa yang akan diketuai Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menyiasat pandangan dan tuduhan yang membabitkan Pas Selangor.
Katanya, perkara itu perlu diselesaikan secepat mungkin walaupun tiada tempoh tertentu ditetapkan.
Hadi berkata demikian selepas bermesyuarat hampir 4 jam di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur membincangkan saranan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya 3 pemimpin kanan Pas tersebut didisplinkan dalam sebuah Muktamar Khas.
Namun mengambil-kira kepentingan konsensus akar umbi, Hadi Awang berkata sebuah seminar akan diadakan pada 7 November ini, di Markas Pas Taman Melewar bagi membincangkan pemerkasaan parti dan Pakatan Rakyat.
Seminar ini akan dihadiri 1,000 perwakilan dari seluruh negara dan membabitkan penyertaan golongan profesional dan cendekiawan.
"EGM tak ada, kita bersetuju EGM tak ada tapi diganti dengan seminar.
"Keputusan ini dicapai sebulat suara setelah mengambil kira pandangan Mursyidul Am sendiri, beliau memberi pandangan beliau memberi pandangan agar sebolehnya diadakan sesuatu untuk mengumpulkan akar umbi PAS",katanya.
Di mesyuarat itu juga, semua pihak bersetuju untuk terus bersama Pakatan Rakyat dan Pas akan memainkan peranan lebih aktif bagi mengukuhkan gabungan pembangkang terbabit.
"Setelah kita berbincang sepanjang-panjangnya dan menerima pandangan semua pihak,kita bersetuju yang pertama terus mengukuhkan Pakatan Rakyat dan
Pas akan main peranan yang lebih aktif bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat dan isu kerajaan perpaduan ditutup",katanya.

Kenyataan Media Oleh Siva : Siapa yang berbohong mengenai Dirinya yang diKasari dan dicekik oleh polis?

Gambar yang ditunjukkan oleh Sivakumar membuktikan bahawa benar beliau dikasari dan dicekik oleh polis.

IPOH, 29 Okt :-Saya memanggil sidang media selepas penafian Ketua Polis Perak dalam akhbar Sinar menafikan polis bertindak kasar dan saya berbohong. Demikian kenyataan media oleh Speaker Dun Perak, V.Sivakumar dalam sidang media sebentar tadi di sini.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat, Drs. Khalil Idham Lim (Titi Serong), Ong Boon Piao (Tebing Tinggi), Chang Min Kai (Simpang Pulai), Tai Sing Eng (Kuala Sepetang), Chen Fok Chai (Keranji) dan Yee Siew Kai (Pokok Asam).

Rakan media ditayangkan rakaman kekasaran polis yang dilakukan terhadap Adun Pakatan Rakyat.

Beliau menegaskan siapa tipu, saya atau akhbar??, tanyanya.

Kenyataan Ketua Polis Perak seperti dibaca dalam Sinar Harian, apa yang dikatakan oleh Adun Pakatan Rakyat tidak benar.

Sivakumar mengatakan mereka merancang untuk membuat kekasaran kepada Adun dalam bangunan SUK. Saya juga mempersoalkan ramai orang lain termasuk peguam UMNO boleh masuk, namun kenapa kami Adun hanya satu persatu dibenar masuk ikut pintu besar yang buka sedikit sahaja.

Siva mengatakan yang sebenarnya yang mengatur drama ialah Zambry.

Bukti saya bukan buat drama ialah cebisan baju yang koyak yang ditunjukkan kepada media kelmarin, katanya lagi.

Saya menegaskan saya bukan menipu dan yang menipu ialah Ketua Polis Perak.

Saya mempersoalkan kenapa Ganesan di kawal oleh 22 orang yang mengelilingi tempat duduk Ganesan. Sedangkan saya pada 7 Mei lalu, saya tidak dijaga langsung oleh polis dan membantu apa yang saya arahkan.

Orang Bersolat Hajat Pun Nak Kena Tangkap

Solat Hajat dan Munajat yang dipimpin Oleh Ust Noor Azli Musa dibuat diperkarangan Kedai makan berhampiran Banggunan DAP Negeri.
Mereka Bersolat dengan khusyuk tanpa mengganggu tugas polis! Kenapa polis merasa gelisah dengan mereka....???
Memohon pertolongan Allah swt dan mendoakan keselamatan Adun-Adun PR dalam keadaan selamat masuk ke dalam dewan dan bersidang dengan sempurna.
Diwaktu ini bermula satu PENGHINAAN,apabila OCPD Ipoh ini mengeluarkan arahan tangkapan keatas 5 individu yang terlibat dalam solat tersebut. Sabar Tok...!!! Orang yang mati...akan pasti disembahyangkan termasuk tuan yang mengarahkan tangkap kepada bersolat....
Pegawai Polis ini bernama TAHIR ini mengarahkan agar mereka tidak meneruskannya dan meminta agar mereka ini bersurai..!! Sepatutnya tugas dia mengajak orang bersolat, bukan ikut arahan tuan agar menghentikan solat.

Beliau terus mendesak agar ia dihentikan jika tidak arahan tangkapan tadi akan dilaksanakan..! Selagi tenaga diberikan oleh Allah....Tapi kalau dah kena strok tak pasti tangannya mampu untuk mengangkat seperti itu.

Ini adalah RIAK wajah mereka yang dengan SINIS dan MENGHINA apabila merka ini yang bernama RAMES dan GLEN mentertawakan Agama Allah swt apabila pegawai yang bernama TAHIR yang berugama Islam menghentikan Solat tersebut..!!Perhatikan wajah mereka dengan betul-betul,dan anda akan rasa apa yang aku rasa...!!!!


Mungkin ialah gambar terbaik 1 Malaysia apabila ummat Islam mengerjakan ibadah mereka,mereka ditertawakan oleh pegawai-pegawai POLIS ini..!!

Gambar diatas ini ialah antara gambar-gambar yang dapat dirakam semasa sidang dun semalam.Ia antaranya menceritakan menegenai sekumpulan dari penyokong PR bertindak mengadakan Solat Hajat dan Munajat bagi memohon kepada Allah swt untuk membantu memberikan kekuatan kepada Adun-Adun PR mennghadapi mereka yang zalim ini.Solat Hajat ini dibuat di perkarangan kedai makan yang lokasinya tidak menggugat kerja-kerja anggota keselamatan.

Namun apa yang diluar jangka oleh sya ialah tindakan POLIS yang sememangnya cukup Menghinakan apabila mereka mempersendakan Solat Hajat tersebut.Ia bertambah HINA apabila seorang lagi anggota POLIS berpangkat Tinggi, MELAYU dan mengaku beragama ISLAM mengarahkan agar Solat tersebut diberhentikan dan mengarahkan juga agar 5 daripada mereka ditahan..!!

Aku sempat bertanya kepada seorang anggota CID beragama ISLAM dengan soalan `Adakah solat ini menjadi kesalahan'..? Beliau mengatakan bahawa ini arahan,dan jawapan itu turut ditambah lagi dengan jawapan SINIS dari pegawai berbangsa india yang bernama N.S RAMES dengan mengatakan bahawa tempat itu telah diwartakan dan ia salah mengikut undang-undang..!Bayangkan ketika itu aku merasakan ia sesuatu yang begitu mencabar kesabaran aku apabila dapat aku rasakan bagi mereka ini Kalimah Tauhid mereka ialah,

HIDUPKU, MATIKU, KERANA PEMIMPINKU DAN UNDANG-UNDANG KU..!!

Semalam barulah aku tahu bahawa Allah swt itu hanyalah kepercayaan bagi mereka sesuai dengan ungkapan didalam rukun Negara,mungkin kerana tiada lagi ketakutan bagi menghadapi MATI dan mungkin juga mereka tidak Takut akan KEMATIAN maka dengan senang mereka mempersendakannya...!!!

Soalan aku apakah bersolat kini menjadi satu ancaman kepada undang-undang NEGARA??Sejak Bilakah Allah swt meletakkan syarat bagi menunaikan solat hanya 5 minit seperti yang diarahkan oleh pihak OCPD??Dan Sejak Bilakah Allah swt melarang hambanya menunaikan Solat dikawasan-kawasan tertentu..??

Tahukah anda mereka yang bersolat itu tidak DIPAKSA,DISURUH dan DIBAYAR untuk melakukannya melainkan hanya kerana Allah swt..!!

Apakah kita akan terus melihat ISLAM dipermainkan..???

Insaflah Pegawai Polis Islam...Orang yang bersolat tidak pernah mengganggu tugas kamu, walaupun kamu mengikut arahan membabi buta.


Kematian adalah jalan terakhir untuk kamu sebelum dikebumikan. Merekalah yang akan menyembahyangkan setiap ada kematian.


Semoga Allah merestui kamu, walau pun kamu derhaka kepadanya.

Brainstorming Pilihanraya MTD Pasir Panjang di Trong pada 31 Okt .- 1 Nov 2009

Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang akan mengadakan Brainstorming Pilihanrayanya pada 31 Oktober hingga 1 November 2009 di Pecah Batu, Trong dengan dihadiri oleh Ketua UPU serta AJKnya bagi mememantapkan pemikiran, jiwa serta gerakkerja bagi menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa.
Diharap semua yang terlibat akan hadir mengikut jadual yang telah diberitahu dan akan mengambil peluang ini untuk persediaan dan persiapan bagi berhadapan dengan pilihanraya. Fasilatator serta penceramah jemputan yang mahir dengan seluk beluk pilihanraya telah pun diatur untuk program ini.Perasmian program akan dilakukan oleh Pengarah Jabatan Piliharaya Negeri (JPN) PAS Perak, Hj Asmuni Awi.

Wednesday, October 28, 2009

Apabila ADUN2 Pakatan Rakyat Dikasari

Wajah Speaker Sivakumar selepas dikasari untuk mendapatkan jubahnya. Turut kelihatan 2 lagi Adun Pakatan Rakyat.

Dun Perak: Jubah direntap, speaker hampir lemas!

Kemaskini 12.50 tgh:| Berikut adalah lintas langsung yang dibawa oleh Harakahdaily terhadap perjalanan sidang Dun yang diadakan di Bangunan SUK, Perak.

12.50 tgh: Ketika ini semua Adun Pakatan Rakyat sedang bermesyuarat di Wisma DAP. Dijangkakan satu lagi sidang media akan diadakan pada jam 1.30 petang nanti.
12.37 tgh: Sidang media tamat, semua beredar.



Image
12.35 tgh: Dalam sidang media itu juga Sivakumar menceritakan bagaimana beliau hampir tidak dapat bernafas dan lemas akibat jubahnya direntap dengan ganas.
12.30 tgh: Sivakumar dan Adun Pakatan Rakyat sedang membuat sidang media di dalam perpustakaan di kompleks SUK. Beliau (Sivakumar) menunjukkan cebisan jubah speaker yang dirampas sehingga terkoyak kepada media.
Image
12.15 tgh: Dalam pada itu, Sivakumar memberitahu usul untuk melantik Osman Abdul Rahman sebagai senator telah diluluskan dalam sidang mereka sebelum ini.
12.14 tgh: Sementara itu, sidang dewan BN sedang berlangsung di dalam dewan dengan usul untuk melantik Datuk Azian Osman sebagai senator di Dewan Negara.
11.55 pagi: Adun PR sedang memberikan sidang media di luar dewan dan memberikan penerangan terperinci situasi yang berlaku hari itu.
11.52 pagi: Sambil keluar dewan semua Adun Pakatan Rakyat melambai kepada Ganesan dan mengucapkan 'Selamat Hari Deepavali.'
11.49 pagi: Ganesan cuba mengumumkan bajet 2010 diluluskan. Sivakumar berdiri dan mengumumkan sidang telah ditangguhkan.Semua Adun Pakatan Rakyat telah keluar dewan.
11.45 pagi:Adun BN cuba mengusul untuk menerima dan membahaskan bajet tetapi ditenggelami dengan suara daripada adun-adun lain.
11.40 pagi: Mikrofon Adun Pakatan Rakyat telah ditutup tetapi tidak bagi Adun BN.
11.37 pagi: Zambry cuba berdiri untuk bercakap dan Adun PR melaungkan 'lanun' terhadapnya.
11.35 pagi: Seorang Adun BN menyuruh Ganesan menghukum adun-adun PR.
11.30 pagi: Kedua-dua sidang sedang berlangsung sekarang. Seorang adun PR kelihatan sedang membaca sesuatu tetapiu tidak jelas kedengaran akibat gangguan.

11.25 pagi: Ganesan menyambung kembali sidang. Adun Pakatan Rakyat menyerit menyatakan Ganesan 'Speaker Haram'. Ganesan membuka sidang untuk debat mengenai belanjawan.Sidang mula kecoh. Riiuh. Dentuman meja kedengaran. Suara adun mula tenggelam timbul.
11.15 pagi: Sidang dijangka bermula semula jam 11.20 pagi. Suasana di luar tenang.
11.11 pagi: Adun Pakatan Rakyat terima usul dan luluskannya. Sivakumar tangguhkan sidang sementara waktu, tiada sesiapa kecuali Adun Pakatan Rakyat yang mendengar sidang tersebut.
11.01 pagi: Ganesan telah menangguhkan sidang dun. Adun Titi Serong mengusulkan agar sidang dun dibubar. Kerajaan BN adalah haram dan wajar dikembalikan kepada rakyat. Ganesan terus tidak menghiraukan sidang yang berlangsung sebaliknya berbual dengan bekjas MB, Tajol Rosli.
Image
10.57 pagi: Ganesan disuruh oleh Sivasubramaniam untuk meninggalkan tempat duduknya. Suis mikrofon telah ditutup. Kemudian Sivakumar memberitahu dewan kejadian yang berlaku diluar dewan tentang kekasaran yang dilakukan terhadapnya.
10.56 pagi: Ngeh menyokong usul Nizar. Adun BN sedang berborak sesama sendiri. Adun Pakatan Rakyat melaungkan "setuju". Sementara di luar SUK, polis kelihatan menyuraikan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul berhampiran sebuah restoran.
10.55 pagi: Ganesan kelihatan menguap dan tidak mengendahkan sidang yang dijalankan. Adun BN sedang bercakap sesama sendiri dan beberapa adun BN termasuk Zambry kelihatan meninggalkan dewan.
10.53 pagi: MB Pakatan Rakyat, DS Nizar bangun dan mengusulkan agar semua program PLKN dan 1 Malaysia dihentikan serta merta.
10.52 pagi: Sivakumar berkata beliau kini telah memulakan persidangan dan mengarahkan semua adun untuk bertakafur selama 1 minit untuk memperingati tragedi titi gantung di Kampar baru-baru ini.
10.45 pagi: Adun Buntong, A Sivasubramaniam bangun dan mengarahkan Ganesan untuk beredar kerana beliau merupakan speaker yang dilantik secara haram.
10.39 pagi: Adun Pakatan Rakyat memulakan persidangan dengan Adun Khalil Idham Lim membaca doa.Ganesan menyampuk dengan memberitahu sidang telah bermula.
Image
10.38 pagi: Ganesan (Speaker BN) hanya duduk diam dan begitu juga dengan Adun BN.
10.37 pagi: Adun Pakatan Rakyat masuk ke dalam dewan dan melaungkan "Ketibaan Speaker Dewan". Sementara itu, DSP Glen memberikan masa 5 minit kepada penyokong PAS untuk beredar daripada kawasan SUK.
10.36 pagi: Helikopter masih kelihatan di udara.
10.35 pagi: Adun Pakatan Rakyat kelihatan di luar dewan persidangan dan mengecam Ganesan sebagai Speaker haram.
10.20 pagi: Kelihatan penyokong Pakatan Rakyat bukan beragama Islam berdiri berhampiran dengan penyokong PAS yang sedang bersolat hajat untuk menunjukkkan solariditi mereka.
10.19 pagi: Keadaan di luar SUK kelihatan agak tenang walaupun kelihatan orang ramai sedang berkumpul untuk mengikuti kejadian yang berlaku ketika ini.
Image
Kelihatan penyokong PAS sedang melakukan solat hajat berhampiran dengan pagar halangan di luar SUK.
10.09 pagi: Nizar dan Adun Pakatan Rakyat cuba masuk sekali lagi ke dalam dewan persidangan.Sivakumar kelihatan tanpa jubah Speakernya.
10.05 pagi: Dalam dewan kelihatan pengawal (betara) seramai 20 orang mengawal sekitar 'Speaker' Ganesan.
10.04 pagi: Persidangan bermula di dalam dewan dengan bacaan doa tanpa kehadiran adun Pakatan Rakyat.
10.00 pagi: Adun Pakatan beredar keluar daripada SUK. Beberapa adun dan Nizar kelihatan di lluar SUK. Nizar mendakwa mereka dihalang masuk ke dalam dewan.
9.57 pagi: Polis kelihatan menyerbu ke arah Sivakumar. Beberapa adun Pakatan Rakyat cuba menghalang daripada serbuan polis. Seorang SB dilihat merampas songkok Speaker. Jubah yang dipakai oleh Sivakumar juga cuba ditarik.
Image
9.55 pagi: Keadaan di luar, adun pakatan rakyat dihalang dan dilambatkan oleh kawalan pihak polis.
9.55 pagi: Keadaan dalam dewan, Speaker BN Ganesan kelihatan sudah mengambil tempatnya begitu juga adun-adun BN.
9.50 pagi: Adun Pakatan diketuai Nizar terus bergerak ke arah pintu SUK.Sivakumar kelihatan memakai pakaian rasmi speaker.
9.45 pagi: Adun BN bersama Zambry Abdul Kadir telah berada dalam SUK.
9.40 pagi: Adun Pakatan Rakyat mula berarak menuju ke arah SUK bersama sekumpulan penyokong PAKATAN RAKYAT. Sivakumar dilindungi dan dikawal oleh para penyokong. Mereka kelihatan menuju ke arah 'Pokok Demokrasi' dan cuba masuk melalui kawasan tersebut. Polis hanya benarkan Adun-adun masuk.
Image
9.35 pagi: Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar kelihatan di Wisma DAP.
9.25 pagi: Kawasan koridor bangunan SUK dipenuhi polis dan media hanya dibenarkan masuk setelah diperiksa dengan ketat dan disahkan pas mereka.
9.15 pagi: Adun Ngeh, Thomas, L P Seah, B P Ong, Sivanesan, Idham, Ramli, M M Leong and K W Wong adalah antara Adun Pakatan Rakyat yang kelihatan berada di Wisma DAP.
9.05 pagi: Anggota polis (SB) kelihatan mengambil gambar secara rambang kawasan sekitar.
9.00 pagi: Helikopter polis kelihatan berlegar di atas bangunan dan kawasan SUK.
Image
8.50 pagi:Ngeh dan Thomas kelihatan terpaksa bertikam lidah dengan polis kerana dihalang daripada memasuki kawasan yang telah dikepung (dihalang) polis. Namun akhirnya mereka dibenrakan masuk.
8.45 pagi: Kelihatan Adun Ngeh dan Thomas Su berada di luar bangunan. Wartawan mula kerumuni mereka untuk mendapatkan maklumat.


8.30 pagi:Bilangan anggota polis dikatakan lebih 400 orang kini.
Image

Image
8.20 pagi: Pagar kawat berduri makin banyak dipasang. Antaranya bangunan ibu pejabat DAP juga kelihatan dikawal ketat. Orang ramai (awam) dihalang daripada masuk kawasan sekitar.
7.55 pagi: Semakin banyak kenderaan polis kelihatan. Trak FRU mula kelihatan. Trak meriam air juga kelihatan di sekitar bangunan SUK.
7.52 pagi: Keseluruhan kawasan SUK dikawal dengan ketat. Lebih 40 anggota keselamatan berkawal di hadapan SUK dengan memakai vest hijau dan diapit 2 buah trak merah dan beberapa kenderaan serta van polis. Kumpulan wartawan berada di hadapan hadangan berkawat berduri.

7.15 pagi: 6 buah kenderaan polis termasuk 'Black Maria' digunakan sebagai perisai di hadapan pagar dan pusat 'check point'. Anggota polis berpakaian biasa (SB) kelihatan mula penuhi kawasan sekitar. Keadaan mula sibuk.
Image
7.00 pagi: Lingkaran dawai berkawat telah dipasang di sekeliling Bangunan SUK Perak.
Image _

Tuesday, October 27, 2009

Kursus Pengucapan Awam Anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat

Kursus Pengucapan Awam kali pertama ini diadakan pada 24 - 25 Oktober di De Palma Hotel Shah Alam anjuran Lajnah Penerangan Pas Pusat yang melibatkan Selangor , Perak dan Perlis selesai diadakan dengan jayanya . dengan jumlah peserta hampir 100 orang , kursus ini yang dikendalikan oleh MultiSkill Consultant dengan penceramah yang berpengalaman iaitu Saudara Saiful Jalun sedang menyiapkan PHD nya di UPM telah banyak memberi panduan serta maklumat yang berguna kepada semua peserta untuk mempraktikkannya bila berada didalam situasi sebenar mengenai pengucapan awam . Kaedah-kaedah serta teknik yang betul dalam berkomunikasi telah diajar disusuli dengan latihan amali yang disertai oleh para peserta. Paling menarik apabila para peserta diberi peluang untuk berdebat mengenai tajuk; Poligami.

Kursus ini yang dirasmi dan ditutup oleh Ketua Penerangan Pas Pusat Ustaz Idris Ahmad , akan diteruskan untuk modul kedua dalam jangka masa yang akan dimaklumkan nanti . ini adalah penting bagi memberi pendedahan yang lebih sistematik memandangkan waktu dua hari bukanlah terlalu panjang untuk ditekuni setiap butiran serta panduan .
Pas Kawasan Lumut telah diwakili oleh Ketua Penerangannya Sdr Hamidun Ahmad dan Sdr Zaid Husaini AJK Lajnah Penerangan bagi memberi pendedahan kepada generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan khususnya di Kawasan Lumut.

60 keluarga hidu bau busuk di Fasa 1B Seri Manjung


SERI MANJUNG - Lebih 60 keluarga di Taman Fasa 1B, di sini melahirkan rasa kecewa apabila sistem pembetungan yang dibina oleh pihak syarikat pengurusan sisa kumbahan, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) didapati rosak dan tersumbat menyebabkan mereka terpaksa menghidu bau busuk daripada kumbahan itu.

Penduduk, Zainal Abidin Hassan, 42, berkata, masalah itu sudah timbul semenjak tiga minggu lalu menyebabkan mereka terpaksa menghidu bau busuk setiap hari.

Menurutnya, dia sudah beberapa kali membuat aduan berkenaan masalah itu, namun sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan.

“Bau busuk itu mengganggu kehidupan kami di sini terutama jika ingin menjamu selera.

“Saya sudah beberapa kali menelefon pihak IWK supaya menyelesaikan masalah ini, namun masih tiada tindakan,” katanya.

Zainal berkata, selain menelefon, dia juga cuba menghantar surat aduan melalui e-mel, namun masalah ini masih berterusan.

“Saya sudah tidak sanggup tinggal dalam keadaan sebegini yang nyata banyak mengganggu kehidupan kami di sini.

“Oleh itu, diharap pihak berkenaan dapat bertindak segera bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.

Penduduk, Misalach Visalasi, 72, berkata, dia kini kerap sakit kepala akibat sering menghidu bau busuk itu sejak tiga minggu lalu.

“Bukan saya seorang sahaja yang sering sakit kepala, bahkan anak dan cucu saya juga mengalami masalah kesihatan akibat sering menghidu bau busuk itu.

“Malah, kemeriahan sambutan perayaan Deepavali juga sedikit hambar berikutan masalah ini,” katanya.

Penduduk, Mahayah Yob, 42, berkata, ini adalah kali pertama berlaku di sini.

Menurutnya, pihak IWK juga pernah turun padang melihat masalah itu, namun ia tetap berlaku.

“Walaupun ada pekerja IWK turun padang untuk melihat sendiri masalah ini, apa yang menghairankan kami mengapa masih tiada tindakan diambil.

“Jika dalam tempoh seminggu kami boleh terima, ini sudah masuk tiga minggu, malah kami juga sudah tidak nampak jalan penyelesaian yang akan diambil oleh pihak IWK bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Katanya, diharap pihak IWK dapat memberi perhatian serius terhadap masalah ini bagi kemudahan penduduk di sini.

Penulis Umno dalang artikel serang PAS

Dipetik dari Malaysia Kini

Kontroversi terbaru kerajaan perpaduan dalam PAS yang menjadi bahan penulisan sensasi di Internet didakwa hasil kerja gerombolan penulis upahan Umno atau cyber trooper.

"Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh cyber trooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini," kata ketua penerangan PAS.

Idris Ahmad juga berkata, gerombolan penulis ini menggunakan isu kerajaan perpaduan PAS-Umno dan juga cadangan kontroversi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menunjukkan parti itu kini berpecah.

Tambahnya, pemimpin-pemimpin kanan Umno pula "bersilih ganti menangguk di air keruh" dengan memberikan ulasan PAS sedang mengalami perpecahan.

"PAS mengingatkan setiap ahli agar bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, Facebook dan juga media massa lainnya," kata Idris lagi.

"Kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan PAS yang pro-kerajaan perpaduan dan pro-(kumpulan) Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf Umno untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok."

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris berkata tiada sebarang pertemuan sulit pernah dilaporkan dan belum ada bukti wujudnya dua kumpulan ini melainkan individu-individu yang berbeza pandangan dengan pemimpin.

Beliau juga menegaskan tindakan disiplin akan diambil terhadap pemimpin yang mengadakan rundingan sulit dengan Umno walaupun dakwaan itu melibatkan mursyidul am, presiden dan pemimpin-pemimpin kanan parti.

"PAS yakin kerja-kerja fitnah cyber trooper Umno dan mereka yang kononnya menjadi ahli PAS tetapi bekerja untuk Umno tidak akan mati dengan sendirinya jika sebarang laporan disiplin gagal dibuat dan tiada sebarang pembuktian diserahkan kepada pihak lembaga (disiplin)," katanya lagi.

Idris turut menyeru ahli-ahli PAS agar tidak membuat ulasan terbuka mengenai perkara ini dan memberikan ruang kepada pemimpin berbincang bagi mencari punca masalah ini.

Jawatankuasa pusat PAS bersama barisan pesuruhjaya negeri akan mengadakan mesyuarat khas berkenaan isu tersebut 8.30 malam esok di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

Perjumpaan Bloggers Dengan Dato Hassan Ali dan Ustaz Nasa

Catatan oleh al Brangi
Dari Kiri al-brangi, penolong editor al-banjari, Dato' Hassan, Roslan SMS dan Timb.Presiden Ustaz Nasha

Semalam 26 Oktober 2009, bertempat di rumah Persuruhjaya PAS Selangor, Dato' Hassan Ali diadakan pertemuan secara tak formal di antara bloggers dengan beliau.

Turut hadir ialah YB Timbalan Presiden Ustaz Nasarudin Mat Isa, Roslan SMS, Ustaz MRK albanjari penolong editor blog ABO dan beberapa blogger lain.

al-brangi bertolak dari Bangi kira-kira jam 5.30 petang. Keluar awal kerana nak mengelakkan 'jam' dan terlalu 'excited'. samb...

Terlalu 'excited' kerana tak disangka-sangka Sdr.Roslan SMS turut menjemput al-brangi. Pada mulanya terasa berat jugak nak pergi kerana perasaan rendah diri, apalah yang ada pada al-brangi nak berdialog dengan Persuruhjaya dan Timbalan Presiden.

Tetapi kerana memikirkan peluang untuk mendapatkan 'first-hand news', sementelah pulak PAS sedang dilanda segala fitnah dan mehnah. Maka digagahkan diri, al-brangi pergi jugak dan sesat larat kerana kurang biasa di tempat itu.

Sebelum pada itu beberapa SMS liar berterbangan di sana sini, kononnya Datuk Hassan akan buat kenyataan akhbar untuk keluar dari Pakatan Rakyat Selangor dan meneruskan projek UG. Alahai, tak habis-habis dengan fitnah.

Juga kelihatan sebuah kereta pemberita dari sebuah syarikat akhbar berada di depan rumah Datuk Hassan.

Majlis bermula lebih kurang jam 9.20 malam. Datok Hassan memulakan perbincangan dan diikuti Sdr. Roslan SMS dan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasa.

Satu ilmu yang al-brangi perolehi dari perjumpaan itu ialah sifat AMANAH. Timbalan Presiden menekankan, peranan bloggers selaku penyebar maklumat, mestilah ada sifat amanah, ahli politik juga memikul amanah rakyat dan yang paling besar adalah semua umat Islam memikul amanah kepada Islam.

Isu Kerajaan Perpaduan (UG), SELCAT, Penjualan Arak, fitnah yang menimpa kepada TGHA, Ustaz Nasa, Dato' Hassan dan Dato' Mustafa Ali, kononnya mereka akan melompat kepada UMNO.

Isu UG adalah isu lapuk, sepatutnya sudah lama berkubur, kenapa ia dibangkitkan lagi. Setelah isu tersebut menemui 'ajal'nya dalam Muktamar di Ipoh, ia tidak pernah dibincang lagi samada secara formal atau tak formal. PAS Selangor tidak pernah bincang langsung pasal hal UG. Setelah TGHA melontarkan konsep UG dahulu, ia tidak pernah di'forum'kan, di'seminar'kan dan sebagainya tetapi mendapat penentangan yang amat dasyat. Baru lontaran konsep saja, dah timbul berbagai-bagai fitnah. PAS amat fobia dengan UMNO. (Ini al-brangi yang tambah)

PAS Selangor tidak pernah menentang penubuhan SELCAT kerana menurut kata Dato' Hassan, pada dasarnya ia tidak bertentangan langsung dengan prinsip PAS. Cuma cara anggota SELCAT meng'interrogate' pegawai-pegawai kanan dipertikai. Ketika ini al-brangi mengambil masa untuk mencurahkan 'perasaan'nya. al-brangi amat bersetuju dalam hal ini. Sila baca di sini.

Mengenai penjualan arak, sepatutnya pada tahun 1995 sudah selesai, tetapi tak ada penguatkuasaan.

Ia menjadi isu kononnya nak jaga undi kaum india dan cina, kononnya undi merekalah yang memenangkan Pakatan Rakayat. (Ayat ini, al-brangi sendiri yang tambah. Kenapa sesetengah ahli PAS terlampau 'apologetic' tidak bertempat.)

Ustaz Nasa sambil berseloroh tapi serius meng'analogi'kan fitnah kepada TGHA nak masuk UMNO diibaratkan seperti memfitnahkan Mahathir masuk PAS.

Dato' Hassan dan Ustaz Nasa mengambil sikap berdiam diri dengan isu yang ter'hangat dipasaran' sekarang kerana terlalu hormat kepada TGNA dan tidak mahu media perdana mengeruhkan lagi suasana.

Saya amat yakin dengan riak air muka mereka berdua, tidak mungkin UMNO menjadi tempat 'landing' terakhir untuk TGHA, Ustaz Nasa, Dato' Hassan dan Mustaffa Ali.

Ustaz Nasa kata UMNO semacam tak boleh nak 'equate' dengan Islam dek kerana rasuah. Dalam konteks politik di Malayasia, hanya PAS sahaja yang boleh 'equate' dengan Islam. Dalam hati al-brangi terror jugak Ustaz ni ber'mathematics'.

Majlis tamat lebih kurang jam 11.00+ malam.

Sampai rumah jam 1.00 pagi kerana sesat.

Biar sesat jalan, jangan sesat Aqidah.

Peserta perkhemahan 1Malaysia lemas

Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yang mereka lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar putus.

Kejadian itu mengakibatkan 22 murid dihanyutkan air deras. Menurut The Star, 19 lagi murid ditemui selamat.

Jambatan tersebut terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan SK Kuala Dipang. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota yang terdiri daripada polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta penduduk kampung dijalankan sebaik kejadian berlaku.

Agensi berita Bernama pula melaporkan, pelajar perempuan yang lemas itu dikenali sebagai Dina Deve a/p Nathan.Mayatnya ditemui berhampiran loji sungai terbabit pada kira-kira pukul 8.30 pagi.

"Mayat telah dibawa ke Hospital Kampar di sini untuk dibedah siasat," kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof kepada pemberita di kawasan kejadian hari ini.

Kenyataan media V. Sivakumar dan Bukti Ganesan Speaker haram Perak.

Kenyataan MediaSpeaker DUN Perak, V. Sivakumar yang diwakilkan kepada ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim kelmarin.(klik untuk paparan lebih jelas)

Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (36 A(5) ) yang telah dilanggar oleh Ganesan yang menyebabkan dia hilang kelayakan menjadi Speaker. Itupun kalau dia dilantik secara sah pada 7 Mei.

Kenyataan/surat dari Setaiusaha Malaysia Bar Council mengenai status Ganesan yang masih aktif pada 11 Ogos (7 Ogos adalah genap 3 bulan dia dilantik secara haram), dan usaha beliau untuk backdated ke 6 Ogos (no.3).Bukti Ganesan berbohong dan hilang kelayakan.

Surat carian kepada malaysian Bar Council oleh Firma Guaman Chan pada 11 Ogos yang mendapati Ganesan masih aktif.

egm

Oleh nik mohamad abduh bin nik abdul aziz
Salam Kamunting,
Lebih 25 tahun kita dalam PAS hidup aman, selesa dan sentosa selepas hadirnya kepimpinan ulama. Sewajibnya kita mensyukurinya. Keselesaan kita itu telah banyak membantu kita untuk membantu masyarakat mengenali kita secara lebih dekat.
Adakah anda menjangkakan Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang menggugat kestabilan yang kita kecapi itu? Bahkan, ujian Allah tetap berlaku dan tiada siapa tahu dari daerah mana ujian itu datang. Yang pasti, ujian itu datang untuk menukar keamanan kepada perpecahan. 
Dalam aman kita lena terbuai. Dalam kocakan kita sedar dan bersedia. Ertinya, ujian itu penuh hikmah. Allah menginginkan kita untuk tidak lena dan sentiasa berjaga – jaga. Siapa lena di dunia ini, dia tidak akan lena di akhirat nanti.
Semakin ujian itu sukar, semakin besarlah kesannya, baik ataupun buruk. Samada kita keluar daripadanya dengan seribu kebaikan atau jika sebaliknya, dengan seribu keburukan.
Pernahkah anda melihat atau mendengar mengenai perselisihan di antara dua kumpulan dalam agama yang mengelirukan sekali. Ditelan mati anak diluah mati ibu? Apatah di sebelah adalah Ali dan di sebelah lagi adalah Aisyah ( radiaLlahu anhuma ). Ia begitu sukar tetapi siapa dapat menjangka ujian Allah?
Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya.
Antaranya, 1) Anda mesti ikhlas 2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu 3) Anda mesti adil menilai 4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk 5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama 6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik 7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik 8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan. 9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal 10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan 11) Anda jangan nak jadi hero.
Diberitakan daripada sumber yang sahih bahawa al Ikhwanul Muslimin di Mesir juga ada kucah dan kacau hari ini. Antara sebabnya adalah dunia blog. Dunia blog hari ini adalah cukup tanpa adab seolah – olah ada lesen daripada ugama untuk tidak berakhlak dalam berblog!
Di mana – mana pun ujian mesti ada dan kena ada. Kerana Allah ada di mana – mana.
Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.
Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.
Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.
Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.
Yang saya takut ialah balah ini sengaja dipanjangkan selepas ianya disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat.
Saya tinggalkan anda dengan sebuah ayat daripada Allah yang maha bijaksana. Hayatinya, ianya sungguh menenangkan.
“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.”  al Hadid:22,23
Janganlah terlalu gundah dan janganlah terlalu bersuka ria.

RUNDINGAN UMNO-PAS HANYA UMPAN MUHYIDDIN

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Pas mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan cuba mencari kesempatan untuk memecah Muhyiddin jangan jadi hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong Pas berpendapat umno begitu gelisah apabila melihat Pas semakin mendapat tempat di kalangan orang bukan Islam dan orang Islam. Pas tidak lagi dipandang sebagai parti yang cauvanis perkauman, sebaliknya mereka melihat pas sebagai wadah baru mereka untuk mendapat keadilan di negara ini. Umno sedar bahawa tungkat sakti mereka sudah patah (iaitu pengundi bukan Islam), kerana selama ini umno hanya boleh bernafas dengan bantuan oksigen daripada balang oksigen pengundi bukan Islam. Sekarang talian hayat itu sudah berpindah kepada Pas dan pakatan Rakyat
 Sebenarnya pengundi-pengundi melayu di negara ini, terutama generasi muda mereka menyebelahi Pas. Inilah yang menjadi kebimbangan umno. Kalau undi Melayu sudah kepada Pas dan dicampur dengan undi bukan Islam maka sudah tentu ia akan memberi kesan politik yang parah kepada umno , bukan kepada orang melayu. Sifir mudahnya ialah kalau umno kalah yang menggantikan umno ialah Pas. Pas menyedari bahawa umno sedang manipulasi isu melayu dan Islam, kononnya kalau umno kalah melayu dan Islam akan hancur. Sedangkan apa yang berlaku kemusnahan kepada Melayu dan Islam adalah angkara umno. Umno tidak boleh tudung bangkai gajah dengan tudung saji yang kecil, kerana yang menjahanamkan melayu dan Islam ialah angkara umno, bukannya perbuatan Pas. Pas bersama dengan Pakatan Rakyat sedang mengukuhkan lagi agenda perjuangan rakyat di negara ini sebagai sebuah parti untuk menjadi kerajaan menunggu . Satu Konvesnsyen Pakatan Rakyat akan diadalah di Shah Alam Selangor pada 13hb Disember 2009.

Tragedi Kem 1 Malaysia di Kuala Dipang Yang Mengerikan

Oleh Sya Reformis







Tragedi ini berlaku di Sk Kuala Dipang pada jam 10.30 malam sewaktu para peserta menuju ke dewan Makan untuk Minum malam sebelum Tidur.Secara tiba-tiba Titi Gantung ini rebah dan ia menghanyutkan 22 orang peserta yang terdiri dari pelajar sekolah Rendah seluruh Hulu Kinta Selatan.2 berjaya ditemui manakala 20 yang lain masih hilang.