TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, March 11, 2010

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNbUINtIF3TXI4offpg2nNX9BuT3k59HqIQgKqW7Ro60Go5UfhCcF4gQYeCVt6ggomAkkoNc8a4NM5Op9yK-DDX03EFX8sBRJDOVdAEjCZ1kZpBJjxUpcpcYzeA2iAwgj0JbxMWU1rhsoa/s400/tantawy-289x300.jpg
oleh Zull Yusoff

PERHATIAN: Memang tidak dinafikan Syeikh Tantawi rahimahullah pernah mengeluarkan fatwa2 yg menimbulkan kontroversi tetapi mungkin fatwa itu dikeluarkan atas faktor-faktor tertentu yg tidak kita ketahui. Maka, lebih selamat jika kita serahkan urusan-urusan sebegini kepada mereka yg lebih layak dan berilmu, tahanlah lidah kita daripada mengecam serta mencerca para ulama.

Daripada Ibnu Umar radiyallahuanhuma, sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam, "Sebutlah kebaikan-kebaikan orang-orang yg mati di kalangan kamu dan tahanlah (diri kamu) daripada menyebut kesalahan-kesalahan mereka." Hadith diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Hibban, At-Tabrani, Al-Hakim, Al-Baihaqi, Al-Baghawi.

Syeikhul Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah menghembuskan nafasnya yg terakhir di Riyadh, Arab Saudi ketika usianya 82 tahun. Beliau meninggal dunia pada pagi hari ini (Rabu) 10 Mac 2010 akibat serangan jantung sebagaimana yg dilaporkan akhbar-akhbar.

Tujuan beliau ke Riyadh ialah untuk menghadiri majlis Anugerah Al-Malik Faisal. Ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Malik Khalid, Riyadh, beliau diserang sakit jantung secara tiba-tiba sedangkan sebelum itu beliau berada dalam keadaan sihat. Ketika itu, beliau dalam perjalanan pulang ke Kaherah. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital dan menghembuskan nafasnya yg terakhir di sana.

Anak lelakinya, Amru Muhammad Sayyid Tantawi berkata, persetujuan telah dicapai bahawa ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi' di Madinah Al-Munawwarah.

Latar belakang ringkas Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah:

-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi dilahirkan pada bulan Oktober tahun 1928 di Kampung Salim As-Syarqiyyah di Muhafazah Sohaj di So'id Misr.

-Beliau menghafaz Al-Quran dan belajar di Iskandariah/Alexandaria, Mesir.

-Memperoleh PhD dalam bidang Hadith dan Tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat Mumtaz (cemerlang).

-Berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Kuliah Usuluddin, kemudian beliau mengajar di Libya selama 4 tahun dan di Madinah Al-Munawwarah pula sebagai Dekan Kuliyyah Ad-Dirasat Al-'Ulya di Universiti Islam Madinah. Kemudian, beliau pulang semula ke Kaherah.

-Pada 28 Oktober 1986, beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negara Mesir dan memegang jawatan itu selama 10 tahun.

-Pada tahun 1996, beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar hingga saat kematiannya hari ini.

-Mendapat anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai pengiktirafan sumbangan dan jasa tokoh ilmuan Islam ulung abad ini.

-Beliau merupakan salah seorang di kalangan ulama terbilang di Al-Azhar yg mahir dalam bidang Tafsir dan mempunyai karya-karya penulisan yg bermutu.

-Antara karya-karyanya ialah: Bani Israel fi Al-Quran wa As-Sunnah (1969), At-Tafsir Al-Wasit li Al-Quran Al-Karim (1972), Al-Qissah fi Al-Quran Al-Karim (1990), Muamalat Al-Bunuk wa Ahkamuha As-Syar'iyyah (1991)

Sumber:
http://www.islamonline.net/
http://arabic.cnn.com/
http://www.alarabiya.net/
http://www.bbc.co.uk/arabic/

Semoga Allah menempatkan Syeikh Tantawi bersama para anbiya dan solihin. Aminnn... Al-Fatihah!https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNbUINtIF3TXI4offpg2nNX9BuT3k59HqIQgKqW7Ro60Go5UfhCcF4gQYeCVt6ggomAkkoNc8a4NM5Op9yK-DDX03EFX8sBRJDOVdAEjCZ1kZpBJjxUpcpcYzeA2iAwgj0JbxMWU1rhsoa/s400/tantawy-289x300.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNbUINtIF3TXI4offpg2nNX9BuT3k59HqIQgKqW7Ro60Go5UfhCcF4gQYeCVt6ggomAkkoNc8a4NM5Op9yK-DDX03EFX8sBRJDOVdAEjCZ1kZpBJjxUpcpcYzeA2iAwgj0JbxMWU1rhsoa/s400/tantawy-289x300.jpg

No comments:

Post a Comment