TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, March 18, 2010

Hadir Majlis Makan Malam Perkahwinan anak perempuan MP Shanmungam; Naib Pengerusi PKR Cabang Lumut.

15 Mac 2009 jam 8.00 malam saya mewakili Dato' Seri Nizar bersama Setiausaha PAS Kawasan Lumut menghadiri majlis makan malam perkahwinan anak perempuan Encik MP Shanmungam, Naib Pengerusi PKR Cabang Lumut. Turut hadir Speaker DUN Perak; Sivakumar, Sdr Manickavasagam(MP Kapar), Encik Gobalakrishnan (MP Padang Serai) Sdr Kesavan (ADUN Hutan Melintang) dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat. Majlis diadakan di sebuah restoren terkemuka di Sitiawan dan diserikan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Kugiran Jemputan ternama di sekitar Manjung. Encik Shanmungam sebelum ini adalah dari PPP, pernah menjadi ahli majlis MPM semasa BN dan Pakatan rakyat memerintah Perak. Belaiu sangat berpengaruh di kalangan orang-orang India dan anak perempuannya ini adalah satu-satu anak yang tinggal. Majlis pada malam itu sangat meriah dan dihadiri oleh kawan-kawan dan saudara maranya dari pelbagai kaum. Terima kasih kerana menjemput kami.

No comments:

Post a Comment