TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, March 11, 2010

Penahanan Mazlan Aliman adalah penahanan Politik



Apa kes Polis nak reman Mazlan Aliman. Sekarang nie nak masuk Felda untuk ziarah peneroka kena hantar surat minta kebenaran dulu ker? Selama ini saya keluar masuk Felda takda pun kena tahan. Apa hal Felda Lembah Klau punya pengurus begitu jaki pada Mazlan.
Seluruh negara sekarang tahu bahawa Felda sekarang jadi ‘anak emas’ Najib. Selepas dilantik jadi Perdana Menteri, Najib dah berkali-kali lawatan Ibu Pejabat Felda. Ini tak kira lagi waktu-waktu yang beliau luangkan untuk turun lawat Felda-felda seluruh negara. Beliau tahu, bahawa Felda adalah aset paling penting untuk masa depan Politiknya kerana Felda mempunyai rangkaian anak syarikat yang besar serta jumlah peneroka (baca pengudi) yang ramai untuk dimanipulasi.
Tindakan Mazalan merapati peneroka ini amat ditakuti Najib dan pembodek-pembodeknya dalam Felda. Tidak mustahil penangkapan Mazlan adalah satu konspirasi bagi menakut-nakutkan peneroka Felda agar tidak memberikan kerjasama kepada Mazlan dan PAS keseluruhannya.
Mazlan ditahan reman hingga esok
Oleh Basiron & Hashim Abdullah
TEMERLOH, 10 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ditahan satu hari atas untuk siasatan kerana dakwaan menceroboh Felda Lembah Klau.
Difahamkan Mazlan membuat lawatan ke Felda berkenaan untuk menziarahi tiga peneroka yang ditahan polis sebelum ini atas dakwaan menceroboh kawasan Empangan Krau serta mengadakan dialog dengan generasi kedua di Felda berkenaan.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub petang semalam ketika membuat laporan polis berikutan tindakan pengurusan Felda bekenaan yang cuba menahannya.
Pagi tadi, Mazlan dibawa ke Mahkamah Majistret di hadapan Siti Hajar Mustaffa untuk proses tahanan reman.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani kelihatan turut berada di mahkamah bagi memberikan sokongan kepada Mazlan.
Yang Dipetua PAS Kawasan Raub, Dr Mohd Nilam Manaf ketika dihubungi mengesahkan Mazlan ditahan selama satu hari untuk siasatan dan esok sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah yang sama.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Roslan Zainal menyeru penyokong Pakatan Rakyat terutamanya ahli PAS hadir beramai-ramai di mahkamah pagi esok bagi memberikan sokongan kepada Mazlan.

No comments:

Post a Comment