TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, March 17, 2010

Kisah Sedih Setiausaha JKKKP Kampung Memali

Em...tak tau nak kata apa,
Walaupun pegang jawatan, takkan terus buat macam rumah sendiri kot,
Bukankah JKKKP di bawah peruntukan UMNO Bahagian Baling,
Kena tanya
DATO’ ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM ni...
Kenapa masa dapat sijil perlantikan & elaun pada 7 Mac hari tu tidak rujuk masalah ini pada Pengurus Besar KEDA?? Lihat sini.:Author Faethal




BUKTI...Mohd Fazzeli Ahmad, 38, bersama anak-anak dan isterinya, Rohani Jusoh, 34, (kanan) menunjukkan sijil pelantikannya sebagai setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Memali yang diterimanya baru-baru ini.

BALING, 14 Mac (Bernama) -- Akibat tidak mampu lagi menyewa rumah untuk menempatkan keluarganya, setiausaha Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Memali di sini, terpaksa menjadikan dewan orang ramai di kampung itu sebagai kediamannya sejak setahun lalu.

Mohd Fazzeli Ahmad, 38, berkata walaupun tahu tindakannya itu tidak disenangi orang ramai, namun beliau terpaksa mengetepikan pandangan serong penduduk akibat kesusahan hidup yang menghimpit keluarganya.

Katanya, beliau telah dijanjikan sebuah rumah di bawah program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh pihak tertentu serta sudah menyediakan tapak untuk tujuan itu, tetapi hingga kini janji berkenaan masih belum ditunaikan.

"Saya kecewa kerana ada yang memohon rumah di bawah program PPRT selepas saya dah dapat rumah tu, tetapi saya telah menunggu hampir setahun hingga terpaksa hidup menumpang begini," katanya kepada Bernama di sini.


MENUMPANG ... Mohd Fazzeli Ahmad, 38, (kiri) berdiri bersama anaknya di Dewan Orang Ramai Kampung Memali di sini, hari ini. Beliau menjadikan dewan tersebut sebagai "rumah" sejak setahun lalu dan tinggal bersama ahli keluarganya seramai lima orang.


Selain terpaksa menumpang di dewan berkenaan, seorang anaknya, Nor Aini, 17, yang sepatutnya belajar di tingkatan lima tahun ini tidak dapat meneruskan persekolahan sejak 2008 akibat tiada tempat tinggal yang tetap.

Mohd Fazzeli berkata, beliau sangat berharap agar pihak yang pernah berjanji dengannya untuk mendapatkan sebuah rumah PPRT menunaikan janji kerana beliau telah menyediakan tapak bagi tujuan itu.

Beliau yang hanya bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan tetap tinggal di dewan itu bersama isterinya, Rohani Jusoh, 34, anak-anaknya Nor Aini, Mohd Zuki, 11 dan Mohd Fahir, 6.

Tinjauan Bernama mendapati dewan berkenaan mempunyai sebuah bilik stor yang dijadikan bilik tidur Mohd Fazzeli dan isterinya manakala tiga anaknya tidur di ruang dalam dewan berkenaan.

No comments:

Post a Comment