SUMBER: MISBAHUL MUNIR
Mulanya saya ragu mesej yang sampai kepada saya kononnya Mazlan Aliman ditangkap polis. Selang beberapa minit kemudian, saya dapat maklumat dari sumber yang dipercayai mengesahkan penangkapan tersebut. Mazlan Aliman, Pengerusi Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) yang juga AJK PAS Pusat ditangkap dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.
Menurut sumber, beliau ditangkap tanpa sebarang alasan yang kukuh. Polis pula tidak memberi tahu sebab-sebab penangkapan. Kemungkinan penangkapan itu ada kaitan dengan ceramah politik di Felda Klau, Raub petang tadi.
Dua tiga minggu lepas, saya berceramah dengan Mazlan di kawasan Felda Sungai Siput. Dalam ceramahnya, beliau banyak mendedahkan penyelewengan pihak felda yang menzalimi hak para peneroka di seluruh Felda di Malaysia.
Pendedahan Mazlan terhadap penyelwengan pihak felda didedahkan dalam bukunya yang pertama "Felda Koporat, Peneroka Melarat" dan buku terbarunya "Felda : Dulu Tolong, Sekarang Along". Beliau merupakan generasi kedua anak Felda, sebagai anak peneroka yang tinggal di Felda sejak kecil lagi, sudah tentu beliau sangat tahu apa yang berlaku dalam felda, beliau begitu prihatin dengan nasib dan masa depan para peneroka dan generasi kedua peneroka.
Justeru itu, beliau bersama dengan rakan-rakan generasi kedua peneroka menubuhkan Persatuan Anak-anak Peneroka (ANAK) bagi memperjuangkan nasib para peneroka. Melalui ANAK beliau menjelajah ke seluruh negara bertemu dan berdialog dengan kerajaan negeri tentang masa depan anak-anak peneroka.
Dengan penangkapan ini menjadi bukti serta memperlengkapkan lagi kezaliman UMNO BN terhadap rakyat. Demokrasi semakin terhakis dan hak rakyat dinafikan.
No comments:
Post a Comment