TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, March 2, 2010

PAS mula bertapak di Kampung Kayan, Lekir dalam Kawasan Pasir Panjang

Encik Mat Basari Hamid bekas aktivis UMNO mempengerusi mesyuarat Agung PAS Cawangan Kampung Kayan di rumahnya pada 27 Feb 2010 (Sabtu).

Antara ahli-ahli PAS yang hadir dalam Mesyuarat Agung PAS Cawangan Kampung Kayan kali ke 2 yang diadakan di rumah Encik Mat Basari Hamid, mantan ketua kampung Kayan.
  
Pegawai Khas ADUN Pasir Panjang menyampaikan sumbangan T Shirt Unit Amal kepada Saudara Polil @ Najib bin Akhir Johari, Ketua Pemuda PAS kampung Kayan.

Diantara penerima sumbangan T shirt Unit Amal ialah Encik Alias salah seorang otai yang sangat berpengaruh di Kampung Kayan dalam menggerakkan gerakkerja parti bersama masyarakat.
  
Golongan muda yang menjadi tonggak kekuatan PAS di kampung Kayan boleh merubah kekuatan UMNO yang sekian lama bertapak di kampung Kayan.

27 Februari 2010 (Sabtu), PAS Cawangan Kampung Kayan berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PAS Cawangan Kampung Kayan kali ke 2 yang berlangsung di rumah Encik Mat Basari Hamid, mantan Ketua Kampung yang merupakan bekas aktivis UMNO semasa Dato' Seri Ramli Ngah Talib menjadi Besar Perak. Beliau juga adalah Setiausaha PAS Cawangan Kampung Kayan. 
Kampung Kayan yang terletak di sempadan antara Daerah Kampung Gajah dan Seri Manjung menjadi kubu kuat UMNO sekian lama, sudah dapat ditembusi PAS dan mula dikenali oleh rakyat kampung tersebut. Walau pun bilangan ahli PAS tidaklah begitu ramai namun kesungguhan ahli yang sedia ada sudah menampakkan penduduk di sini mula menyokong PAS terutama orang-orang muda.
Selepas Mesyuarat Agung selesai, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang menyampaikan sumbangan T shirt Unit Amal untuk dipakai belia-belia di sini ketika menjalankan aktiviti-aktiviti masyarakat di Kampung Kayan. Semuga mereka menjadi pelopor kepada perubahan di Kampung Kayan. PAS boleh diterima dimana-mana. PAS untuk semua. Takbir!!!!!!

No comments:

Post a Comment