Entah apalah malangnya nasib Dato' Seri Dr Zambry Kadir Menteri Besar Mahkamah di hina dan dikeji oleh rakyat yang masih tidak sukakannya. "Marahkan nyamuk kelambu dibakar. Marahkan Zambry rumah orang diconteng". Itulah perumpamaan kemarahan rakyat terutama di Lekir. Entah siapalah yang khianat dan melepaskan geramnya di dinding sebuah rumah di Batu 8, Lekir. Tidak jauh dari rumah ini , sedikit masa dulu Dr zambry juga pernah dimalukan di depan para petugasnya kerana masuk di laman rumahnya tanpa kebenaran tuan tanah. Pernah juga Seri Manjung, Sepanduk besar wajahnya, yang dipasang telah disimbah dengan cat oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. Inilah nasib Dato' Seri Dr Zambry, ADUN Pangkor yang dinobatkan oleh mahkamah sebagai Menteri Besar Perak. Pihak polis sedang menyiasat siapakah yang melakukan kerja-kerja begini , yang sedikit sebanyak menjejaskan pengaruh politik Dato'Seri Dr Zambry. Apakah perlakuan ini dari perbuatan oleh ahli UMNO sendiri atau orang lain yang tidak menyukainya. Biarlah pihak yang berwajib menyiasat, dan mungkin ianya memberi peringatan kepada semua pemimpin yang bergelar wakil rakyat tentang budaya begini agar mereka lebih berhati-hati. Jauhkan dari diri anda dari vandalisme.
No comments:
Post a Comment