TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, March 8, 2010

11 bulan pentadbiran Pakatan di Perak: Gantikan 500 ekar Tanah Rezab Melayu

 

Kemaman

Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, YB Haji Mohd. Zainudin Mohd Yusof berkata, walaupun usia kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak lama, namun ia berjaya mengembalikan 500 ekar tanah rezab Melayu yang telah dilupuskan oleh Umno/BN.

Menurutnya, dalam Perlembagaan Malaysia Artikel 67 telah menetapkan, sebanyak mana Tanah Rezab Melayu yang telah dilupuskan untuk apa-apa tujuan, hendaklah diganti oleh mana-mana kerajaan yang melupuskan tanah tersebut.

Menurut beliau, sebagai contoh, pada tahun 1996 seluas 500 ekar tanah rezab Melayu telah dilupuskan untuk membina kilang simen Perak-Hanjoong (sekarang dikenali YTL Cement) di Padang Rengas pada zaman pentadbiran Tan Sri Ramli Ngah Talib. Namun, pihak kerajaan ketika itu tidak mengganti Tanah Rezab Melayu tersebut. Tanah Rezab Melayu itu hanya diganti semula ketika pentadbiran YB. Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Beliau turut mendedahkan, sepanjang lebih 50 tahun Umno/BN berkuasa, mereka telah melupuskan beribu-ribu ekar Tanah Rezab Melayu bagi pelbagai tujuan, dan masih banyak yang belum digantikan semula. Jadi, siapa sebenarnya yang menggadai dan menghakis hak orang Melayu?
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ceramah Isu-isu semasa yang diadakan di Kampung Geliga, Kemaman pada 4 Mac lalu.

Diubahsuai dari berita asal: http://buletinonline.net

No comments:

Post a Comment