TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Friday, March 26, 2010

SEBAIK SAMPAI KE TANAH AIR, HJ NIZAR TERUS KE PARLIMEN

Belum pun sempat menghilangkan penat lelah dan melepaskan rindu kepada ahli keluarga yang ditinggalkan dua minggu ke luar negara, programnya pula penuh dan padat, bermula di Mesir, Jordan kemudian ke UK. YB Dato' Seri Hj Nizar tanpa berlengah, pagi esoknya terus sahaja ke Kuala Lumpur untuk mengikuti sidang Parlimen yang sedang berlangsung.

Semalam beliau diberi peluang berucap bagi membahaskan titah di Raja. Dalam ucapan hampir setengah jam itu, beliau banyak menyentuh isu rampasan kuasa di Perak oleh UMNO BN, beliau juga menjawab beberapa tohmahan yang dilemparkan oleh UMNO BN terhadap kerajaan PR di Perak dan terhadap beliau sendiri sebagai Menteri Besar.Beliau mencabar UMNO BN membuktikan tuduhan-tuduhan yang kononnya PR menggadaikan tanah orang Melayu kepada Cina, sebaliknya beliau membuktikan puluhan ribu tanah di Perak digadaikan oleh UMNO BN kepada koporat-koporat asing demi kepentingan mereka sendiri.

Beliau juga mengulas bagaimana tindakan Jabatan Penuntut dan Duta Malaysia di luar negara yang mengugut dan menghalang pelajar-pelajar dari mengikuti program bersama Hj Nizar sepanjang beliau mengadakan lawatan ke UK, sedangkan mereka bebas pula menghadiri program-program anjuran Kelab UMNO sewaktu pimpinan UMNO melawat luar negara.

Malam tadi, dalam perjalanan pulang ke Ipoh, beliau sempat singgah ke Tg. Malim bagi menyampaikan ceramah isu semasa bersama saya, Hanipa Maidin (AJK PAS Pusat), YB Chan Lekang (Adun Teja), Madzi Hasan (Naib Pengerusi PKR Perak) dan YB Sivanesan (Adun Sungkai).Ceramah anjuran PR Tg. Malim malam tadi adalah bertujuan menjelaskan dan menjawab segala tohmahan dan pembohongan UMNO BN terhadap PR, isu kemelut politik Perak, pencapaian terbaik kerajaan PR sepanjang memerentah Perak, dan juga isu-isu nasional. Kehadiran orang ramai malam tadi membuktikan rakyat tetap bersama PR dan menolak UMNO BN di DUN Behrang khususnya dan di seluruh Perak secara umumnya.

No comments:

Post a Comment