TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, March 4, 2010

Dato' Seri Mohd Nizar menziarahi rakyat uzur di Kampung Teluk dan Telaga Nenas dalam kawasan Pasir Panjang

Warga emas ini , berumur 87 tahun tinggal bersama anak dan menantunya di Kampung Teluk terlalu uzur, hanya berbaring di katil atau di lantai, dan tak berapa ingat apa yang dilakukan setiap hari. Dato' Seri Nizar sempat menziarahinya dan bertanya khabar.
 
Dato'Seri Nizar membacakan doa untuk dijadikan penawar. Mudah-mudahan Allah sembuhkan penyakit kepada wargaemas yang terlantar uzur sekian lama.
 Apa kabor mak cik??? tak berapa nak larat...macam-macam penyakit Dato' Seri.....kata mak cik ni.
Kakak ni masalah penglihatan yang tinggal dirumah bantuan PPRT di Kampung Teluk.
  
Hari Rabu 3 Mac 2010, Dato' Seri Nizar selaku ADUN Pasir Panjang berkesempatan menemui beberapa penduduk yang Uzur dan tua di Kampung Teluk dan Telaga Nenas berhampiran Pekan Air Tawar dan Pantai Remis. Kedua-dua kampung ini adalah dalam kawasan Pasir Panjang. Untuk sampai ke kampung ini, dari Seri Manjung  dengan menggunakan kenderaan darat, memakan masa lebih kurang 45 minit. Bagi penduduk di sini mereka biasanya menggunakan bot atau sampan menuju ke Kampung Bahru (L) dalam masa 10 ke 15 minit perjalanan. Walau pun jauh di pendalaman , Dato' Seri Nizar tetap menjalankan kewajipannya untuk menziarahi penduduk di sini yang menjadi pengundinya dalam pilihanraya ke 12 lalu. Kebanyakan dari penduduk yang ditemui telah uzur dan tua. Anak-anak mereka pula mencari rezeki di luar atau di bandar besar dan akan balik ke kampung ini sekali sekala atau di musim perayaan menemui ibu bapa mereka.
Kehadiran Dato' Seri Nizar disambut mesra walaupun ada sesetengahnya berbeza politik kepartian. Selepas waktu maghrib Dato' Seri Nizar berkesempatan menyampaikan sedikit tazkirah maulidur rasul dan isu-isu terkini yang berlaku di negeri Perak.


No comments:

Post a Comment