TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, March 2, 2010

PAS Cawangan Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor menjayakan Dakwah dan Daulah untuk Islam terus dihormati.

Sebahagian ahli yang hadir Mesyuarat Agung PAS Cawangan Sungai Pinang Besar, Pangkor.
Ahli-ahli PAS sedang mendengar amanat dan ucapan perasmi
Gabungan orang lama dan baru dalam menggerakkan PAS yang menggempurkan ADUN Pangkor Dr Zambry Kadir yang berasal dari pulau ini.
Timbalan YDP menyampaikan Sijil Pendaftaran Cawangan kepada Naib Ketua

Melawat Signboard Pas Cawangan Sg Pinang Besar yang di pasang betul-betul di jalan besar di tengah Pulau Pelancongan ini melambangkan PAS ada di pulau ini.
Bergambar bersama AJK Pas Cawangan Sg Pinang Besar.

Ahad 28 Feb 2010, saya dijemput ke Pulau Pangkor untuk menghadiri Mesyuarat Agong Pas cawangan Sungai Pinang Besar. Cawangan ini adalah cawangan kedua selepas cawangan Pulau Pangkor di tengah-tengah pulau pelancongan ini. Perasmian kali ini, dirasmikan oleh Timbalan YDP Kawasan Lumut. Ia dihadiri kira-kira 30 orang ahli. Dalam ucapan perasmian oleh Timbalan TYDP menyarankan agar mengambil konsep 2D untuk diamalkan, iaitu Dakwah dan Daulah dalam ertikata menyampaikan dakwah untuk tegakkan daulah. Setelah Daulah dapat ditegakkan Islam akan terus di hormati.
Pagi itu juga, TYDP telah menyerahkan Sijil Pendaftaran yang diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan dan menerima borang permohonan menjadi ahli PAS oleh Naib Ketua Cawangan Sungai Pinang Besar. Selepas itu kami diberi kesempatan melawat Papan Tanda PAS Cawangan Sungai Pinang Besar yang di pasang di tepi jalan besar. Dengan adanya dua cawangan PAS di Pulau Pangkor, sudah tentu menjadi cabaran besar kepada Dr Zambry yang menjadi wakil rakyat mereka. Mereka akan melaksakan Dakwah dan Daulah, agar Islam tidak terpinggir di Pulau Pangkor. Takbir!!!!

No comments:

Post a Comment