“Jarang berlaku dalam ucapan titah Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) secara peribadi memuji dirinya sendiri,” sindir Anwar tengah hari tadi sambil disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Dalam nada yang jenaka, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menasihatkan Najib supaya memuatkan ucapan penghargaan kepada Umno BN kerana berjaya mengekalkan kuasa dalam kerajaan.
“Tanpa rasa malu Perdana Menteri memuji dirinya sendiri, selalunya diletakkan tahniah kepada kerajaan kerana menang pilihan raya, itu kebiasaannya,”Disebabkan Speaker Dewan Datuk Donald Kiandee tidak menghalang selorah itu, Anwar terus membaca teks ‘Titah Ucapan’ yang dimaksudkan beliau dalam nada yang jenaka.
“Para pemimpin hendaklah mencontohi Memanda Perdana Menteri (Najib),” Anwar dilihat terus ketawa melihat telatah Ahli-ahli Parlimen BN kerana tidak berani mempertahankan Najib.Tambah Anwar lagi, sidang kali ini turut mencipta sejarah apabila Datin Seri Rosmah Mansur, iaitu isteri kepada Najib turut dipuji secara peribadi dalam ‘Titah Ucapan’ tersebut.
“Bukan setakat itu Tuan Speaker, inilah kali yang pertama dalam sejarah di mana dalam ‘Titah DiRaja’, suatu pujian khusus pada insiatif yang dibuat oleh isteri Perdana Menteri,” sindir Anwar sambil disambut gelak ketawa.Sebelum pada itu, Anwar berkata, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Umno) turut dilihat tersenyum apabila Anwar menyindir Perdana Menteri.
“Berikutan kejayaan program Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan (dan) Permata Remaja, Ini Permata yang memang menjadi projek istimewa Si Isteri Jelita (Rosmah),” jenaka Anwar seperti dipetik dari ‘Titah Ucapan’ Yang DiPertuan Agong.Dalam pada itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, teguruan khusus kepada Perdana Menteri itu bukanlah bermakna beliau atau mana-mana Ahli Parlimen yang terbabit ketawa memperkecil titah ucapan DYMM YDA Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.
Menurut beliau, konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia bermakna kerajaan yang memerintah menyediakan ‘Titah Ucapan’ yang kemudiannya disemak dan diperkenan oleh seorang Yang Dipertuan Agong.
Maka, kata Anwar, Najib selaku ketua kerajaan bertanggungjawab menyediakan draf ucapan ‘Titah Ucapan’ tersebut.
Bagi Anwar, inisiatif Najib itu sekaligus boleh merosakkan imej dan tradisi ‘Raja Berpelembagaan’ yang selama ini dilaksanakan di Parlimen.
Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya tidak mengulangi perbuatan terbabit di Dewan Rakyat yang mulia itu.
“Ini yang nak saya perbetulkan supaya pujian-pujian pada diri sendiri seperti ini tidak lagi berulang,” tegas Anwar.Ronald kemudiannya menangguhkan sesi penghujahan Ketua Pembangkang pada sesi petang. -END
he,he kelakarnya!
ReplyDeletemacam zambry puji diri sendili maa!
ReplyDelete