TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, March 8, 2010

Hj. Mohsin dah kena tipu?

So…Fauzi Muda dah buat laporan polis terhadap aku. Setakat ini, belum ada lagi polis datang cari aku. Tetapi..untuk memudahkan polis membuat siasatan…aku tambah semangkuk lagi.

Posting ini juga untuk menjawab komen Osman Ibrahim dalam posting “Kau Pergi Jua.”

Sebelum Pilihanraya 2008, Fauzi Muda kepingin untuk bertanding…tetapi tak layak disebabkan dia bankrup. Apabila PR menang di Perak, Fauzi Muda mahu memegang jawatan dalam GLC, tetapi oleh kerana dia muflis, mana mungkin PKR boleh melantiknya untuk memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Apabila dia gagal mendapat sebarang jawatan, dia bertindak menjadi broker kepada Umno untuk membeli wakil-wakil rakyat PKR untuk menyeberang kedalam Umno. Dia pernah berjumpa Najib untuk menguruskan projek ini tetapi oleh kerana dia bermulut capui, Najib sendiri tidak mempercayaainya.

Fauzi pernah berjumpa Najib..dan ini disahkan sendiri oleh Datuk Zainal Abidin Zin, bekas Timbalan Menteri Pertahanan. (Baca disini) Mengapakah pada masa itu Fauzi tidak memaklumkan kepada kepimpinan PKR tentang usaha untuk membeli ADUN PKR oleh Najib? Mengapakah hanya selepas Jamal dan Osman melompat, baru dia membuat Akuan Bersumpah mengatakan Najib menawarkan 50 juta kepadanya?

Hakikatnya, Fauzi Muda merupakan sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam projek lompat katak itu. Tetapi apabila Jamal dan Osman melompat, yang kenyang hanyalah Hamdan Taha, manakala Fauzi Muda menggigit jari.

Runtuhnya Pakatan Rakyat di Perak juga mencerminkan kegagalan Hj. Osman menerajui PKR Perak. Hj. Osman dilantik menjadi Pengerusi PKR Perak menggantikan Hj. Ismail untuk memenuhi kehendak Jamal dan Osman. Semasa Hj. Osman menerajui PKR Perak, Fauzi Muda merupakan orang kuatnya.

Dalam kes Mohsen, Fauzi Muda juga merupakan perancangnya. Seperti yang aku tuliskan sebelum ini, satu sidang media telah dirancang pada 23 Feb untuk mengkritik kepimpinan Mustafa Kamil Ayub. Sidang media tersebut sepatutnya dihadiri oleh Mohsen tetapi perancangan tersebut telah dipintas oleh Mejar X. Bagi mereka yang pernah membaca Krisis Perak di Perakexpress, mungkin sudah banyak kali mendengar tentang Mejar X, terutamanya yang berkaitan dengan Dato Nasha.

Mejar X mendedahkan perancangan yang dibuat oleh Fauzi Muda. Dan apabila perancangan tersebut didedahkan, Mohsen ketakutan dan menghilangkan diri. Fauzi Muda bergegas ke Bagan Serai untuk berjumpa Mohsen tetapi hanya dapat berjumpa dengan Mi Sayor diBagan Serai. Sapa Mi Sayor? ..tanya kat orang Bagan Serai.

Akhirnya Fauzi dapat berjumpa dengan Mohsen, sedangkan kepimpinan PKR yang lain gagal menemuinya. Ini disahkan sendiri oleh Fauzi dalam sms yang dihantarnya kepada Mejar X. Begitu juga dalam posting Perakkume.

Beliau mengakui ada berjumpa dengan Mohsin sebelum pengumuman keluar itu dibuat tetapi ia hanya perjumpaan biasa

Apabila Fauzi mendapat tahu Mejar X merupakan orang yang menghancurkan perancangannya, Fauzi telah memaki hamun Mejar X menerusi SMS yang dihantarnya.

Ada berbelas SMS yang dihantar oleh Fauzi kepada Mejar X. Aku perturunkan tiga daripadanya.

SMS 1:

Apa masalah kamu bertanyakan YB Mohsen datang jumpa aku hari ini? Sapa kamu? Aku Ketua Cabang PKR jumpa Ahli Parlimen PKR kamu jadi susah hati apa hal? Dah ada undang-undang PKR Perak ahli2 tak boleh jumpa ke? Atau PKR Perak ni dah jadi hak Sdn Bhd kamu? Tlg cermin diri kita sendiri ok. Jgn lebih sudu dari mangkok.

SMS 2:

Pu**mak kamu. kamu jgn nak jadi hero dlm parti ha. apa maksud kamu hantar sms kat aku dgn ayat kamu tu? kamu nak berperang dengan aku sgt ke? aku tak pernah kacau kamu org semuatapi tolong jgn mangkok2 kan aku ha!

SMS 3:

OK kita jumpa dlm negeri akan dtg. Kerian tengok kamu. Kita jumpa OK.


Ada banyak lagi sms ni…penuh dengan maki hamun dan mencarut.

Mejar X telah mencabar Fauzi untuk datang ke Mesyuarat MPN pada 6hb March…tetapi Fauzi tak datang dengan memberi alasan sakit pingang. Tapi dia tak sakit pinggang untuk membuat sidang media menyatakan kesetiaannya kepada parti.

Nak menyatakan kesetiaan kepada parti panggil reporter Utusan? Pi la jumpa Anwar ka…Kak Wan ka. Atau pun buat Akuan Bersumpah menyatakan kesetiaan kepada PKR!!

Masa dia mendapat tawaran dari Najib sebanyak 50 juta, dia tak bising. Tapi bila Jamal dan Osman dah melompat…dan Hamdan Taha mendapat imbuhan yang lumayan, Fauzi Muda berputih mata. Tu pasai dia buat akuan bersumpah.

Dalam kes Mohsen juga macam tu. Mohsen dijanjikan wang sebanyak satu juta ringgit. Yang menjadi broker adalah Ibrahim Saad dan Fauzi Muda. Bila Mohsen melompat dan mendapat imbuhan yang dijanjikan, Fauzi Muda tak dapat apa-apa. Bila nama dia dikaitkan, dia buat PC menyatakan kesetiaanya kepada parti dan membuat laporan polis terhadap Matsamankati kerana memfitnahnya.

Sebenarnya, Mohsen ditipu hidup-hidup. Mampuih pi la. Memang patut kena tipu.

Mohsen dijanjikan wang sebanyak sejuta ringgit. Wang pendahuluan sebanyak RM100,000 telah diberikan manakala bakinya akan diberikan di Jakarta.

Tetapi pada 4 hb March, Mohsen menelefon seorang pemimpin AMK Pusat bahawa dia menyesal dengan perbuatannya. Dia mengaku dia ditipu dan wang baki sebanyak RM900,000 masih belum diterima. Ha..ha..ha.. Sudah lesap disapu broker. Dan aku berani kata, bahawa Mohsen menangis ketika menelefon Pemimpin AMK Pusat itu.

Tapi apa nak buat? Tahi kambing bulat-bulat.

Nak letak jawatan, dia dah ambil RM100K. Silap-silap jadi macam Bala.
Nak balik Bagan Serai…tak berani. Nak jumpa pengundi Bagan Serai…takut. Itulah nasib pejuang Hang Tuah. Tak kan Melayu Hilang di Dunia…tapi dia sendiri hilang.

Zahrain juga sudah hilang…tapi masih boleh seronok main golf di London. Duduk kat hotel Leonard di London dengan anak menantu. Nak balik Bayan Baru…malu. Tee Beng sedang diburu Along.

Itulah nasib katak-katak yang melompat. Ada sapa lagi yang nak melompat? Sila kan.

Umno memperuntukkan RM300 juta untuk membeli wakil-wakil rakyat PKR…untuk membolehkan mereka mendapat kembali majoriti 2/3 di Parlimen. Bila jumlah tersebut dicapai, SPR akan mengemukan Persempadanan Semula kawasan Parlimen untuk memudahkan Umno kembali berkuasa.

Seterusnya sila baca di sini

No comments:

Post a Comment