TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, March 31, 2010

APCO: Perjanjian dibuat sebelum konsep 1Malaysia dilancarkan

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Isreal, APCO Inc, sebelum konsep 1Malaysia diperkenalkan.
Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya – satu perjanjian antara APCO dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan APCO ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.
Kedua-dua perjanjian ini menghasilkan konsep 1Malaysia dan One Israel.
Katanya lagi, kontrak dengan APCO ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.
“Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. Ia disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk Sharifuddin Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan APCO Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.
Ahli parlimen Permatang Pauh itu membuat penjelasan demikian di dewan rakyat hari ini sebagai menjawab perkara yang dibangkitkan Datuk Abd Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di bawah perkara 37(1) yang dibacakan sekali dengan perkara 36(12) peraturan mesyuarat minggu lalu.
Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.
Menurut Anwar, sebelum APCO beroperasi sepenuhnya di Kuala Lumpur, tokoh-tokoh pentingnya sudah bertugas untuk kerajaan Malaysia di bawah syarikat Mindteam Sdn Bhd.
Paul Stadlen yang menjadi pengarah Mindteam kini adalah CEO kepada APCO di Kuala Lumpur manakala Margaret Kraus adalah CEO APCO Worldwide.
“Sekarang CEO APCO adalah individu yang banyak terlibat dalam banyak urusan di Israel,” kata Anwar.
Anwar mendedahkan syarikat APCO Worldwide merupakan sebuah firma pelobi yang ditugaskan untuk membaiki imej pemimpin yang rasuah dan buruk dari segi hak asasi.
“Apa fungsi firma pelobi di Washington? Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.
“Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik,” katanya.
Tambahnya , khidmat APCO juga digunakan oleh Israel pada 1992 oleh perdana menterinya Ehud Barak bagi menjayakan ‘One Israel’.
Manakala Malaysia pula menggunakan khidmat APCO bermula 4 Ogos 2009 dengan bayaran kira-kira 20 juta ringgit.
Beliau juga membawa satu laporan portal berita yang mendakwa APCO diperkenal kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh penasihat Najib, Omar Mustapha melalui sebuah syarikat perunding Ethos & Consultancy.
“Seorang penasihat APCO ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak awal Perdana Menteri ambil alih jawatan.
“APCO juga didakwa terlibat secara langsung dalam menentukan pentadbiran 100 hari Najib seperti gagasan 1Malaysia,” katanya lagi.
Menurut Anwar, sehingga kini Najib belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaannya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.
Apa yang dibimbangi jelasnya kenyataan APCO sendiri yang menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat.
“Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO,” katanya lagi.
Beliau juga mendedahkan tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein di mana ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis.
Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel (Israel Security Agency).
Itamar Rabinovich adalah Duta Israel ke Amerika Syarikat, dan Shimon Stein adalah bekas duta Israel ke Jerman.
Menurut Anwar kedua-duanya adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan tersebut.
Selain mendedahkan modus operandi APCO, Anwar juga memberitahu APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.
Sebab itulah jelasnya, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia.
Mengulas lanjut, Anwar seterusnya mendedahkan APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (associates) di seluruh dunia seperti Asero dan Global Political Strategies.
“Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral.
“Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO,” tambahnya lagi.
Sehubungan itu jelasnya, kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata.
Kerajaan katanya boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.
Beliau mengemukakan contoh negara Israel, yang mana lantikan dibuat melalui Asero Worldwide.
Kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International.
Namun jelasnya apabila diteliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.
“Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO?
Perdana Menteri juga jelasnya perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.
“Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia.
“Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel”, jelasnya lagi.
Rekod APCO katanya menunjukkan hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.
APCO katanya lagi, banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing.
Tambahnya lagi, akhbar The Times of India menulis APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya .
Rencana tersebut menyenaraikan antaranya Adolf Hitler, Narendra Modi, Sani Abacha, Nursultan Abishuly Nazarbayev dan Mikhail Khodorkovsky yang didakwa ada kaitan dengan mafia.
“Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?
“Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?” soalnya lagi.
Harakahdaily

Perlawanan Bola Jaring Piala Dato' Seri Nizar ,ADUN Pasir Panjang Meriah

Kejohanan Bola Jaring merebut Piala Dato' Seri Ir Mohammad Nizar bin Jamaluddin, wakil rakyat bagi kawasan Pasir Panjang, Perak telah diadakan pada 28 Mac 2010 (Ahad) di Padang Taman Fasa 3C, Seri Manjung. Kejohanan ini adalah anjuran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang dan Nisa' Lumut.


Pasukan yang menyertai perlawanan sedang melakukan "Warm Up" sebelum perlawanan bermula.
Pasukan yang menyertai perlawanan mendengar Ucapan Perasmian oleh YDP Pas Kawasan Lumut.
YDP Pas Kawasan Lumut mewakili ADUN Pasir Panjang memberi Ucapan Perasmian.
Para Penyokong sedang memberi sokongan moral di tepi gelanggang.


Antara pasukan yang hebat ; Manjung Permai, Kelab Sukan PDRM Manjung juga turut serta.
Bola berjaya dimasukkan ke dalam jaringan....
Bersungguh sungguh menjaringkan gol untuk kemenangan.

Dah letih....melepak dan relek-releks

 
Setelah bersungguh-sungguh bermain di padang akhirnya mendapat kemenangan.

Tuesday, March 30, 2010

Rear Mum's FC Manjung Point, menjuarai Piala Pusingan Dato' Seri Nizar

Sorakan Pasukan Bola Jaring Real Mum's FC dari Manjung Point setelah diumumkan sebagai Johan perlawanan bola jaring merebut Piala Pusingan Dato' Seri Nizar anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang dan Nisa' Lumut yang diadakan pada 28 Mac 2010 (Ahad). Pasukan ini mengalahkan Pasukan Manjung Permai dengan mata 12-11.
Para pemenang menerima hadiah dari Pegawai Khas ADUN Pasir Panjang.
Ketua Pasukan Real Mum's menjulang Piala Pusingan Dato' Seri Nizar Jamaluddin ADUN Pasir Panjang dalam perlawanan bola jaring kalah mati 18 pasukan di Padang Taman Fasa 3C, Seri Manjung.
Wajah-wajah kegembiraan Pasukan Real Mum's Manjung Point, Seri Manjung setelah menjuarai Perlawanan Bola Jaring merebut Piala Dato' Seri Nizar Jamaluddin, ADUN Pasir Panjang.
Ahli-ahli Jawatan Kuasa Penganjur kejohanan Muslimat PAS Kawasan Lumut dan Nisa' bergambar bersama Juara Perlawanan Bola Jaring Piala Dato' Seri Nizar.

Saturday, March 27, 2010

18 Pasukan menyertai Perlawanan Bola Jaring Piala Dato' Seri Nizar.


Sebanyak 18 buah pasukan akan berentap dalam perlawanan bola jaring meebut piala Dato'Seri Nizar Jamaluddin, Adun Pasir Panjang dalam kawasan parlimen Lumut.. Semua perlawanan akan diadakan di Padang Taman Fasa 3C, Seri Manjung. Kepada mereeka yang ingin melihat pasukan ini berentap, hadirlah pada 28 Mac 2010 (ahad)  ini ditempat yang dinyatakan.

Friday, March 26, 2010

Nizar : ADUN PR kemukakan 216 soalan

IPOH, 26 Mac;- ADUN pakatan Rakyat telah menghantar 216 soalan untuk sidang DUN Perak yang akan bermula pada 3
Nizar : ADUN PR kemukan 216 soalan0 Mac akan datang. Demikian seperti yang ditegaskan oleh Menteri Besar Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat Perak disini sebentar tadi.

Sidang media itu diadakan selepas Mesyuarat majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak dan Mesyuarat ADUN Pakatan Rakyat Perak. DS. Nizar didampingi oleh 11 ADUN yang menunggu untuk sidang tersebut.

Beliau mengatakan mesyuarat telah membuat beberapa ketetapan termasuk kami mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak , Sdr. Siva dan meminta pihak keselamatan mengadakan siasatan siapa yang terlibat, dan juga kami telah sedekahkan alfatihah kepada Almarhum Ahli Parlimen Hulu Selangor .

DS. Nizar juga mengesahkan semua ADUN PR telah menerima dua surat, satu dari Setiausaha Dewan yang mewakili oleh lelaki yang menyamar sebagai speaker, satu lagi dari spaeker yang sah YB. V.Sivakumar.

"Kami buat keputusan untuk hadir bedasarkan surat Speaker yang sah YB. V.Sivakumar pada perasmian dan perbahasan 31 haribulan." Jelas Nizar

"Kita membuat keketapan untuk ikut serta pada hari perasmian da sesi perbahasan kerana rakyat perak melantik kami dan kami akan ikut serta berbahas"

Beliau juga mengesahkan telah hantar surat kepada zambry dan memohon diadakan satu mesyuarat dengan Zambry dan Ganesan pada 29 Mac jam 9 pagi di Dewan Bandaraya Ipoh.

"Tujuan mesyuarat adalah untuk kepentingan negeri perak yang lebih cemerlang." tegas Nizar.

Beliau juga menyatakan permohonan untuk diberi peluang untuk perbahasan dan soal jawab, kepada ketua pembangkang dan ADUN dalam perbahasan, "Insyaallah menjadi persidangan yang baik" jelasnya.

"Kita juga cadangkan persidangan dilanjutkan selama lima hari hingga 4 April".Kata Nizar.

Beliau juga berharap pertemuan dapat menghasilkan persidangan yang baik, dan tempoh yang sesuai bagi membahas isu-isu dan kemelut negeri Perak.

Nizar juga menegaskan Keputusan mahkamah pada 9 Feb adalah penentuan siapakah MB Perak, namun tidak mengenai siapakah speaker yang sah. Ganesan telah melanggar 6 ketetapan dan dia tidak diktiraf sebagai speaker.

Sekitar Bantahan di depan Kedutaan Sweden


 


Kira-kira 500 umat Islam berkumpul di depan kedutaan Sweden di ibu negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan tiga akhbar Sweden yang didakwa menghina Nabi Muhammad hari ini.

Sejurus selepas menunaikan solat Jumaat di masjid bersebelahan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak, mereka berarak di kedutaan tersebut, kira-kira 500 meter sahaja daripada tempat tersebut.

Kumpulan tersebut diketuai Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

Di samping bertakbir dan berselawat, mereka melaungkan slogan anti-Sweden seperti “Biadap Sweden” dan “Jahanam Sweden”.

Mereka juga membawa kain rentang dan poster bertulis “Kami kasih Nabi", “Jangan Hina Nabi Muhammad” dan "Kami berjuang untuk nabi kami".





Kelihatan kira-kira 40 anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal sekitar kawasan tersebut. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.







Setibanya kumpulan itu ke kedutaan negara terbabit di Plaza OSK, Jalan Ampang kira-kira jam 2.15 petang, Nasrudin dan Jais kelihatan naik ke pejabat kedutaan tersebut di tingkat 8 untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Memorandum dua halaman itu - ditandatangani 19 NGO Islam - antaranya menuntut kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas terhadap pelukis karikatur itu dan tiga akhbar yang didakwa menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.




Selepas itu, pemimpin tersebut turun dan berucap kepada kumpulan penunjuk perasaan tersebut, sebelum disudahi dengan tindakan Nasrudin membakar bendera Sweden kira-kira jam 3.00 petang.

Nasrudin dalam ucapannya menyifatkan karikatur yang disiarkan itu amat menyentuh sensitiviti dan mencabar umat Islam seluruh dunia.

"Kita berhimpun serentak bersama dengan umat Islam di seluruh dunia, disebabkan kebiadaban pelukis karikatur di mana Rasulullah digambarkan seperti seekor binatang.

"Oleh itu kita minta kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas kepada pelukis dan akhbar itu," katanya.

Berita penuh sila baca di sini



EXCO SELANGOR DEDAH SURAT SPR KEPADA PBT



MESYUARAT Exco hari ini memutuskan untuk menyiarkan kepada umum surat yang dihantar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada Menteri Besar Selangor berhubung cadangan untuk mengadakan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tindakan ini bagi membolehkan orang ramai memahami isu ini secara mendalam.

Dalam surat setebal 11 muka surat bertarikh 23 Mac 2010 itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberikan maklumat dari perspektif perundangan dan had batasan berkaitan cadangan mengadakan pilihan raya PBT di Selangor.

Beliau membuat kesimpulan bahawa SPR dan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya peringkat PBT bagi memilih ahli majlis.

Tan Sri Abdul Aziz juga berkata, SPR tidak boleh menjalankan kajian dan analisis seperti yang diminta Selangor kerana ia bukan bidang kuasa SPR seperti termaktub dalam Perlembagaan dan Akta Pilihan Raya 1957.

Kerajaan Negeri menegaskan surat SPR ini bukan noktah akhir kerana kerajaan negeri akan terus berusaha mencari jalan atau kemungkinan lain yang membolehkan pilihan raya PBT ini diadakan.

“Kita membincangkan isu ini dalam Mesyuarat Exco hari ini dan memutuskan jalan terbaik ialah dengan mencari pilihan lain dari sudut yang berbeza.

“Kami percaya dalam sebuah negara yang matang, fungsi sesebuah kerajaan perlu didemokrasikan dan ini baik kerana rakyat mempunyai banyak pilihan,” kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada 11 Mac lalu, Menteri Besar menulis surat kepada SPR untuk mendapatkan pandangan mengenai pilihan raya kecil PBT selain meminta SPR mengadakan kajian menyeluruh untuk kepentingan rakyat khususnya di Selangor.

UMNO Hulu Selangor Tuntut Kerusi Parlimen Dari MIC

BN berpeluang merampas kembali kerusi parlimen Hulu Selangor sekiranya Umno diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang.

Dalam pilihan raya umum 2008, BN tewas di kerusi tersebut kepada calon PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia malam tadi akibat barah otak.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan memanggil pilihan raya kecil bagi kawasan tersebut dalam tempoh 60 hari.

SPR pula akan bermesyuarat Jumaat depan untuk memutuskan tarikhnya.

Walaupun ia merupakan kerusi majoriti Melayu, tetapi ianya diperuntukkan kepada MIC. Calonnya, Datuk G Palanivel (gambar) menang pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kepada Zainal Abidin pada 2008.

Zainal Abidin mendapat 23,177 undi untuk menang tipis dengan 198 undi. Palanivel pula mendapat 22,979 undi.

Pada 2008 terdapat 63,593 pengundi di situ yang terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.

Ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Mohamed Idris Abu Bakar berkata Umno telah membuat desakan tersebut sejak tahun 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan memutuskan untuk memberi kerusi kepada MIC.

"Umno sentiasa meminta kembali kerusi berkenaan kerana ia adalah kehendak akar umbi yang mahu kita bertanding kerusi tersebut," katanya -Malaysiakini

Dato' Wan Hashim Wan Daud ditahan polis untuk siasatan

KOTA BARU, 26 Mac - Penahanan Wan Hashim malam tadi adalah sebahagian daripada perkembangan terbaru krisis Istana Kelantan yang berlaku sepanjang semalam, termasuk kenyataan pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan.

Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider, beliau masih berada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di sini pagi ini untuk siasatan lanjut.
“Kami masih siasat beliau (Wan Hashim),” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.
Bagaimanapun sumber itu tidak mengulas lanjut kedudukan Wan Hashim.
Di sebalik tahanan Wan Hashim itu, satu pertemuan dipercayai telah diadakan di Istana Telipot lewat malam tadi untuk memutuskan pelantikan pengerusi baru Majlis Perajaan Negeri.
The Malaysian Insider juga difahamkan mesyuarat tergempar Majlis Perajaan Negeri diadakan bagi melucutkan Tengku Abdul Aziz yang semalam diumumkan sebagai pengerusi majlis itu dan melantik pengerusi baru ekoran perkembangan sejak pagi semalam.
Beberapa anggota Majlis Perajaan Negeri dilihat memasuki kawasan Istana Telipot sekitar pukul 11 malam.
Sebelum itu, kira-kira 10 minit lebih awal Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad kelihatan terlebih dahulu memasuki pekarangan istana tersebut.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, nama yang disebut-sebut bakal dilantik bagi menggantikan Tengku Abdul Aziz ialah Tengku Abdul Halim.
Polis menahan Wan Hashim, bekas setiausaha kerajaan negeri, di kediamannya di Taman Sri Aman berhampiran Istana Negeri, Kubang Kerian dekat sini dipercayai berhubung pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja.
Desas-desus mengatakan tangkapan tersebut berikutan satu laporan polis dibuat Pengerusi Persatuan Pegawai Tadbir Kelantan, Shafien Ismail berhubung pengumuman penamatan jawatan Tengku Muhammad Faris.
Sekali gus pada masa sama Wan Hashim yang dikatakan sebagai menjunjung titah perintah Sultan Kelantan, turut memaklumkan Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan bagi menjalankan tanggungan raja negeri berkuat kuasa serta-merta.
Beliau dibawa ke IPK Kelantan di sini kira-kira pukul 8.40 malam dengan menaiki kereta jenis spot bewarna putih diiringi kenderaan MPV dan MyV dan diikuti kenderaan polis.
Laporan Bernama pula menyebut beliau disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan.
Beberapa jam sebelum penahanan Wan Hashim, laporan awal semalam menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra didakwa melucutkan jawatan Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.
Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan Wan Hashim yang mendakwa beliau dilantik sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan minggu lalu.
Wan Hashim membacakan kenyataan itu di Istana Mahkota.
Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris masih kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota Majlis Perajaan Negeri pada 29 Mei lalu.
Berita itu disambut tenang oleh Tengku Muhammad Faris apabila tiba dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail di sini kira-kira 6 petang semalam.
Tinjauan The Malaysian Insider mendapati polis juga membuat kawalan ketat di sekitar Masjid Muhammadiah dan Istana Telipot yang mana ia merupakan Istana Pemangku Raja.
Sumber : The Malaysian Insider

SEBAIK SAMPAI KE TANAH AIR, HJ NIZAR TERUS KE PARLIMEN

Belum pun sempat menghilangkan penat lelah dan melepaskan rindu kepada ahli keluarga yang ditinggalkan dua minggu ke luar negara, programnya pula penuh dan padat, bermula di Mesir, Jordan kemudian ke UK. YB Dato' Seri Hj Nizar tanpa berlengah, pagi esoknya terus sahaja ke Kuala Lumpur untuk mengikuti sidang Parlimen yang sedang berlangsung.

Semalam beliau diberi peluang berucap bagi membahaskan titah di Raja. Dalam ucapan hampir setengah jam itu, beliau banyak menyentuh isu rampasan kuasa di Perak oleh UMNO BN, beliau juga menjawab beberapa tohmahan yang dilemparkan oleh UMNO BN terhadap kerajaan PR di Perak dan terhadap beliau sendiri sebagai Menteri Besar.Beliau mencabar UMNO BN membuktikan tuduhan-tuduhan yang kononnya PR menggadaikan tanah orang Melayu kepada Cina, sebaliknya beliau membuktikan puluhan ribu tanah di Perak digadaikan oleh UMNO BN kepada koporat-koporat asing demi kepentingan mereka sendiri.

Beliau juga mengulas bagaimana tindakan Jabatan Penuntut dan Duta Malaysia di luar negara yang mengugut dan menghalang pelajar-pelajar dari mengikuti program bersama Hj Nizar sepanjang beliau mengadakan lawatan ke UK, sedangkan mereka bebas pula menghadiri program-program anjuran Kelab UMNO sewaktu pimpinan UMNO melawat luar negara.

Malam tadi, dalam perjalanan pulang ke Ipoh, beliau sempat singgah ke Tg. Malim bagi menyampaikan ceramah isu semasa bersama saya, Hanipa Maidin (AJK PAS Pusat), YB Chan Lekang (Adun Teja), Madzi Hasan (Naib Pengerusi PKR Perak) dan YB Sivanesan (Adun Sungkai).Ceramah anjuran PR Tg. Malim malam tadi adalah bertujuan menjelaskan dan menjawab segala tohmahan dan pembohongan UMNO BN terhadap PR, isu kemelut politik Perak, pencapaian terbaik kerajaan PR sepanjang memerentah Perak, dan juga isu-isu nasional. Kehadiran orang ramai malam tadi membuktikan rakyat tetap bersama PR dan menolak UMNO BN di DUN Behrang khususnya dan di seluruh Perak secara umumnya.

Thursday, March 25, 2010

Ds Nizar berkhutbah di Kota London




SIDANG DUN PERAK 30 MAC INI DIJANGKA PANAS

Sidang DUN Perak yang akan bermula 30 Mac ini dijangka panas, dan tidak mustahil akan berulang sebagaimana sidang-sidang yang lepas. Dua sidang yang lepas, persidangan hanya berjalan selama satu hari. Berlaku kekecohan di luar bangunan SUK dan di dalam dewan itu sendiri.

Sidang 7 Mei menyaksikan bagaimana Sivakumar sebagai Speaker yang sah diusung dan diheret keluar oleh pihak polis dengan cara yang sangat biadab dan tidak bertamaddun, bukan itu sahaja, malahan Sivakumar di kurung dalam bilik stor selama lebih kurang satu jam.

Adun-adun PR yang cuba mempertahankan Sivakumar dari kerusinya dikasari oleh pihak polis. Sivakumar failkan ke mahkamah mempertikaikan perlantikan Ganesan sebagai Speaker dan tindakan polis mencampuri urusan dalam dewan. Sehingga sekarang kes ini belum dibicarakan dan diputuskan oleh mahkamah.

Sidang 28 Oktober sekali lagi berlaku kekacauan. Sebagai Speaker yang sah, Sivakumar tetap mengeluarkan notis kepada semua adun untuk menghadiri persidangan. Berbagai usaha dibuat di luar dan di dalam dewan bagi menghalang atau melambat-lambatkan adun PR memasuki dewan. Sekali lagi polis diperkudakan oleh BN. Kemasukan adun-adun PR cuba dihalang oleh pihak polis bermula di luar bangunan, setelah berjaya masuk ke bangunan SUK, mereka cuba dilambat-lambatkan perjalanan oleh polis.

Sivakumar dikepung oleh pihak polis, dan jubah Speakernya cuba dirampas. Berlakulah ketegangan dan adengan tarik menarik antara Sivakumar dan adun-adun PR dengan pihak polis. Sayangnya wartawan tidak ada ketika itu, Polis bertindak kasar dan biadab dalam usaha merampas jubah speaker. Mereka berjaya merampas Jubah Speaker yang koyak dan songkok Speaker juga hilang. Sivakumar dapat juga sebahagian cebisan jubah yang koyak. Mereka akhirnya berjaya masuk ke dalam dewan, dan ketika itu sidang sudah dimulakan oleh Speaker haram BN.

Berlakulah dua sidang dalam satu dewan. Sidang UMNO BN dipengerusikan oleh Speaker haram Ganesan. Pembentangan bajet 2010 hanya berlangsung kira-kira 20 minit tanpa dibahas oleh anggota dewan, ia diluluskan begitu sahaja.

Manakala sidang satu lagi di pengerusikan oleh YB Sivakumar. Mereka bersidang di kerusi adun masing-masing. Sidang PR tidak membentangkan bajet sebaliknya meluluskan beberapa usul.

Sidang 30 Mac ini sedang dinanti-nanti oleh rakyat Perak. Apa akan berlaku, tunggulah 30 Mac ini. Semua adun PR telah menyatakan akan hadir dalam sidang tersebut atas panggilan menghadiri sidang oleh Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Soalan-soalan lisan dan bertulis juga telah dihantar oleh semua adun. Kemungkinan sidang kali ini juga akan menyaksikan dua sidang dalam satu dewan. Kemungkinan juga sidang kali ini walaupun ada ucapan titah Tuanku akan berlangsung satu hari juga.

Inilah padahnya apabila peraturan tidak dihormati dan hak rakyat dinafikan. UMNO BN walaupun dapat kuasa haramnya itu melalui mahkamah, rakyat Perak tetap tidak puas hati. PR hanya hilang 3 majoriti dalam dalam DUN Perak, tetapi 54 % rakyat tetap setia dan menyokong PR. Punca segalanya adalah kepada 3 petualang rakyat ini, mereka wajar dihukum oleh rakyat dalam pilihanraya akan datang. Sekarang mereka hidup senang dengan habuan yang mereka dapat, rakyat pula menderita akibat pengkhianatan mereka.

Justeru itu, penyelesaian kemelut Perak hanya melalui pembubaran DUN supaya pilihanraya dapat diadakan semula dan rakyat akan memberi mandat baru samada kepada PR atau BN. Contohilah MCA yang berdepan dengan krisis kepimpinan, mereka beramai-ramai meletakkan jawatan, yang akhirnya berlangusng persidangan khas bagi memilih semula kepimpinan MCA yang baru. Sebaliknya UMNO BN hanya meniru nafsu rakusnya untuk berkuasa secara haram di Perak.

DI PERAK TIDAK DIBENARKAN BERKHUTBAH, UK PULA BENARKAN NIZAR BERKHUTBAH JUMAAT

  

Oleh; Ibnu JJ

Leeds (United Kingdom), YB Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin Jumaat lepas telah menyampaikan khutbah Jumaat dan memimpin solat Jumaat di hadapan kira-kira lebih 500 pelajar Muslim University of Leeds, UK. Khutbah yang disampaikan itu menyentuh isu perpaduan Ummat Islam yang secara jelas telah memukau ratusan sidang Jamaah yang hadir. Dato' Seri Nizar dalam rangka lawatan mewakili kepimpinan Perhubungan PAS Perak telah meluangkan masa ke University of Leeds atas jemputan Leeds Univerity Islamic Society (ISOC) untuk menyampaikan agenda penting Ummat Islam seluruh dunia.

Sidang Jamaah yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa daripada puluhan Negara luar UK itu ternyata terpegun dan tersentak dengan isi kandungan khutbah yang disampaikan beliau. Isu perpaduan Ummah sejagat ini dilihat sebagai satu agenda penting bagi mengembalikan kegemilangan Islam di seluruh dunia. Sebaik selesai berkhutbah, terdapat beberapa pelajar antarabangsa seperti daripada Arab Saudi, Turkey dan Indonesia menemui Dato' Seri dan melahirkan rasa terpegun mereka dengan isi kandungan penyampaian khutbah Jumaat hari ini.Kehadiran Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin ke Leeds hari ini dan kesudian beliau memimpin sidang Jumaat hari ini telah melakarkan satu sejarah luar biasa. Leeds hari ini telah menyaksikan seorang pimpinan dari Gerakan Islam luar UK diberikan penghormatan untuk menyampaikan khutbah di hadapan para penuntut yang terdiri daripada latar belakang pengajian yang pelbagai. Sejarah yang dilakarkan ini juga membuktikan agenda perpaduan Ummah dan kemenangan Islam yang dibawa PAS ini bukanlah bersifat tempatan semata-mata, tetapi merupakan sesuatu yang bersifat 'alamiah dan menyeluruh.

Para penuntut yang ditemui selepas selesai solat Jumaat merakamkan rasa bertuah mereka kerana dapat bertemu dan mendengar khutbah yang disampaikan oleh YB Dato' Seri yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pimpinan kerajaan dan parti politik dari Malaysia. YB Dato' Seri juga sempat berkongsikan isu-isu setempat yang berlaku di Malaysia, khususnya di negeri Perak yang jelas telah membelakangkan prinsip keadilan sejagat selaras dengan firman Allah SWT dari surah al-Maidah ayat 8;

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

Dato' Seri di dalam khutbah beliau melahirkan harapan supaya semua yang hadir, membelakangkan isu perbezaan kaum, bangsa dan negara bagi mencapai perpaduan Ummah yang berteraskan aqidah Islam. Beliau juga menasihatkan para Jamaah agar tidak terpengaruh dengan sandiwara Kerajaan Sekular di negara masing-masing yang berhasrat melemahkan ikatan antara Ummat Islam yang menjadi senjata utama kekuatan Islam sejak dari zaman Nabi SAW. Isu di Palestine yang dipetik sebagai contoh dilihat sebagai satu bukti nyata bagaimana perpecahan Ummat Islam boleh meruntuhkan agama itu sendiri.

Persinggahan Dato' Seri Nizar yang turut disertai Isteri beliau, Datin Seri Fatimah Taat, anak beliau, Ustaz Syahid Muhammad Nizar dan wakil Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Al-Fadhil Ustaz Fakhrulrazi Mohd Mokhtar. Lawatan ringkas mereka ke Leeds diakhiri dengan pertemuan tidak rasmi dengan anak-anak Malaysia yang menuntut di Universiti ini.

Wednesday, March 24, 2010

KELEBIHAN BERWAKAF

Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama') berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.
Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.
Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai.
Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah yang bermaksud :-
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )
Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis :
"اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلَهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ."
“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG DIMANFAATKANNYA dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
( Hadis Riwayat Muslim )

HIKMAH BERWAKAF
Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.
Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:
  • menzahirkan pengabdian diri kepada allah s.w.t
  • sebagai langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t
  • mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
  • berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam.
  • Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan
  • Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian asset umat islam di Negara ini khususnya.

Adun Titi Tinggi tidak AKAN letak jawatan: Najib

Semalam Menteri Besar (MB) Perlis, Md Isa Sabu, mengesahkan beliau telah menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn.

Hari ini Najib kata ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn, tidak akan meletakkan jawatan..

Kalau semalam dah letak jawatan.. macam mana pula Najib boleh kata tidak AKAN meletak jawatan? Hairan ni..

Nampaknya dalam sibuk mencanangkan UMNO/BN telah diterima dan disokong kembali oleh Rakyat.. UMNO/BN masih fobia dengan Pilihanraya Kecil rupanya..

Adun Titi Tinggi tidak akan letak jawatan: Najib

2010/03/24

HONG KONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn, tidak akan meletakkan jawatan dan akan terus bersama Barisan Nasional, kata Datuk Seri Najib Razak.

"Saya dah dapat pengesahan daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd IsaSabu, bahawa beliau tetap akan menyokong Barisan Nasional dan tidakakan letak jawatan," katanya sebelum berlepas pulang selepas menghadiri Persidangan Pelaburan Asia Credit Suisse di sini.


Kelmarin, Yip yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pertumbuhan Bandar Baru Perlis, meletak jawatan sebagai Adun Titi Tinggi melalui surat yang diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat.

Yip digugurkan dari jawatan Exco Jumaat lalu dan diganti dengan Adun MCA Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 Mac 2008, Yip menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Keria Senawi dan Mohammad Radzi Mustaffa (Bebas) dengan majoriti 1,841 undi.

Md Isa berkata, pengguguran Yip sebagai Exco berdasarkan ketetapan dipersetujui MCA dan kaedah giliran membabitkan Adun mewakili parti itu dipraktikkan sejak beberapa penggal lalu.


Berita Harian Online

Perlawanan Bola Jaring Piala Dato' Seri Nizar ADUN Pasir Panjang

 
 
Inilah Piala yang akan menjadi rebutan para kaum wanita dalam Kawasan ADUN Pasir Panjang dalam Parlimen Lumut untuk Perlawanan Bola Jaring. Piala Pusingan ini adalah sumbangan Dato' Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin, ADUN Pasir Panjang. Perlawanan Bola Jaring ini akan diadakan pada 28 Mac 2010 (Ahad) mulai jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang di Padang Taman Fasa 3C, Seri Manjung. Setakat ini sambutan penyertaan dari kumpulan-kumpulan di daerah ini sangat menggalakkan.

Majlis Syura Ulama PAS lantik empat anggota baru

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 24 Mac: Mesyuarat pertama untuk sessi baru Majlis Syura Ulamak PAS malam tadi melantik empat lagi anggota mereka dan belum membuat sebarang perlantikan untuk jawatan utamanya.

Menurut sumber, nama-nama anggota baru Majlis Syura itu hanya akan diumumkan selepas mereka yang dilantik dimaklumkan dan menerima perlantikan itu.

Mesyuarat penuh Majlis Syura dengan kehadiran anggota yang baru dilantik itu dijangka akan membuat pemilihan pemegang jawatan dalam badan yang tertinggi dalam PAS itu selepas pejawat yang ada tamat tempoh mereka. 

Jawatan itu adalah Mursyidul Am yang sebelum ini dipegang oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya yang sebelum ini dipegang oleh Datuk Dr Haron Din. Perlembagaan PAS tidak mempunyai sebarang halangan untuk melantik mereka semula.

Mengikut Perlembagaan PAS yang baru dipinda, anggota Majlis Syura adalah empat yang dilantik oleh AJK PAS Pusat, empat oleh Dewan Ulama dan masing-masing dua dari Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Kesemua mereka hendaklah terdiri dari kalangan ulama.

12 anggota ini akan memilih empat lagi anggota baru termasuk juga memilih pemegang jawatan dalam badan itu.

Sebelum ini, anggota Majlis Syura adalah empat dilantik oleh AJK PAS Pusat dan empat oleh Dewan Ulamak. Kelapan-lapan mereka akan melantik empat lagi anggota.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini telah memilih Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalan presiden Nasharudin Mat Isa, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta AJK Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai wakil mereka ke Majlis Syura.

Dewan Ulamak pula telah memilih ketuanya Datuk Harun Taib, timbalan Datuk Ahmad Yaakub, naib Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan AJKnya Ustaz Nik Zawawi Salleh sebagai anggota Majlis Syura.

Wakil Dewan Pemuda PAS pula adalah ketuanya, Nasharudin Hassan dan AJKnya Ustaz Zaharudin Mohamad.

Namun begitu, Dewan Muslimat tidak membuat keputusan di kalangan mereka tetapi menyenaraikan lima nama untuk dipilih dua di kalangan mereka oleh mesyuarat Majlis Syura.

Tuesday, March 23, 2010

Siapa Mursyidul Am akan ditentukan malam ini.

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Majlis Syura Ulamak PAS bermesyuarat buat pertama kalinya malam ini untuk sessi baru bagi melantik barisan kepimpinan tertinggi badan yang paling berkuasa dalam PAS itu.

Mesyuarat malam ini yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pemimpin paling kanan di kalangan anggota yang ada. Mereka akan menentukan siapakah pengerusi Majlis Syura Ulama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya serta empat lagi anggota majlis itu.

Mursyidul Am PAS dan timbalannya kini disandang masing-masing oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din.

Mesyuarat malam ini juga buat pertama kalinya akan mengikut format baru Majlis Syura berdasar pindaan terbaru kepada Perlembagaan PAS.

Melalui pindaan ini, anggota majlis ini adalah empat dipilih oleh Jawatankuasa PAS Pusat, empat dari Dewan Ulamak PAS Pusat dan dua dari setiap dewan iaitu Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Mereka pula akan memilih empat lagi anggota tambahan.

Sebelum ini, Majlis Syura hanya terdiri dari 12 anggota iaitu empat dilantik oleh Jawatankuasa PAS Pusat dan empat oleh Dewan Ulamak PAS. Kelapan-lapan mereka pula akan melantik empat lagi anggota serta Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini telah memilih Abdul Hadi bersama dengan timbalan presiden Nasharudin Mat Isa, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta AJK Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai wakil mereka ke Majlis Syura.

Dewan Ulamak pula telah memilih ketuanya Datuk Harun Taib, timbalan Datuk Ahmad Yaakub, naib Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan AJKnya Ustaz Nik Zawawi Salleh sebagai anggota Majlis Syura.

Wakil Dewan Pemuda PAS pula adalah ketuanya, Nasharudin Hassan dan AJKnya Ustaz Zaharudin Mohamad.

Namun begitu, Dewan Muslimat tidak membuat keputusan di kalangan mereka tetapi menyenaraikan lima nama untuk dipilih dua di kalangan mereka oleh mesyuarat Majlis Syura yang pertama malam ini.


HarakahDaily

Pilihan Raya Kecil pertama di Perlis ?

Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Mungkinkah Pilihan Raya Kecil (PRK) pertama akan berlaku di Perlis dalam masa terdekat?
Terbaru, Menteri Besar (MB) Perlis, Md Isa Sabu, mengesahkan beliau telah menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn.
Menurutnya, BN negeri sedang memujuk agar Adun itu menarik balik hasratnya sekaligus mengelakkan PRK di negeri itu.
Rekod menunjukkan, Adun itu hanya mendapat 1,814 majoriti pada Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac lalu, lebih rendah berbanding PRU pada tahun 2004.
Sekiranya berlaku PRK di kawasan itu, ini merupakan peluang terbaik buat Pakatan Rakyat (PR) khasnya PKR bagi meraih kerusi pertama di negeri Perlis.
Umno Perlis sehingga kini berpecah kepada beberapa puak terutamanya selepas Md Isa Sabu menggantikan Shahidan Kasim sejak 8 Mac 2008.

EZAM KLUK KLEK, CUBA NASIHAT TUAN GURU NIK AZIZ



Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor tidak mengenali Anwar sebenarnya.

Kerana tidak kenal itulah menyebabkan sikap beliau berubah-ubah atau kluk-klek, sekejap sokong dan sekejap lagi menentang Anwar.

“Saya pun kenal juga Anwar Ibrahim. Dia kenal, saya pun kenal. Jadi tak usahlah mendakwa yang pelik-pelik sangat.

“Saya boleh terima nasihat dia, tetapi jangan sampai kepada peringkat seolah-olah macam saya tidak kenal siapa Anwar Ibrahim. Saya kenal Anwar semasa dia berada dalam ABIM lagi.

“Saya terima nasihat ezam, tetapi saya juga menasihatkan dia jangan banyak ubah pandangan.

“Ini kerana kalau dia kenal Anwar Ibrahim, kenapa dahulu dia mendekati tetapi sekarang kenapa pula dia lawan. Ini menunjukkan dia tidak kenal. Namun saya kenal Anwar Ibrahim dahulu sampai sekarang.

“Ezam tidak kenal, sebab itulah dia bersikap sekali rapat, sekali marah, itu menunjukkan tidak kenal,” tegasnya yang juga Mursyidul Am PAS.


TG Nik Aziz mengulas nasihat bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam supaya Nik Aziz menjauhi Anwar Ibrahim.

Ini kerana, mengikut dakwaan Ezam bahawa dia lebih mengenali siapa dia Anwar Ibrahim.

Bekas Menteri Kabinet Dari Sarawak Tan Sri Dr Sulaiman Daud meninggal dunia

http://www.perkim.net.my/media/content/large/SULAIMAN%20DAUD.jpg
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Dr Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur.
Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata jenazah dibawa balik ke kediaman Allahyarham di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney di sini.
Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-77 pada 4 Mac lepas, meninggalkan empat anak, iaitu Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman.
Isteri Allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.
Sulaiman, yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dan bekas anggota Parlimen Petra Jaya, Sarawak, pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai menteri di peringkat persekutuan, bermula dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.
Selain itu, Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan juga 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).
Anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi di kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an. - BERNAMA

Apa peranan Apco, berapa kerajaan bayar, siapa Apco????

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 22 Mac: “Saya mahu menyoal Perdana Menteri kerana jawapan lisan yang diberikannya tidak cukup untuk rakyat. Saya minta kerajaan menjelaskan apakah peranan sebenar Apco, berapa yang kerajaan bayar, siapa Apco, apa peranan dia Apco,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu Apco Worldwide, syarikat  perunding yang dikatakan pro Israel terus menjadi perhatian di Parlimen apabila syarikat tersebut dipercayai umum dilantik untuk menjayakan gagasan ‘Satu Malaysia’.
Sehubungan itu, Anwar meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan dengan lebih terperinci kepada rakyat berhubung status sebenar Apco Worldwide di sisi kerajaan Malaysia.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika bercakap di lobi Parlimen petang tadi berkata, jawapan lisan oleh Najib di Dewan Rakyat sebelum ini adalah tidak memadai.
“Syarikat tidak ada melantik syarikat perhubungan tempatan dan luar untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia secara khusus,” jelas Najib sebagaimana dipetik dari teks jawapan lisan yang dikeluarkan Parlimen.
“Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara menyeluruh.”
Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan kesediaan memberikan penjelasan lanjut berhubung dakwaannya sebelum ini, ‘1Malaysia ciplak 1Israel’, sebagaimana yang diminta Dewan Rakyat menggunakan Aturan Mesyuarat 36(1A).
Bercakap dalam suatu sidang media yang lain di Parlimen, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, Anwar sebenarnya tidak perlu memberikan penjelasan lanjut tentang ‘Satu Malaysia’ dan Apco, walaupun Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan kelmarin menganggap kenyataan Anwar itu mengelirukan Dewan Rakyat.
Bagi beliau, asas yang digunakan oleh Abdul Rahman adalah tidak tepat.
Katanya, usul itu kena tepat, dia kata kenyataan Anwar mengelirukan, kerana kerajaan sudah pun menafikan Apco dilantik oleh kerajaan untuk merealisasikan Gagasan Satu Malaysia,” jelasnya.
Disebabkan itu, beliau menganggap beban menjelaskan semula sepatutnya dibuat oleh Abdul Rahman sendiri, kerana jawapan Abdul Rahman di Dewan Rakyat semalam seolah-olah berunsur pembohongan.
Beliau berkata demikan berasaskan teks jawapan lisan yang dijawab oleh Ahli Parlimen Padang Rengas yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
“Kenapa Permatang Pauh mengelirukan, kerana kerajaan telah pun menafikan (menerima khidmat rundingan dari Apco),” jawapan lisan Nazri sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Tanah Merah Tuan Amran Abdul Ghani pada 18 Mac lalu.
“Syarikat tidak ada melantik syarikat perhubungan tempatan dan luar untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia secara khusus.”
Berkata Mohamed Nazri, syarikat Apco Worldwide Sendirian Berhad dilantik kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara meyeluruh demi meningkatkan lagi kapasiti kerajaan dalam bidang komunikasi.
Selain Malaysia, Apco Worldwide juga menyediakan perkhidmatan komunikasi kepada negara-negara lain.
Perkhidmatan komunikasi yang disediakan oleh Apco kepada negara-negara lain adalah urusan dalam syarikat tersebut.
Bagaimana pun, Anwar mempunyai tujuh hari untuk membuat penjelasan lanjut berhubung status Apco dan pengaruh zionis-Israel dalam Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib kerana isu tersebut kian panas sejak Anwar mendakwa ‘Satu Malaysia ciplak Satu Israel’, semalam.

1Malaysia Najib lompang, tiada pengisian – Presiden PAS

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai lompang dan tiada pengisian yang jelas.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat petang semalam berkata, 1Malaysia belum bebas daripada masalah moral di kalangan pemimpin Umno/BN.
"Bukan saya marah 1Malaysia, tapi jangan tulis 1Malaysia besar-besar tapi pengisian tidak tepat. Di negeri saya (Terengganu) contohnya, banyak sekolah didirikan di pedalaman tapi tiada pelajar. Ada kelas yang langsung tidak ada pelajar disebabkan kroni-kroni Umno/BN berebut untuk mendapatkan projek sehingga berlakunya lebihan sekolah.
"Tetapi ada pula di kawasan yang padat penduduk tapi sekolah tidak mencukupi. Bilik darjahnya tak cukup, makmal komputer runtuh kerana masih ada salah urus, rasuah yang perlu disiasat," katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan terdahulu bertanggungjawab terhadap salah guna kuasa dan penyelewengan yang berleluasa hari ini kerana ianya diwarisi oleh mereka.
"Perkara ini berlaku dalam era pemerintahan yang lalu. Jadi kerajaan hari ini harus berani menyatakan kesalahan pemimpin yang lalu," katanya.
Beliau menambah, slogan 1Malaysia akan juga menjadi seperti slogan yang terdahuliu jika kerajaan hanya memikirkan slogan pada zahirnya, tanpa berusaha meningkatkan mutunya.
"Media yang hanya mengiklankan 1Malaysia, sehingga salam pun 1Malaysia, bukan mengisi modal insan akan menyebabkan slogan 1Malaysia menerima nasib yang sama dengan slogan yang terdahulu," katanya.
Ustaz Abdul Hadi turut menyentuh mengenai media yang semakin tidak bermutu kerana lambakan rancangan hiburan yang melampau, mendahului fungsinya sebagai penyebar ilmu dan maklumat kepada rakyat.
"Media ialah alat mengilmukan rakyat tapi sekarang ini media dipenuhi oleh hiburan yang melampau. Media bukan lagi menjadi alat untuk kita mendapatkan ilmu yang berfaedah sebaliknya hanya menjadi penting ketika adanya pilihan raya kerana media digunakan Umno/BN untuk memenangkan mereka.
“Rakyat sedang diperbodohkan kerajaan melalui media dengan menyiarkan iklan-iklan yang melampau menjadikan rakyat lebih berkhayal di alam impian daripada berilmu dan beramal di alam nyata," katanya.
Menyentuh mengenai sistem kehakiman pula, Beliau berkata, sehingga kini sistem itu di Malaysia belum mendapat kepercayaan yang sepenuhnya daripada rakyat.
"Betapa besarnya bidang kehakiman, sehingga Islam meletakkannya dalam perkara fardu kifayah dan menjadi perkara fardu ain pula kepada pengamalnya. Oleh sebab itu, Islam meletakkan sistem ini terpisah dengan sistem lain," katanya.

Hadi : Pinda Perlembagaan, Gantikan "Tuhan" Dengan "Allah"


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemimpin Islam gagal menangani isu penggunaan kalimah Allah sehingga menyebabkan berlakunya serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

Beliau yang juga wakil PAS berkata dari segi hukum, Islam tidak melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah berkenaan.

"Apa yang penting ialah penjelasan, dialog di antara pemimpin-pemimpin agama, bukan diserahkan kepada mereka yang bebal dan menggunakan hukum akal, tidak menggunakan nas.

"Malangnya perkara ini dibawa ke mahkamah, berlakunya pembakaran gereja, berlaku pembakaran masjid, berlaku perkara negatif.

"(Ini) menunjukkan kita tidak menangani perkara ini dengan baik," katanya ketika membahaskan usul menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, peluang itu juga seharusnya digunakan untuk berdakwah dan memberi penerangan mengenai Islam kepada golongan bukan Islam.

"Mereka guna perkataan Allah, dan sepatutnya peluang ini digunakan untuk masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan.

"Saya minta supaya kerajaan meminda Rukun Negara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah," tegas Hadi.

Katanya lagi, al-Quran tidak pernah menghalang penganut agama lain daripada menggunakan kalimah Allah semasa hayat Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, pendirian seperti itu boleh dilihat dalam surat yang dikirim oleh Nabi Muhammad kepada Raja Mesir yang menganut Kristian.

"Tanpa memaksa mereka menerima agama kita, kita berhujah sekiranya berlaku kekeliruan," katanya lagi.

Jelasnya, dalam warkah berkenaan, Nabi Muhammad memberitahu Raja Mesir bahawa umat manusia tidak boleh menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sama ada di kalangan pemimpin mahupun di kalangan paderi.

Katanya, Nabi Muhammad juga tidak menghalang penganut Kristian itu menggunakan kalimah Allah.

"Di sinilah mengapa Islam membenarkan penganutnya makan sembelihan daripada penganut agama lain (ahli kitab).

"Sembelihan mereka halal kerana mereka menyembelih dengan menyebut nama Allah.

"Ini menunjukkan keizinan itu berlaku," kata Abdul Hadi lagi.

Ketika ditemui media selepas itu, Abdul Hadi berkata beliau turut mencadangkan supaya perkara 'kepercayaan kepada tuhan' dalam Rukunegara diubah dengan 'kepercayaan kepada Allah.'

Jelasnya perkara tersebut boleh dilakukan memandangkan masyarakat bukan Islam sudah boleh menerima Islam sebagai sebahagian daripada agama mereka.

"Kerajaan perlu terima positif dalam tangani isu ini, bukan negatif. Penganut agama Kristian dan agama lain sudah sedar Allah diberi nama unggul, perkataan lain yang mereka guna sebelum ini, God, Lord dan lain-lain tidak tepat," katanya.

"Ini menunjukkan mereka sudah terima Allah sebagaimana mereka terima Islam sebagai agama. (Jadi perlu) ubah Rukun Negara kepada lebih pro-aktif dalam masa sama tuju ke arah perpaduan rakyat," katanya lagi dan menambah kekeliruan yang berlaku adalah akibat kejahilan orang Islam sendiri dalam membuat penafsiran.

Monday, March 22, 2010

Sidang Parlimen:MP Pasir Salak Hina Melayu,Tim.Speaker Hina India


KUALA LUMPUR, 22 Mac — Di sebalik suasana hangat sepanjang sidang Parlimen Rabu lalu dengan ‘perang mulut’ di kalangan wakil rakyat, timbalan speaker dan ahli-ahli Parlimen mengeluarkan kenyataan berbaur rasis tanpa mereka sedari.
Penyata rasmi diperoleh dari laman web Parlimen menunjukkan, Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata orang Melayu pernah tinggal di kawasan hutan sebelum pelaksanan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman pula direkodkan meminta Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan sama ada mahu kembali ke estet — kata-kata yang dilihat sebagai satu tanggapan perkauman.
Situasi ini berlaku ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang membahaskan titah ucapan diraja.
Tajuddin mencelah ucapan Anwar dengan mempersoalkan pendirian Ketua Umum Pakatan Rakyat itu terhadap dasar ekonomi pro-Melayu dan untuk menjelaskan bahawa ia sebenarnya telah berjaya mengubah taraf hidup orang.
“Mari kita berbincang berdasarkan kepada fakta. Okey bincang soal Dasar Ekonomi Baru, Yang Berhormat Permatang Pauh menafikan tentang kejayaan Dasar Ekonomi Baru.

“Yang Berhormat, berapa ramai orang yang telah berjaya dibandingkan dahulu dengan sekarang. Mungkin tidak semuanya kaya, takkan semuanya hendak jadi jutawan, ‘billion one’ tetapi kalau kita lihat keadaan ekonomi orang Melayu dibandingkan dahulu dengan sekarang ibarat bumi dengan langit. Ini kita boleh lihat sendiri, kenapa kita nafikan ini semua, kita tidak minta pun pujian, kita tidak minta kredit ‘but this is the reality of today’, Melayu tidak lagi duduk dalam hutan, duduk di atas pokok, duduk...,” katanya.
Ketika itu, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dari DAP pula bangun sambil berkata, “siapa cakap Melayu duduk dalam hutan? Umnolah.”
Tindakan itu memaksa Wan Junaidi meminta beliau agar duduk.
Gobalakrishnan pula cuba untuk menyertai suasana yang mula hangat itu tetapi mikrofonnya ditutup.
Ia disusuli dengan kenyataan Wan Junaidi, “Yang Berhormat Padang Serai kalau ada hendak balik estet, baliklah sekarang.”
Kenyataan Wan Junaidi diiringi tepukan beberapa wakil rakyat manakala Gobalakrishnan didengar berkata, “balik.”
Bagaimanapun tidak pasti sama ada ia merujuk “balik” atau “baik”.
Ketika Timbalan Speaker berkata sekiranya wakil-wakil rakyat meneruskan sikap macam itu Parlimen perlu diubah sebagai tempat budak-budak, Gobalakrishnan menambah, “mana ada orang Melayu duduk dalam hutan.”
Ketika dihubungi, Wan Junaidi mengesahkan kenyataan yang dibuat beliau tetapi menegaskan, tidak bermaksud mahu menyinggung perasaan mana-mana pihak.
“Ia sama seperti meminta orang Melayu supaya ‘balik kampung,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Wan Junaidi memberitahu kenyataan beliau itu tidak harus dilihat di luar konteks, sebaliknya harus dibaca bersama pertukaran kata-kata lisan semasa sidang.
Dalam pada itu, Gobalakrishnan pula memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau kecewa jika benar timbalan speaker mengeluarkan kenyataan itu.
Bagaimanapun beliau mengakui tidak dengar dengan jelas kenyataan Wan Junaidi dan oleh itu mahu meneliti pekrara itu hari ini sebelum menentukan tindakan susulan.
“Saya perlu meneliti penyata rasmi terlebih dahulu pada hari Isnin (hari ini) dan akan meminta kenyataan itu dikeluarkan jika benar timbalan speaker menggunakan kata-kata itu,” kata wakil rakyat penggal pertama itu dari Parti Keadilan Rakyat.

Kunjungan Presiden mengharukan keluarga mendiang Siva

21 Mac, Langkap : Dalam ucapan menyampaikan takziah dan rasa simpatinya kepada keluarga mendiang Siva yang telah dibunuh beberapa hari yang lalu, Presiden Pas Tuan Guru Hadi Awang berkata bahawa peristiwa tersebut lebih memberi semangat kepada PAS untuk terus berjuang membuat perubahan didalam negara ini

"Tiada kehebatan undang-undang ; cuma yang ada ialah kehebatan penguatkuasaan undang-undang sehingga banyaknya berlaku jenayah – jenayah yang berat-berat ; makin hari makin parah," katanya.

Beliau telah berkunjung ke rumah balu mendiang Siva di sini tengahari tadi untuk menyampaikan sedikit sumbangan dari PAS Pusat selain mengucapkan takziah kepada keluarga yang malang itu.
Balu mendiang Siva(baju merah) bersama 3 anak lelakinya
Balu mendiang Siva bersama 3 anak-anaknya berasa sungguh terharu menerima kunjungan TGHA bersama isteri beliau.Turut hadir menyambut ketibaan Tuan Guru disitu ialah Pesuruhjaya Negeri Ust Abu Bakar Hussin bersama Timbalannya, Ust Mustafa Shaari dan beberapa wakil rakyat PAS dan pemimpin-pemimpin lain.
Toh Puan Zainab bersama Muslimat tempatan turut
menyatakan rasa simpati kepada keluarga mendiang Siva
Tuan Guru menyatakan, “Pemimpin yang adil akan mempunyai sikap yang berani dan menyebabkan penjenayah takut.Tetapi pemimpin-pemimpin sekarang ini zalim kerana itu, ia takut dan penjenayah-penjenayah berani.Kerana inilah perlunya kita perlu memilih kerajaan yang adil.”

Kenangan bersama TGHA
Beliau menyeru supaya meneruskan perjuangan mendiang Siva dengan bersungguh-sungguh sebagai menghargai dan mengenang jasa beliau yang telah begitu berjasa berjuang bersama jemaah. / end 

oleh al Husseyn

Bekerjasama dengan Umno laksana memikul biawak hidup - TG Haji Hadi

21 Mac, Langkap: Tuan Guru Haji Hadi menegaskan bahawa PAS tidak akan mengambil kekuatan daripada parti yang berpenyakit ; parti yang sedang melalui kelemahan.

Beliau juga menganggap bekerjasama dengan Umno adalah laksana memikul biawak hidup.

“Pepatah Melayu mengatakan, kalau memikul biawak hidup, menyakitkan kita, kuku dia, dia gigit kita …lebih baik kita bersendirian , kita lapah biawak , ambil kulit dia tu, boleh tak?” Tanyanya dengan disambut sorak ketawa para penyokong di pejabat Dewan Penyokong PAS di sini tengahari tadi.

Demikian riaksi TGHA terhadap seorang wartawan akhbar bahasa Cina yang bertanyakan samada PAS akan bekerjasama dengan Umno.
TGHA ditemani PJ Ust Abu Bakar Hussin dan Timbalannya,
Ust Mustafa Shaari bersama balu dan anak-anak mendiang Siva

TGHA tiba dipekan kecil ini tengahari tadi untuk menyampaikan ucapan takziah dan sedikit sumbangan PAS Pusat kepada keluarga mendiang Siva , Ketua Pemuda Dewan Penyokong PAS Perak yang ditembak mati pada minggu lalu.

Menurut TGHA, PAS sudah berpengalaman bersama dengan Barisan Nasional.Pada tahun 1974-1978, PAS menyertai kerajaan Barisan Nasional dan telah mengalami pengalaman yang banyak dan telah menjadi pelajaran kepada PAS.
Penyokong PAS khusyu' mendengar ucapan Tuan Guru Presiden

Beliau menjelaskan, bahawa selagi Umno tidak boleh membuat perubahan, tidak menerima matlamat untuk mengubah sistem kehakiman, mengubah SPR, mengubah amalan demokrasi yang betul-betul demokratik yang adil; kalau Umno tidak sanggup membuat perubahan ini, tidak ada guna PAS mengadakan kerjasama dengan mereka.

Bergambar kenangan bersama pemimpin kesayangan mereka

“Mereka mesti terbuka untuk mengembalikan Kehakiman,mengembalikan Demokrasi, mengembalikan Kebebasan Media dan mesti dibuktikan dahulu dengan menunjuk sikap yang positif terhadap kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dimana mereka rampas royalti Terengganu, yang menafikan royalti Kelantan, yang menafikan hak PulauPinang, hak Kedah …,” katanya.

Beliau juga berkata, “Kalau Umno nak bekerjasama , media-media mesti diberikan peluang kepada semua hak dan tunjukan dahulu cara-cara yang baik termasuklah Federalisma, yakni konsep mengikut perlembagaan.”

Antara pemimpin PAS yang turut hadir dalam majlis
tersebut bersama anggota Dewan Penyokong PAS Perak

“Tidak ada penunujuk-penunjuk arah yang positif. Bagaimana nak bekerjasama? Apa yang berlaku, makin hari makin merosot,” katanya lagi.

Seorang wartawan akhbar Sin Chew telah memuji kenyataan TGHA tersebut dengan mengatakan bahawa kaum Cina dan India tentu akan bertambah yakin terhadap apa yang dinyatakan itu, Tuan Guru menjawab :

“Ya supaya kaum India dan Cina melihat kerajaan kita di negeri-negeri Pakatan Rakyat apa yang kita buat walaupun kita menghadapi pelbagai kepayahan, kita laksanakan seboleh mungkin yang kita buat.

Bersama Ar-Rawa, JJ dan petugas Unit Amal

Kepada pertanyaan wartawan yang sama , mungkinkah kaum Cina , India dan bukan-Muslim diterima terus menjadi ahli PAS selepas ini? Tuan Guru berkata:

“Ya, kita telah membuat satu anjakan paradigma dengan memasukan peruntukan di dalam perlembagaan PAS, menubuh Dewan Penyokong PAS dan menjadikannya sebagai satu cabang daripada PAS.

-alHusseyn