TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, January 12, 2010

Ustaz Hamid dan Ustaz Faizal Seri Manjung, terlibat dengan kemalangan jalanraya di Putrajaya

Sebentar tadi saya solat Isya' di Surau MADAH, Seri Manjung. YDP Pas Kawasan Lumut mengimamkan solat hajat selepas isya' mohon keselamatan kepada Ustaz Hamid AJK Dewan Ulama' PAS Perak dan Ustaz Faizal, Ahli PAS kawasan Lumut kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya berhampiran lebuhraya Putrajaya subuh tadi. Isteri Ustaz Faizal yang menngandung 8 bulan telah menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bayi yang di dalam kandungannya. Mereka dimasukkan ke wad Hospital Putrajaya. Ustaz Hamid yang mengetuai rombongan membawa pelajar Pusat Tahfiz Batu 8 Lekir menuju  negeri Melaka. Dari maklumat yang diterima kereta yang dipandu oleh Ustaz Hamid telah terlanggar lori yang berhenti dibahu jalan.

No comments:

Post a Comment