TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Sunday, January 10, 2010

Ds Nizar telah Dibenarkan keluar dari wad

Sebentar tadi Ds Nizar dan saudara Amran telah menghubungi saya, dan memberitahu  pihak hospital telah membenarkan beliau untuk pulang kerumah setelah 4 hari berada di wad Hospital Tuanku Bainun, Ipoh.Walaupun begitu, Dato' Seri Nizar perlukan kerehatan yang secukupnya untuk beliau meneruskan kerjayanya sebagai wakil rakyat. Sewajarnya rakyat memahami keadaan kesihatan wakil rakyat kesayangan mereka yang perlukan rehat untuk beberapa ketika. Pun semangat kental yang ada pada diri Ds Nizar patut dicontohi oleh kita semua. Walaupun mengalami kesakitan akibat kemalangan, beliau sentiasa mengingati rakyat untuk merima kunjungan tanpa had batas masa, semasa berada di wad 8C. Melihat perkembangan itu, rakyat sentiasa bersama Dato'Seri Mohd Nizar dan menjadi personaliti yang dikenali dan disanjungi. Halaman googles juga menyenaraikan beliau sebagai personaliti yang sangat diminati. Semoga Ds Nizar kembali ke arena.

No comments:

Post a Comment