TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Friday, January 22, 2010

Pinjaman TEKUN untuk Melayu (UMNO) sahaja?

Bukan saja orang Cina dan India tak layak buat pinjaman TEKUN ni YB, tapi orang Melayu yang menyokong PAS, PKR dan DAP pun tak layak..

DAP terus membuat kejutan dengan kali ini mendakwa kaum Cina di Malaysia tidak layak mendapatkan pinjaman perniagaan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun). Dana dari tabung berkenaan diperuntukkan kerajaan bagi membantu peniaga kecil, penjaja, ibu tunggal dan usahawan kecil dan sederhana.

Bercakap pada sidang media di Ipoh, Naib Presiden DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran berkata tindakan berkenaan tidak adil kerana 30 peratus daripada penduduk Malaysia adalah kaum Cina dan 85 peratus daripada mereka adalah pembayar cukai.

Kula mendakwa dia pernah berdepan dengan pegawai Tekun di Ipoh dan meminta penjelasan mengapa masyarakat Cina dipinggirkan. Jawapan yang diberikan ialah tiada peruntukan daripa kerajaan persekutuan kepada mereka yang berbangsa Cina.

“Mengapa kaum Cina perlu didiskriminasikan kerana kerajaan BN perlu memahami bahawa bukan semua masyarakat Cina adalah kaya, ada juga yang miskin yang memerlukan bantuan kewangan bagi mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.

India juga menjadi mangsa
Menurut Kula, di bawah program pinjaman perniagaan Tekun, kadar faedah yang dikenakan amat minimum bagi tidak membebankan kumpulan berpendapatan rendah agar mereka mampu membayar balik pinjaman berkenaan.

Program pinjaman itu juga tidak memerlukan penjamin atau cagaran. Pinjaman yang diperuntukkan adalah daripada minimun RM500 hingga RM50,000 bergantung kepada keperluan setiap pemohon.

Kula juga menyelar kerajaan kerana kaum India hanya diperuntukkan lima peratus daripada dana pinjaman Tekun itu.

Katanya, lebih memilukan apabila wang itu tidak boleh dipohon secara terus kepada Tekun tetapi perlu melalui Yayasan Strategik Sosial (YSS) yang dimiliki oleh MIC di Kuala Lumpur. - Malaysiakini

Pada asasnya pinjaman TEKUN ini diperuntukkan kerajaan bagi membantu peniaga kecil, penjaja, ibu tunggal dan usahawan kecil dan sederhana.

Tetapi apabila ianya dikendalikan bersama pengerusi JKKK dari UMNO jadi ianya telah turut dipolitikkan oleh mereka. Setiap pemohon yang bukan ahli UMNO dikehendaki oleh Pengerusi JKKK UMNO itu mengisi borang keahlian UMNO, ini dari pengalaman kawan-kawan aku yang telah memohon pinjaman.

Jadi bukan saja masyarakat Cina dan India yang tidak layak mendapatkan pinjaman perniagaan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), tetapi orang Melayu yang menentang UMNO pun tak dapat..

Kenapa jadi begini? Sedangkan duit itu duit Kerajaan Malaysia yang diperolehi hasil dari cukai yang dikenakan keatas rakyat.. kalau setiap pemohon dikendaki mengisi borang keahlian UMNO, kenapa tidak digunakan duit UMNO sendiri?

No comments:

Post a Comment