TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Saturday, January 2, 2010

Kempen tolak Kerajaan BN bukan agenda peribadi: Temuramah Ds Mohamad Nizar dengan Sinar Harian


Peluang lawatan Pimpinan Pas Perak yang diketuai oleh Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin ke Karangkraf kelmarin tidak dipersiakan sebegitu sahaja dan Sinar Harian mengambil kesempatan itu untuk mendapatkan penjelasan keadaan sebenar pentadbirannya sebelum 'ditumbangkan' oleh Barisan Nasional (BN) awal tahun lepas. Ikutilah wawancara eksklusif yang disediakan Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan ini.

SH: Dalam Perlembagaan tidak menyebut mana-mana wakil rakyat yang keluar parti perlu bertanding semula, tapi dalam konteks negeri Perak, bila Sultan sudah memperkenankan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) menyokong BN, secara automatiknya BN mentadbir Perak mengikut majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Jadi kenapa Pakatan Rakyat (PR) sukar nak terima kenyataan?

Mohamad Nizar: Pertamanya saya nak beritahu, kaedah yang digunakan oleh BN semasa mengambil alih Kerajaan Negeri Perak adalah tidak mengikut lunas-lunas demokrasi dan pengasingan kuasa.

Apabila mereka tidak menggunakan lunas-lunas tersebut dan menggunakan kaedah yang kita lihat, rakyat tidak boleh terima.

Saya nak dedahkan, kaedah yang mereka gunakan untuk ambil alih kuasa adalah kaedah ‘kudeta’.

Kenapa? Kerana pertamanya, mereka menggunakan kaedah rasuah sebagaimana yang diketahui dan kedua menggunakan kaedah habuan sedekah seks. Masyarakat negara ini khususnya orang Melayu tidak boleh terima kerana negara kita Demokrasi Berparlimen.

Persoalan yang mengatakan mereka adalah kerajaan yang sah, ia hanya sah di kaca mata UMNO dan BN tapi dari kaca mata demokrasi dan lunas-lunas perwatakan kebudayaan Komanwel, ia tidak sah sebab budaya itulah sudah berpuluh tahun kita pegang.

Itu sebabnya kita di Parlimen minta supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat siapakah (dalang) dan kaedah yang digunakan untuk merampas kuasa, namun ditolak bulat-bulat sedangkan kita hendak tunjuk kepada rakyat, bagaimana caranya UMNO merampas kuasa.

Kita lihat sejarah 20 hingga 30 tahun lepas di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak, unsur-unsur (usaha rampasan kuasa) itu ada cumanya mereka masih lagi akur dengan peradaban Demokrasi Berparlimen walaupun mereka ‘curi’ seorang dua, tapi akhirnya diadakan pembubaran DUN.

Rakyat Perak tidak boleh terima sebab rampas kuasa (Perak) kerana tidak melibatkan rakyat. Mereka (rakyat) telah libatkan diri mereka dengan Pilihan Raya Umum (PRU), tapi bila kerajaan bertukar, ianya tiada input daripada rakyat.


SH: Sejauhman keberkesanan kempen tandatangan untuk bubarkan DUN Perak yang dilancarkan PR?

Mohamad Nizar: Sebenarnya kita ada ratusan kempen, bukan setakat kumpul tanda tangan, berpuasa, solat hajat, itu semua kita lakukan secara berterusan dan telah mendapat reaksi positif melalui Facebook.


SH: Datuk Seri yakin jawatan Menteri Besar akan menjadi milik Datuk Seri semula?

Mohamad Nizar: Saya ingat saya tidak sebut sebegitu kerana mengumpulkan tandatangan adalah cara untuk menyelesaikan kemelut tersebut, namun saya tidak sebut pun untuk mengembalikan kuasa kepada kami. Nanti rakyat beranggapan seolah-olah saya ini gilakan kuasa dan menggambarkan sifat yang tidak berlandaskan kenyataan.


SH: Jadi, Datuk Seri sudah tidak mahukan kuasa dan jawatan Menteri Besar?

Mohamad Nizar: Bukan itu persoalannya, tapi apa yang kita mahukan kembalikan semula kepada rakyat.


SH: Perlukah pilihan raya semula diadakan di Perak?

Mohamad Nizar: Jika kita mengaku negara ini negara Komanwel, perlu adakan semula kerana terdapat 13 kes besar yang berlaku seakan- akan Perak di negara Komanwel keseluruhannya menggunakan kaedah bubar Parlimen dan DUN untuk menyelesaikan kemelut seperti Australia dan Nigeria.

Rata-ratanya kes tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh 3 bulan sahaja namun kes Perak sekarang sudah menjangkau sebelas bulan, tapi tidak nampak juga lampu di hujung sana.

Kenapa harus tunggu lama- lama kalau tidak nampak lampu di hujung sana? Lebih baik bubar sekarang.

No comments:

Post a Comment