Kanak-kanak perempuan ini, Mariamah a/p Vijaya yang masih berumur enam tahun, sangat memerlukan sebuah kerusi roda untuk kemudahan beliau bergerak di sekolah. Beliau yang masih belajar di Tadika Ladang Walbrook, Kampong Baharu (L) dalam kawasan ADUN Pasir Panjang. Bapa beliau yang bekerja sebagai buruh binaan, menjaga 5 anak yang masih bersekolah. Mariamah pemegang kad OKU adalah penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat menggunakan wang bantuan tersebut membeli pampers dan susu untuk kegunaanya.Di atas keprihatinan wakil rakyat kawasan Pasir Panjang telah bermurah hati menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada Mariamah. Kerusi roda itu telah disampaikan sendiri oleh Pegawai Khas Adun Pasir Panjang.Turut hadir Encik Saravanan dari Himpunan Penyokong PAS kawasan Lumut dan Raja Kamaruddin, Setiausaha PAS cawangan Sungai Wangi. Semuga khidmat bakti ini akan dapat disalurkan dari masa kesemasa untuk keselesaan rakyat khususnya di Pasir Panjang walau pun Pakatan Rakyat tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi. Kebajikan rakyat sentiasa diutamakan, bukan sekadar slogan tetapi kita sentiasa berusaha untuk itu.
No comments:
Post a Comment