TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, January 26, 2010

Polis bawa Aduka Taruna dari Kelantan ke Johor

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR 26 Jan: Penulis blog Aduka Taruna yang didakwa menyiarkan tulisan yang menghina Almarhum Sultan Johor dilaporkan telah menyerahkan diri kepada polis petang semalam di Kota Bharu. Menurut laporan dalam blog beliau, “AT (Aduka Taruna) telah pun menyerah diri dan membantu siasatan pihak polis.

“Insya-Allah, kita doakan semoga beliau bersabar akan dugaan yang menimpa beliau.. semoga ada hikmahnya di kemudian hari.

“Kami, rakan AT akan sentiasa membawa berita terkini terus kepada anda,” tulis blog berkenaan yang kini dikendalikan oleh pihak lain.

Penulis berusia 28 tahun itu ditahan di Kota Baru, Kelantan petang semalam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan penahanan penulis itu, yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia.

Penulis dari Seremban itu dikatakan menyembunyikan diri di Kota Baru selepas butiran peribadinya tersebar dalam internet.

Sebelum ini, pelbagai pihak telah membuat bantahan dan laporan polis terhadap tulisan dalam blog berkenaan yang dianggap menghina.

Turut membantah adalah Pemuda PAS Johor dan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Harakahdaily telah menyiarkan bantahan Pemuda PAS Wilayah itu semalam.

Semalam juga, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melakukan siasatan terhadap seorang penulis blog yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina institusi Raja-raja Melayu.

No comments:

Post a Comment