Dato' Seri Nizar sedang ditemuramah oleh wartawan media dan blogger di kediamannya di Sungai Rokam, Ipoh. Jemputan minum pagi oleh Ds Nizar dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat Perak dan para wartawan akhbar tanahair serta para blogger, sempena 1 tahun rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak oleh Barisan Nasional. Ianya bukanlah satu peralihan kuasa seperti yang didakwa. Walau pun sudah 75 hari selesai rayuan Ds Nizar di Mahkamah Persekutuan tetapi belum ada tanda-tanda menunjukkan keputusan mahkamah akan diumumkan oleh Para Hakim Mahkamah tersebut. Parti Pakatan Rakyat yang memenangi beberapa DUN terus melaksanakan tugas-tugasnya sebagai wakil rakyat walau pun tidak mendapat apa-apa peruntukan. Namun rakyat negeri Perak memahami situasi demikian.Sempena 1 tahun rampasan kuasa, Pakatan rakyat telah mengatur beberapa acara diseluruh negeri Perak untuk diikuti oleh daerah rakyat. Antaranya siri jelajah seluruh daerah oleh wakil-wakil rakyat dengan menaiki kenderaan.Beberapa siri ceramah juga telah diatur.
No comments:
Post a Comment