TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Sunday, January 17, 2010

Hakim Diingatkan Buat Keputusan Tanpa Dipengaruhi Oleh Sesiapa



See full size imagePUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi mengingatkan hakim bahawa sebuah badan kehakiman yang adil dan saksama hanya boleh diasaskan sekiranya orang awam mempunyai keyakinan bahawa tidak ada sesiapa atau mana-mana pihak boleh mempengaruhi keputusan hakim.
Katanya jika hakim membenarkan keputusan mereka dipengaruhi oleh anggota kerajaan, ahli Parlimen atau sesiapa sahaja maka ia sama dengan amalan rasuah atau penyalahgunaan kuasa.
"Apabila ini berlaku, mereka mungkin memilih untuk mengabaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing yang dipikul. Mereka kemudian terbabit dalam perbuatan dan tindakan berdosa.
"Malangnya, secara keseluruhan amalan rasuah ini akan menjejas orang awam," kata Zaki dalam ucapannya pada Persidangan Perundangan Tahun 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Persidangan tersebut menghimpukan tiga institusi -- Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam Malaysia bagi mendengar pandangan dan harapan masing-masing bagi tahun ini.
Persidangan itu bermula dengan perbarisan yang diketuai oleh Zaki dengan semua anggota memakai jubah adat istiadat.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Hakim Singapura, Chan Sek Keong, Ketua Hakim Brunei Darussalam, Datuk Seri Paduka Kifrawi Datuk Paduka Kifli, Ketua Hakim Guam, Robert Torres dan Presiden Persatuan Undang-Undang Singapura, Michael Hwang.
Dalam ucapannya Zaki berkata Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam perlu bekerjasama untuk menyampaikan keadilan bagi memastikan kejayaan sistem bertentangan.
"Hakim, pendakwa dan pihak pembelaan perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan keadilan dapat disampaikan. I tidak bermula di mahkamah. Ia bermula dengan agensi penguatkuasaan undang-undang. Tidak ada satu-satunya pihak boleh memberi keadilan tanpa sokongan lain," katanya.
Ketua Hakim dan semua hakim juga turut memberi komitmen untuk terus memperbaiki sistem penyampaian serta jaminan bahawa keadilan dapat diberikan kepada orang awam.
Zaki juga mengingatkan hakim supaya menyampaikan keputusan atau penghakiman dalam kes mahkamah kerana sebuah kes tanpa keputusan atau penghakiman disifatkan paling tidak adil berbanding membuat keputusan tidak tepat selepas mempertimbangkan fakta kes.
Katanya tahun ini Badan Kehakiman akan meneruskan keutamaannya dalam menyelesaikan kes tertunggak serta memperbaiki sistem penyampaiannya termasuk memperkenalkan beberapa inovatif bagi memastikan sistem keadilan kepada rakyat dapat disampaikan dengan cepat.
Zaki berkata bagi mencapai matlamat menyelesaikan kes tertunggak, badan kehakiman akan terus mengamalkan dasar ketat dalam memberikan penangguhan kes walaupun akan wujud pihak yang tidak berpuas hati.
"Saya tidak nafi ada pihak yang marah tetapi berdasarkan perangkaan, badan kehakiman boleh berbangga. Saya percaya tidak banyak kes di mana pihak-pihak tertentu dinafikan permohonan untuk menangguh kes secara tidak adil," katanya.
Zaki juga berkata sudah tiba masa untuk badan kehakiman membincangkan kemungkinan membuka sistem undang-undang kepada peguam asing bagi membuka jalan untuk mempelajari daripada mereka.
Katanya badan kehakiman perlu mampu menyediakan perkhidmatan guaman yang baik yang setanding di negara maju jika Malaysia ingin menarik lebih ramai pelabur.
"Dunia kini menjadi global. Orang tidak lagi melihat apa yang berlaku dalam negara sendiri tetapi juga bahagian lain di dunia ini. Malaysia tidak harus ketinggalan," katanya.
Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan telah menggesa supya membuka sektor perkhidmatan guaman dengan membenarkan firma guaman asing menjalankan operasi atas dasar usaha sama dengan firma tempatan.
Dalam ucapannya, beliau berkata Majlis Peguam menjanjikan sokongan kepada usaha badan kehakiman memperkukuhkan usaha penambahbaikan serta mengukuhkan komitmen untuk terus menjalin hubungan yang terbuka dan mesra dengan badan kehakiman dan Jabatan Peguam Negara. BERNAMA

No comments:

Post a Comment