TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Sunday, January 10, 2010

Rakyat Pasir Panjang Terhibur dengan Ucapan Dato' Seri Nizar melalui Handset

See full size image
Semalam Lajnah Penerangan PAS Kawasan Lumut menganjurkan Satu Ceramah Perdana di Markas PAS Pasir Panjang. Ianya diatur lebih awal dengan menyenaraikan beberapa penceramah-penceramah hebat dan masyhur. Pengerusi Majlis pada malam tersebut ialah saudara Azhar Rafai. Penceramah pertama ialah YB Sivanesan dari DAP iaitu ADUN Sungkai. Selesai sahaja YB Sivanesan memberi ceramah, Dato' Seri Nizar telah berucap dengan menggunakan handsetnya dengan penuh semangat. Beliau yang masih berada di wad hospital Tuanku Bainun mengajak rakyat supaya terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan bersedia untuk menghadapi pilihanraya. Dato' Seri Mohd Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang, dimasukkan ke wad Hospital Ipoh kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya tiga hari yang lalu. Dato' Seri Nizar memerlukan rehat yang cukup untuk memulihkan kesihatannya. Ucapannya melalui handset menghiburkan rakyat Pasir Panjang yang hadir pada malam itu lebih kurang 2000 orang, dan diakhiri dengan laungan takbir sebanyak 3x. Para hadirin juga membalas takbir yang dilaungkan. Dengan ucapan yang ringkas dan penuh semangat itu menghilangkan kerinduan rakyat kepada pemimpin mereka Dato' Seri Mohd Nizar. Selepas itu penceramah pengganti Saudara Misbahul Munir Masduki, SU Perhubungan PAS Perak menyampaikan ucapan dan melancarkan Buku Perak Darul Kartun. Saudara Mohd Sabu penceramah terakhir juga memukaukan penonton pada malam itu,dengan ceramah yang penuh dengan fakta mengenai kebobrokan UMNO BN yang tidak relevan lagi dengan rakyat Malaysia. Akhirnya rakyat sentiasa berdoa agar Dato' Seri Mohd Nizar cepat sempuh dan kembali bersama rakyat dalam perjuangan menegakkan kebenaran.

No comments:

Post a Comment