Dato' Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin selaku Presiden PAFA telah melancarkan pertandingan Piala Dato' Seri Nizar dengan melakukan 'kick off' pada jam 4.30 petang, Sabtu (16/1/10) sebelum perlawanan sebenar bermula di antara pasukan Melayu Perak mln LMS 'A' United.Majlis pelancaran akan diadakan di Stadium Perak dan kesemua peminat-peminat bolasepak Perak adalah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis ini.
Lain-lain perlawanan adalah seperti berikut jam 4.30 petang: Ipoh 'C' vs Kuala Kangsar 'A' di Padang Sultan Abdul Jalil, Ipoh 'A' vs Batu Gajah di Padang Ipoh 'A' dan Ipoh 'B' vs Slim River di Padang PCRC.Manakala 4 lagi perlawanan yang akan diadakan pada hari Ahad (17/1/10) jam 4.45 petang ialah seperti berikut: LMS 'B' Harimau vs Kerian 'A' di Padang Esplanade, Taiping, India Perak vs Batang Padang di Padang Ipoh 'A', Kerian 'B' vs Kuala Kangsar 'B' di Padang Majlis Daerah Kerian dan Hilir Perak vs Manjung di Mini Stadium, Teluk Intan.Semoga pertandingan bolasepak Piala Dato Seri Nizar ini akan lebih memeriahkan arena sukan dinegeri Perak serta dapat mencungkil bakat-bakat baru bagi mewakili pasukan negeri Perak suatu hari nanti.Sekalung tahniah dari saya kepada Dato Seri Nizar yang memacu sukan bolasepak negeri menerusi PAFA serta para pegawai dan petugas yang melahirkan dan seterusnya menjayakan pertandingan berprestij ini.Juga tidak lupa kepada pemain-pemain yang mewakili pasukan masing-masing dalam membawa semangat berpasukan dan kesukanan dinegeri Perak yang tercinta ini.

No comments:
Post a Comment