TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Sunday, January 31, 2010

KDN Pantau Blog, Laman Web Sentuh Perkara Sensitif

JOHOR BAHARU, 31 Jan (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bukti kini sedang dikumpul dan apabila mencukupi akan digunakan untuk mengheret mereka yang menyentuh sensitiviti seperti institusi Raja-raja Melayu, perkauman dan agama ke muka pengadilan.

"Tindakan kita kebelakangan ini menujukkan keseriusan kita untuk membawa sesiapa saja asal cukup bukti ke mahkamah," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada hari Ahad.

Menyifatkan kes seperti blogger Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail sebagai kes rintis, Hishammudin berkata KDN, SKMM dan pihak berkuasa yang berkaitan akan mengenal pasti mereka yang terlibat dihadapkan ke mahkamah dan dihukum.

Tanpa memberikan butiran lanjut, Hishammuddin berkata beliau telah dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun ada beberapa blogger dan website yang kini dipantau kerana menyentuh perkara-perkara sensitif.

Ditanya mengenai laporan beberapa blog mengenai terdapatnya desakan agar Ketua Pergerakan Umno Khairy Jamaluddin meletak jawatan, Hishammuddin berkata laporan-laporan itu adalah tidak tepat.

Hishammuddin berkata penulis-penulis blog terbabit tidak tahu hujung pangkal perbincangan mesyuarat Exco Pemuda yang diadakan baru-baru ini.

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, tidak menolak laporan itu mungkin dibuat kerana kepentingan tertentu, namun katanya desakan seumpamanya tidak akan membawa kepada pengukuhan parti.

Beberapa blog baru-baru ini melaporkan bahawa Khairy didesak meletak jawatan oleh beberapa Exco Pemuda kerana kegagalan beliau menterjemahkan hala tuju Pergerakan Pemuda UMNO selari dengan kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

-- BERNAMA

DS Nizar ziarah Makam Almarhum Dr Burhanuddin Alhelmi


DS sedang mendoakan kesejateraan roh Almarhum Dr Burhanuddin Al Helmi yang meninggal dunia pada 14 Oktober 1969.

DS Nizar memimpin tahlil untuk Almarhum Dr Burhanuddin Al Helmi.

Taiping- 31 Januari.
DS Nizar sebentar tadi telah melawat makam Almarhum Dr Burhanuddin yang meninggal dunia pada 14 Oktober 1969.

"Dr Burhanuddin meninggal dunia selepas peristiwa 13 Mei 1969 Mei" Menurut sejarah Dr Burhanuddin merupakan salah seorang yang telah disiksa semasa di tahan di bawah ISA.

al fatihah untuk Almarhum Dr Burhanudin AlHelmi.

MESEJ TAWAN SEMULA PERAK DALAM HIMPUNAN PEMUDA PAS PERAK (HEMPAP)

Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP 2010)berjaya menghimpunkan ribuan pemuda PAS dari seluruh pelusuk Perak. Walaupun diadakan dikawasan yang jauh di pendalaman Larut, Sungai Limau, Ijok, namun ia tidak menghalang ribuan pemuda dari pelusuk Perak. Mereka datang tanpa diupah, malahan dikenakan bayaran tambang yang berpatutan, membayar yuran penyertaan atau diminta memberi sumbangan derma. Sepanjang jalan pula menempuh beberapa sekatan jalanraya oleh pihak polis.

Pada malam sebelum HEMPAP diadakan, ceramah pelancaran telah diadakan. Saya bersama YB Dato' Seri Hj Nizar, YB Dato' Amiruddin Hamzah dan beberapa pimpinan Pemuda PAS negeri telah memberi suntikan semangat kepada penduduk tempatan dan para petugas yang berhimpun lebih awal sebelum program HEMPAP dimulakan.


Seawal pagi tadi ribuan pemuda telah mula berdatangan tidak putus-putus secara berkonvoi dengan motosikal, kereta, van dan bas. Program dimulakan dengan majlis perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak.

Berbagai acara turut diadakan bagi memeriahkan HEMPAP. Kemuncak program ialah pidato YB Salehuddin Ayob, YB Dato' Mahfuz Omar dan Ust Nasaruddin Hassan dan YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin.

Mesej yang sangat jelas dalam perhimpunan ialah merampas semula Perak dari UMNO BN. Mesej tersebut dinyatakan dengan jelas melalui ikrar yang dilafazkan oleh ahli-ahli pemuda yang hadir di hadapan pimpinan PAS Pusat dan negeri.

Program tamat kira-kira jam 5.00 petang dengan masing-masing membawa semangat membara bagi menawan Perak dalam pilihanraya akan datang.

Saturday, January 30, 2010

Keputusan JK Displin - Khalid Samad

Jawatan Kuasa Disiplin PAS telah mengambil keputusan untuk mengantung jawatan-jawatan dalam parti yang sedang saya sandang selama 6 bulan. Jawatan berkenaan adalah sebagai YDP kawasan Shah Alam dan sebagai ahli Lujnah Politik PAS Pusat. Sebenarnya, saya sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan. Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'Jeneral', maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?

Ada juga yang bertanya tidakkah saya merasa kecewa? Mengapa pula saya perlu merasa kecewa? Keputusan sudah dibuat dan insyaAllah saya terima dengan hati terbuka. Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minima saya telah pun tercapai. Tindakan Dato PJ selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar SALAH dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR Selangor. Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi. Ahli BPPNS harap ambil perhatian tentang perkara ini.

Ya betul, jawatan saya digantung tetapi itu tidak sepenting mendapat kata dua berhubung sikap dan tindakan Dato PJ selama ini. Jawatan digantung 6 bulan. Dasar perkukuhkan PR akan dipertahankan selagi mana PAS bersama PR.

Harap semua faham, saya dikenakan tindakan kerana cara saya menegur Dato PJ dianggap memudaratkan PAS. Mungkin betul, mungkin tidak. Namun saya telah lama berusaha sebelum itu, secara dalaman, secara surat kepada pihak atasan tetapi semuanya tidak berhasil. Budaya wala' terlalu menebal. Menghampiri ketaatan membuta tuli. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali berhadapan perbalahan secara terbuka. Memang mengikut budaya Malaysia, apabila melawan 'tauke' kuli yang akan kena. Ikut macam mana pun pasti akan kena. Tetapi kali ini 'tauke' pun kena juga. Walaupun hanya sedikit tetapi pada saya sudah mencukupi. Kalau terus dengan cara lamanya, saya tidak akan menyanggahnya lagi. Saya sendiri yang akan buat Laporan kepada JK Disiplin. Seperti yang dibuatnya terhadap saya dalam kes ini. Itu caranya dan kita lihat pula sejauhmana kesungguhan amaran yang diberi.

Apabila menentukan sesuatu tindakan, saya telah diajar melakukan 'risk analisis' terlebih dahulu. Risikonya diketahui dan saya mengambil risiko tersebut kerana ada peluang yang baik untuk mencapai hasil. Seperti yang dijangka saya diadu kepada JK disiplin. Saya tidak mengadunya kepada JK Disiplin, pihak lain yang berbuat demikian. Risiko diambil dengan penuh sedar. Kesan datang melanda kita terima kerana memang telah dijangka. Namun hasilnya turut diraih.

PAS sememangnya mementingkan disiplin ahli, ketaatan kepada pemimpin, thiqah dan wala'. Saya tahu semua itu, tetapi semua telah saya usahakan. Bukan semakin baik, semakin parah. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali melakukan apa yang pasti sukar diterima parti. Walaupun berasas tetapi akan dilihat melanggar disiplin. Ketua pemanah meninggalkan Bukit Uhud. Yang membantah dan menghalang dianggap melanggar disiplin jemaah kerana membantah dengan cara yang kasar.

Ada pula yang bertanya, adakah saya akan merayu? Saya masih belum lagi memutuskannya. Mungkin tidak. Seperti Saidatina Aisyah dalam kisah fitnah terhadapnya. Memadai dengan saya meyakini bahawa saya bertindak demi PAS dan PR. Lagipun, seperti yang telah saya nyatakan, jawatan itu tidak penting. Hendak merayu buat apa? PRU 13 semakin hampir. Bersama kita terus asak UMNO sehingga mereka tersungkur. Itu prioriti kita yang perlu dilakukan tanpa adanya kenyataan-kenyataan yang akhirnya akan menyulitkan diri kita sendiri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Diberi Amaran: Hassan Ali Pasrah


KUALA LUMPUR: "Ini proses pendidikan yang baik bagi saya."
Demikian kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali selepas diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin parti yang bermesyuarat petang tadi.
Beliau yang menerima keputusan jawatankuasa itu dengan hati terbuka berjanji akan terus menjalankan tugas yang menjadi tanggungjawabnya selama ini.
“Keputusan ini juga tidak akan mencacatkan kerja-kerja saya sebagai ahli PAS, kerja-kerja di negeri sebagai Exco dan atas sifat saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia,” katanya kepada pemberita di lobi Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.
Jawatankuasa Disiplin yang bermesyuarat hari ini sebulat suara memutuskan Hassan didapati bersalah dan dikenakan hukuman amaran bertulis kerana melanggar disiplin tatatertib parti.
Beliau didapati bersalah mempertikaikan prosedur tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dan pelantikan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Liow Siew Moi.
Mengulas lanjut mengenai hukuman yang dikenakan, Hassan berkata keputusan tersebut akan dapat melonjakkan semangat PAS negeri dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak media akan dapat memberikan laporan yang lebih adil terhadapnya pada masa akan datang.
“Sebahagian daripada apa yang berlaku adalah kerana laporan akhbar tidak menyebelahi saya dan laporan itu dibuat kerana ingin mensensasikan isu berkenaan.
“Saya berharap teman-teman media supaya perkara ini tidak berlaku pada masa akan datang. Saya harap media sokong saya untuk menguatkan PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya.

Demo: Pelajar UKM dicekup di masjid

Jimadie Shah Othman & Wong Teck Chi


Dua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditahan ketika berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti universiti berkenaan.

Kedua-dua aktivis kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) itu - Muhammad Huzaifah Jusof Khadidi dan Muhd Zarimi Mohamad @ Abdullah - ditahan di masjid universiti berkenaan pada jam 3 petang tadi.

Mereka bagaimanapun dibebaskan 30 minit selepas itu dan diminta ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang petang ini untuk memberikan keterangan.

Difahamkan sebelum itu berlaku pergelutan kecil antara pihak polis dan kumpulan pelajar.

Seorang pemimpin kumpulan tersebut memberitahu Malaysiakini, bermula jam 2.30 petang tadi, kira-kira 200 mahasiswa berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti.

Difahamkan pro-M menganjurkan demonstrasi tersebut bagi membantah keputusan pilihan raya di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina yang didakwa tidak tepat.

"Mengikut kiraan kita, kita menang di kedua-dua fakulti tersebut, tetapi keputusan yang diumumkan berbeza," kata sumber berkenaan.

Kira-kira 30 polis mengawal keadaan sejak sebelum waktu solat Jumaat lagi.

Dalam pilihanrayanya semalam, pro-M tewas di tangan musuh tradisi pro-A. Mereka mendapat 15 kerusi berbanding 19 yang dimenangi pro-A. Bebas mendapat 1 kerusi.

Universiti tersebut mempertandingkan 35 kerusi.

Friday, January 29, 2010

Khalid digantung jawatan 6 bulan, Hassan Ali diberi amaran

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad didapati bersalah dibawah fasal 75 Perlembagaan PAS.
Jawatankusa disiplin PAS memtuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran.

Selain itu mereka juga dilarang membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan parti.

Kedua-dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 perlembagaan PAS.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Bagaimanapun kedua-duanya boleh membuat rayuan kepada parti dalam masa 30 hari.

Laporan penuh menyusul....

Kalimah Allah: Presiden PAS anjur dialog dengan NGO Islam

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengadakan satu dialog dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut aga Kristian di negara ini.

Majlis tersebut akan diadakan pada hari Ahad ini 31 Januari bertempat di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut di ibu negara dan akan bermula jam 9 malam.

Setiausaha politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu penganjuran tersebut bagi melihat peranan yang boleh dimainkan oleh NGO Islam dalam menangani permasalah ini.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia katanya telah menjadi satu topik hangat yang mengundang pelbagai reaksi masyarakat Islam dalam negara kita.

"Selain dari wacana ilmiah yang dianjurkan oleh pelbagai pihak dalam merungkai persoalan ini, beberapa rentetan peristiwa yang menggusarkan keharmonian masyarakat juga telah berlaku," katanya.

Dalam masa yang sama, PAS beranggapan bahawa kewujudan pelbagai NGO Islam dalam negara ini adalah merupakan suatu petanda yang sangat positif, terutamanya dalam usaha untuk memainkan peranan bagi meninggikan syiar Islam yang sememangnya menjadi tanggungjawab semua pihak.

Sehubungan itu, kepada pihak yang ingin menyertai dialog tersebut diminta menghubungi pejabat PAS di talian 03- 2692 5000 ( Pn Aniza Wahid )

Pertemuan pemimpin semua agama juga ada di Meru

14 Safar 1431H
Ismail Hashim

MERU, KLANG 28 Jan: Ketika dua masjid di Petaling Jaya diletakkan dengan dua kepala babi hutan berbungkus plastik bersama wang tunai RM30, lain pula peristiwa bersejarah berlaku di Meru.

Di Dewan Meru, dekat sini, satu majlis antara pemimpin agama; Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh berjaya diadakan petang semalam dengan tuan rumahnya adalah Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman.

(GAMBAR: Adun PAS Meru, Dr Rani Osman ([membelakangkan kamera] berucap dalam majlis makan muhibbah antara agama di Dewan Meru)

Salah seorang dari hadirin dari kaum India sebelum majlis bermula menyatakan rasa gembiranya kepada Dr Rani kerana menurutnya, tidak pernah berlaku pertemuan seumpama itu sepanjang 50 tahun BN menang di kawasan itu.

Kehadiran nazir dan imam masjid, pastor gereja, sami kuil Hindu, wakil Hindu Sangam Malaysia cawangan Kapar, penganut Sikh dan wakil komuniti Cina memeriahkan suasana.

Dr Rani mengulangi keyakinannya yang acapkali disebutkan sebelum ini; Negara Malaysia akan aman makmur, harmoni dan sejahtera jika semua penganut agama kembali berpegang teguh kepada ajaran kitab agama masing-masing.

“Jika kita melihat orang India bergaduh sesama sendiri, orang Cina menjadi gengstar dan orang Melayu makan rasuah dan mengambil hak rakyat, itu bukan ajaran agama mereka.
(GAMBAR: Penganut agama Islam, Sikh, Hindu duduk semeja dalam majlis makan sambil mendengar ucapan dari Dr Rani)

“Kita mengajak semua pihak kembali mengambil ajaran agama mereka untuk mewujudkan sebuah Negara Malaysia yang bebas dari sebarang ancaman pertelingkahan antara kaum dan agama.

“Saya memberi jaminan untuk memastikan semua penduduk khususnya di Meru berada dalam keadaan baik dan selesa, kerjasama kita untuk duduk bersama dan berbincang serta menyuarakan pandangan merupakan agenda penting dan amat perlu,” tegasnya.

Sebaik Dr Rani dan Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam berucap, setiap wakil agama yang hadir mengambil peluang menyampaikan pandangan masing-masing.

Pengerusi Persatuan Hindu Sangam Cawangan Kapar, S. P. Manimaran, berkata, semua agama mempunyai ajaran masing-masing dan berharap semua penganut agama dapat laksanakan kehendak baik dari agama mereka.

“Kita berterima kasih kerana dapat hidup aman di dalam negara ini dan berharap suasana ini akan terus berkekalan sepanjang masa,” ujar wakil masyarakat Punjabi, Nachatar Singh.

Turut berucap adalah Wakil Masyarakat Cina beragama Buddha, Mr Thay dan Sami Kuil Sri Mahamuniiswarar, Nyanam Malayapan menyatakan rasa gembira dengan pertemuan itu.

Dua minggu lalu, Dr Rani dan rombongannya telah melawat serta mendapat sambutan dan kerjasama daripada dua gereja yang terletak di Klang dan di sana terjalin persefahaman lebih mantap dalam hubungan dua hala.


Harakahdaily.net/-

DUN Perak bubar sebelum 9 Februari ?

14 Safar 1431H.

Saya jangkakan DUN Perak akan dibubarkan sebelum 9 Feb iaitu sebelum mahkamah mengumumkan keputusan penghakimannya. Kalau nak sebut tarikh pula,saya jangkakan pada mana-mana hari antara 1 hingg 7 Feb. Ini ramalan peribadi saya berdasarkan maklumat yang saya terima dan juga mengambil kira perkembangan terkini politik di Perak.

Sementara itu saya juga jangkakan pada 9 Feb, panel hakim akan mengumumkan NIzar sebagai pemenang nya, namun dalam keadaaan yang saya katakan diatas iaitu, DUN Perak telah dibubarkan.

Berdasarkan pengamatan saya sepanjang penghujahan kedua belah pihak Nizar dan Zambry pada 5 Nov tahun lepas, sesunggunhya sangat mustahil dan agak kurang masuk akal kalau hakim masih menyebelahi Zambry, artinya Nizar tetap akan diumumkan sebagai pemenang.

Oleh itu saya kira waktu sekarang tidak ada yang lebih utama melainkan menggerakkan seluruh organ parti unuk menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran DUN tersebut. Jentera piluhanraya Pakatan Rakyat telah dan mesti digerakkan semaksima mungkin.

Kalaupun ianya meleset dan tidak berlaku dalam masa terdekat, namun saya ingatkan bahawa PRU ke 13 sudahpun tidak berapa lama lagi. Malah ada yang menjangkakan sekitar setahun dari sekarang.

Doakan sesuatu yang terbaik berlaku di Perak demi keadilan dan kemamuran yang telah terhakis akibat dari pelanggaran demokrasi dan rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO dan BN.

Sama-sama kita tunggu dan lihat, benarkah ramalan saya diatas ?

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.

Doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi


PANDANGAN AL-QURAN Allah swt telah berfirman:
لا يحب الله الجهر بالسوء من القول إلا من ظلم وكان الله سميعا عليما

" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui." ( 148 : an-Nisa)

Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini: "ALLAH TIDAK SUKA SESEORANG MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA SESORANG YANG LAIN KECUALI ORANG YANG DIZALIMI. SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBERIKAN KEBENARAN KEPADANYA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI. JIKA DIA BERSABAR MAKA ITU LEBIH BAIK BAGINYA." Qatadah berkata: ALLAH MEMBERIKAN KELONGGARAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN. INI SEPERTI MANA YANG KAMU DENGAR. PANDANGAN RASULULLAH

Banyak hadis2 Rasulullah berkenaan dengan doa kepada orang yang dizalimi. Ini adalah diantara doa yang mustajab doanya. Diantara hadis-hadis tersebut adalah:-
1. Hadis dari Anas r.a , Rasulullah saw bersabda:
اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah."
Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan

2. Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda:
اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة

"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."


Hadis riwayat Hakim - sanad sahih


3. Hadis dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah saw bersabda:
اتقوا دعوة المظلوم فإنها تحمل على الغمام يقول الله عز وجل : وعزتي وجلالي لأنصرنك ولو بعد حين
" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berkata : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan

4. Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:
ثلاث دعوات مستجابات : دعوة الصائم ودعوة المظلوم ودعوة المسافر

" Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir."
Hadis riwayat Baihaqi - sahih

5. Hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:
دعوة المظلوم مستجابة وإن كان فاجرا ففجوره على نفسه
" Doa orang yang dizalimi adalah diterima sekalipun doa dari orang yang jahat. Kejahatannya itu memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada doa tadi." Hadis hasan riwayat at-Tayalasi

HUKUM DOA KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI


Imam Nawawi telah meletakkan satu tajuk dalam kitabnya al-Azkar:


"BAB: HARUS BAGI SEORANG MANUSIA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI ORANG-ORANG ISLAM ATAU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI."


Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (pengarang syarah bagi kitab Azkar) berkata di bawah tajuk ini:

" Maksud harus yang disebut imam Nawawi adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri atau yang menyakitinya , sesungguhnya ini diharuskan untuk berdoa sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya."

Dalil pengharusan.

Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah saw adalah hadis berikut:
أنه صلى الله عليه وسلم دعا على الذين قتلوا القراء رضي الله عنهم وأدام الدعاء عليهم شهرا يقول: اللهم العن رعلا وذكوان وعصية

" Sesungguhnya Nabi saw mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran ra dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama2 kabilah)."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim


Dizaman pemerintahan Umar ra , beliau telah melantik Saad bin Abi Waqas ra sebagai gabenor Kufah. Ada seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Sa'ad dengan kata2nya:


أما إن نشدتنا فإن سعدا لا يسير بالسرية ولا يقسم بالسوية ولا يعدل في القضية

" Sekiranya kamu bertanya kami tentang sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukuman."


Lalu Sa'ad berdoa:
اللهم إن كان عبدك هذا كاذبا قام رياء وسمعة فأطل عمره وأطل فقره وعرضه للفتن

" Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riya' dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."


Kemudian setelah tua, lelaki yg menuduh saad ra berkata " Aku telah terkena bencana akibat doa Sa'ad." "Abdul Malik bin Umair ra perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tadi (qatadah) selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba dan meramas mereka.

"
Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Seorang wanita bernama Arwa binti Aus telah mengadu kepada khalifah Marwan bin Hakam tentang Sa'id bin Zaid ra. Dia mendakwa Sa'ad ra telah mengambil sebahgian dari tanahnya. Lalu Sa'ad berkata : Adakah aku tergamak mengambil sebahgian dari tanahnya sedangkan aku telah mendengar sesuatu dari Rasulullah saw?" Marwan bertanya " Apa yang engkau dengar dari Rasulullah saw ?" Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
من أخذ شبرا من الأرض ظلما طوقه إلى سبع أرضين

" Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah swt akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."

Lalu Marwaى berkata "Aku tidak akan memintamu mendatangkan saksi selepas ini." Sa'id pun berkata:
اللهم إن كانت كاذبة فأعم بصرها واقتلها في أرضها

"Ya Allah sekiranya wanita tadi berbohong maka hendaklah engkau butakan matanya dan bunuhlah dia di tanahnya. "


Wanita tadi tidak mati sehinggalah dia buta dan ketika mana dia berjalan di atas muka tanah milikinya, tiba-tiba dia jatuh di dalam lubang, lalu mati."

Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.


KESIMPULAN

Berhati2lah terhadap doa orang yang menzalimi. Penyair berakata:

نامت جفونك والمظلوم منتبه يدعو عليك وعين الله لم تنم

Mata-matamu tidur dan orang yang dizalimi sentiasa berjaga

Dia mendoakan kecelakaan kepadamu dan Allah itu tidak tidur


Rujukan: Da'watul Mazlum oleh Abdur Rahman Yusuf dan Futuhat Rabbaniah oleh Ibnu Allah as-Siddiqi.

Tok Guru Nik Abdul Aziz bersama Ketua-ketua Penganut Agama bukan Islam.


(foto: Bernama)


(foto: Harakahdaily)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguuyeHODz3dM5WNxu4AY2uygiWv5cRsoqDy_e5sicu4ziBOaHHIO2KqcMA4JOdFwTxSj0LL2UlPCUaduDE2idU7tbRfMZfB8C6nuzzLYV87n-sYf3AK6e72zFjpTKJJj8g2hBPd_yc2CB5/s400/nikaziz.jpg

Foto-foto di atas menggambarkan kemesraan di antara TG Nik Aziz yang beramah mesra dengan sebahagian tetamu yang hadir dalam majlis perjumpaan dengan ketua-ketua penganut agama di Kota Bharu sebentar tadi. Perjumpaan itu turut dihadiri ketua-ketua Majlis Perundangan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia, K. Kamalanathan dan Ketua Kesatuan Agama Kristian Malaysia, Bishop Ng Moon Hing.


Perdana Menteri 1Malaysia yang ingin menonjolkan dirinya sebagai jaguh perpaduan kaum di sebalik kebakaran gereja dan surau serta pembuangan kepala babi hutan di masjid tentu tidak berapa senang melihat gambar kemesraan pelbagai kaum sebegini.

Suasana Rakyat yang berkumpul di Stadium Sultan Muhammad Kota Bahru 28 Jan 2010

Beginilah keadaannya
Rakyat yang menyokong perjuangan
Menuntut Wang Royalti Minyak dari Kerajaan Malaysia yang menafikan hak mereka.
UMNO telah mengkhianati rakyat Kelantan.











Thursday, January 28, 2010

Tol dijangka naik lagi!

Menurut laporan kajian Maybank investment bank, terdapat 10 lebuh raya dalam negara yang akan dikaji semula harga tol-nya pada Januari tahun ini. Menurut kontrak konsesi lebuh raya, lapan lebuh raya sepatutnya menaikkan harga pada tahun 2009, tetapi ditangguhkan selama setahun.

Menurut jadual waktu, kadar tol lapan lebuh raya berikut akan dikaji semula pada Januari tahun ini, iaitu NKVE, Federal Highway R2, Kajang Ring Road, SPRINT, NPE, Besraya, Penang Bridge dan Ampang Elevated.

Selain itu, dua lebuh raya yang ditangguhkan kenaikan tolnya pada tahun 2008 dan 2009, dengan pampasan oleh kerajaan, iaitu PLUS’ North South Expressway dan East Coast Expressway 1, juga dijangka akan dikaji semula kadar tolnya pada tahun ini.

Antaranya, PLUS’ North South Expressway yang dijangka menaikkan kadar tol sebanyak 10% pada tahun 2008, telah ditangguhkan selama dua tahun, dengan pampasan daripada kerajaan sebanyak RM375juta (telah dibayar RM278juta). Di samping itu, East Coast Expressway 1 juga dibenarkan menaikkan tol pada kadar 10% tahun 2009 menurut perjanjian, tetapi ditangguhkan buat setahun.

Menurut laporan kajian bank pelaburan tersebut, hasil kaji semula kadar tol sepatutnya dihabiskan pada Disember tahun lalu, dan dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet seterusnya. Oleh kerana kadar tol isu yang "sensitif", yang perlu dikendalikan kerajaan secara berhati-hati, maka hasilnya diramalkan akan diumumkan pada akhir Januari atau awal Februari, tahun ini.

Seandainya kerajaan menyerap "penambahan" kadar tol tersebut, maka kerajaan perlu mencari keseimbangan, antara kesan kenaikan tol kepada ekonomi secara keseluruhannya, dengan mengurangkan subsidi untuk meringankan tekanan defisit (perbelanjaan melebihi pendapatan).

Kenaikan tol ringankan beban kerajaan

Kerajaan persekutuan terpaksa mengemukakan pakej ransangan ekonomi sebanyak RM67 bilion untuk berdepan dengan krisis ekonomi global. Lantaran itu, defisit belanjawan negara kita melonjak ke 7.4%, paras tertinggi dalam tempoh 22 tahun kebelakangan.

Kerajaan Najib telah menyatakan niatnya untuk menurunkan paras defisit kepada 5.6% dalam Belanjawan 2010, dengan keutamaannya untuk mengurangkan kos operasi dan subsidi. Penganalisis OSK Research meramalkan bahawa kerajaan akan memilih untuk menaikkan kadar tol, sebagai langkah mengurangkan defisit, berasaskan keputusan mengurangkan subsidi gula baru-baru ini.

Seorang lagi penganalisis menyetujui pandangan ini, menganggap kerajaan mungkin memilih "biar sakit sekaligus"-iaitu mengangguk kepada kenaikan harga tol, agar meringankan beban subsidi kerajaan dalam isu tol sewenang-wenangnya.

Sememangnya, kenaikan tol adalah satu dasar yang tidak popular dalam politik, terutamanya untuk parti pemerintah, Barisan Nasional. Kerajaan Persekutuan mungkin memilih untuk melanjutkan tempoh kontrak, sebagai syarat tidak menaikkan harga tol, atau membayar subsidi kepada syarikat konsesi, sebagai syarat mengekalkan keadaan asal, malah menurunkan kadar tol.

Bagaimanapun, syarikat konsesi akan terlindung di bawah perjanjian yang berat sebelah, walau apa pun keputusan. Syarikat konsesi kekal sebagai pihak yang mengaut untung bersih. Kerajaan persekutuan pula perlu berdepan dengan dilema, antara mengorbankan rakyat atau mengorbankan dirinya.

Seandainya kerajaan memilih untuk mengekalkan kadar tol dengan bayaran pampasan (daripada kerajaan), maka kerajaan perlu menanggung beban subsidi yang berat. Sekiranya diambil contoh PLUS’ North South Expressway, kerajaan telah membayar pampasan sejumlah RM2.8370 bilion, bersamaan puratanya RM1.4185 bilion setiap tiga tahun. Seandainya dikira berdasarkan skala ini, dari tahun 2010 hingga 2038 (tamatnya tempoh kontrak konsesi), kerajaan perlu membayar pampasan sekurang-kurangnya RM13.71217 bilion kepada PLUS.

Namun, seandainya kerajaan memilih untuk mengorbankan rakyat, memberi lampu hijau kepada kenaikan tol, maka akan menjurus kepada peningkatan kadar inflasi dan menghakis daya beli pengguna, dan mengurangkan pendapatan boleh guna rakyat.

Perlu diingatkan, punca utama kenaikan kadar tol bukannya berasal dari peningkatan kos atau tekanan inflasi, sebaliknya berasaskan haknya untuk menaikkan kadar tol setiap tiga tahun, sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian. Syarikat konsesi tetap untung walaupun tidak dikira pampasan yang dibayar. Misalnya, untung selepas cukai syarikat PLUS pada tahun 2008 ialah RM1 bilion, setelah ditolak wang pampasan, masih meraih untung bersih sejumlah RM270 juta.

Pada hakikatnya, kewujudan perjanjian syarikat konsesi adalah salah satu punca inflasi. Kadar tol lebuh raya hanya mencakupi 0.86% dalam CPI (Consumer Price Index), yang menjadi kayu ukur inflasi. Seandainya dilihat dari angka, jelas kesan tol terhadap inflasi adalah lebih rendah berbanding makanan dan bahan api.

Namun, kenaikan kadar tol akan memberi kesan kepada kos pengangkutan, yang sememangnya akan membawa kesan rantaian. Peningkatan kos akan menimpa perkhidmatan penghantaran dan pengangkutan awam. Secara umumnya, pengusaha pengangkutan akan memindah kos tersebut kepada pengguna. Jadi, kita tetap gagal mengelakkan diri daripada kesannya walaupun bukan pengguna lebuh raya.

Rakyat yang baru melalui kenaikan harga gula dan roti kini berkemungkinan besar berdepan dengan kenaikan harga minyak dan kadar tol, malah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST, Goods and Services Tax) yang bakal diperkenalkan. Tekanan inflasi semakin memberat. Seandainya tiada jaring pengaman sosial (social safety net), atau pendapatan gagal mengejar rentak inflasi, maka rakyat mungkin terjerat dalam bingkai "working poor", meskipun survive dalam zaman inflasi tinggi ini.

BN seleweng wang rakyat sejak 50 tahun dulu

Panelis Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) terkejut dengan penemuan sesi Selcat yang berlangsung hari ini.

Hasil soal-jawab dan penelitian dokumen kepenggunaan sumber oleh Dun- dun seluruh Selangor, Selcat mendapati Adun-Adun BN menggunakan ruang samar dalam peraturan dan tatacara urustadbir untuk menyeleweng peruntukan kerajaan negeri.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah wang peruntukan kerajaan negeri digunakan untuk membiaya jentera parti politik, bahkan wang dimasukkan terus ke akaun bank milik Adun kawasan terbabit.

Pegawai Daerah Kuala Langat Asmawi Kasbi dalam sesi hari ini berkata amalan ini telah menjadi kebiasaan pentadbiran Barisan Nasional sejak 50 tahun lalu.

“Saya rasa dari segi pembayaran kepada YB Dun Morib iaitu YB Hasiman Sidom pada ketika itu saya rasa bukan satu perkara yang luar biasa, sebab duit itu dimasukkan dalam akaun wakil rakyat berkenaan, jadi maknanya dalam Pekeliling Perbendaharaan pun tidak mengatakan bahawa tidak boleh dibayar kepada akaun wakil rakyat berkenaan itu satu, yang keduanya sama ada perkara pelik atau tidak bukanlah perkara yang pelik sebab memang perkara ini berlaku sejak sebelum ini pun memang berlaku, walaupun sekarang pun kita masih bayar kepada wakil rakyat penyandang pada ketika ini,” katanya.

Mengulas perkara ini, Panel Selcat Azmin Ali berkata amalan ini secara langsung menghakis keupayaan kerajaan negeri untuk berfungsi sebagai sebuah badan yang berintegriti.

Azmin memberi amaran bahawa amalan ini juga secara langsung membudayakan rasuah dalam operasi kerajaan negeri, lantas ia perlu dihentikan serta-merta.

“Dalam taklimat audit baru-baru ini yang dipimpin Dato Menteri Besar, kita diingatkan bahawa pembayaran kepada Adun itu merupakan satu sistem yang lemah dan tidak boleh dikira satu sistem yang baik kerana kemungkinan penyelewengan itu akan berlaku, yang hanya dibolehkan ialah pembayaran dibuat atas nama Adun sekiranya dalam kes-kes tertentu seperti pembayaran saguhati kepada anak-anak PMR, sudah tentu mereka belum ada akaun bank yang boleh dibayar,”jelasnya lagi. -TVS


Kelantan berhak terima royalti 5 peratus - Tengku Razaleigh

KOTA BARU, Jan 28 — Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) berkata, negeri itu berhak menerima royalti petroleum lima peratus.

“Saya maklum kepada tuanku perkara ini, tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus tok li, bagus,” kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak lima peratus.

Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tomahan orang berhubung kehadirannya malam ini.

“Kalau ada orang kata, jawapan saya, peduli apa...,” kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah demi rakyat.

Terdahulu Tengku Razaleigh tiba di Stadium Sultan Mohd IV di sini kira-kira 9.30 malam tadi dengan diarak 50 beca sebagai simbolik 'usaha' kerajaan negeri itu membawa pertikaian bayaran royalti.

Kehadiran beliau untuk memberi penerangan mengenai isu berkenaan diiringi oleh Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa.

Difahamkan iringan beca adalah kehendak penarik beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.

Menjelang program penerangan isu tuntutan royalti malam ini, Stadium Sultan Mohd IV mula dibanjiri orang ramai sejak pukul 6 petang tadi.

Tengku Razaleigh akan berucap memberi penerangan mengenai isu itu.

Pengerusi bersama program Gegar ini, Dr Abdul Halim Yusof menjangkakan tidak kurang 50,000 orang akan mengikuti program tersebut.

“Tengok pada keadaan sekarang saya rasa lebih dari 50,000 akan hadir,” kata beliau ketika ditemui di kawasan stadium kira-kira 6.30 petang tadi.

Difahamkan program akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat dan kuliah royalti.

Kira-kira 7 petang tadi, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan diiringi timbalannya dan exco-exco kerajaan, wakil rakyat serta pegawai kerajaan negeri. / end

sumber : the malaysian insider

Tiga Kenyataan Media oleh Ketua Penerangan PAS ; Ustaz Idris Ahmad


1. PAS Kutuk Insiden Kepala Babi


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membaling kepala babi di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.


Perbuatan khianat ini jelas bertujuan untuk memprovokasi umat Islam untuk bertindakbalas. PAS berharap agar umat Islam dinegara ini dapat bertenang dan tidak terpengaruh dengan provokasi ini.


Sejak keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God', jenayah membakar, menyerang dan cuba menimbulkan ketegangan kaum menjadi-jadi.


PAS berharap agar pihak Polis meningkatkan rondaan keselamatan dan juga membuat siasatan segera terhadap insiden yang dilaporkan. PAS juga menyeru kepada rakyat dan NGO membantu pasukan keselamatan bagi memantau perkara ini bagi mengelakkan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini terus berlaku.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat





2. PAS Kutuk Penangkapan ISA, Mahu 10 tahanan dibicarakan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk pengunaan Akta ISA terhadap 10 orang suspek pengganas termasuk beberapa pelajar asing dari luar negara. Salah seorang yang ditahan juga adalah rakyat tempatan.


PAS bertegas menolak penggunaan Akta ISA dan mahu 10 tahanan ini dibicarakan dimahkamah terbuka. Keengganan Menteri Keselamatan Dalam Negeri mendedahkan nama 10 suspek berkenaan menimbul kecurigaan kepada rakyat. 


Sewajarnya identiti mereka didedahkan bagi menunjukan pihak Kerajaan benar-benar membuat tangkapan dan membuat siasatan penuh ke atas mereka. Penahanan dibawah Akta ISA tidak memberikan apa-apa jawapan kepada rakyat, kerana kita tidak tahu sama ada mereka benar-benar bersalah atau sengaja dikambing hitamkan demi untuk menunjukan Menteri keselamatan Dalam Negeri menjadi hero dalam membantu Amerika yang kini giat memburu Pengganas antarabangsa.


Malaysia sebelum ini terkenal sebagai negara transit kepada pendatang tanpa izin, transit kepada aktiviti pengedaran dadah, transit kepada aktiviti pelacuran, transit kepada aktiviti penjualan bayi, transit kepada pengubahan wang haram, transit kepada aktiviti cetak rompak dan negara transit kepada pengganas. Tetapi itu semua tidak bermakna Kerajaan boleh menangkap orang sesukahati tanpa membuktikan mereka bersalah dimahkamah.


Adalah satu kezaliman jika orang yang dituduh itu tidak bersalah tetapi ditahan dibawah akta ISA dan terpaksa melalui musim-musim penderaan yang mengerikan untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 2 tahun di Kamunting atau di Kluang.


PAS yakin, dengan tindakan terbaru ini jelas rakyat sudah melihat bukti bahawa Malaysia adalah negara Polis, dan Menteri yang juga ahli Politik Barisan Nasional bebas menahan sesiapa sahaja tanpa perlu membuktikan kesalahan mereka. Maka, tidak mustahil juga akta ini akan digunakan suatu hari nanti kepada pemimpin-pemimpin Politik atau rakyat yang tidak bersetuju dengan parti Menteri tanpa perlu dibuktikan kesalahan mereka.


Ops Lalang dan penangkapan pemimpin Reformasi membuktikan perkara berkenaan. Sehingga kini mangsa yang telah bebas tidak tahu apakah kesalahan mereka hingga terpaksa merengkok dalam penjara dan disiksa. Pihak Polis juga hingga kini gagal membuktikan kesalahan mereka dan jelas segala pertuduhan yang dibuat semasa penahanan adalah fitnah.


PAS mendesak Kerajaan mendakwa 10 tahan ini bersama tahanan-tahanan sedia ada dimahkamah dan mansuhkan akta ISA.


Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat



3. Projek Runtuh Di Terengganu Bukti Wang Ehsan Tidak Berkat, Kelantan Jangan Terima


Parti Islam Se-Malaysia (PAS),  menyelar tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang masih enggan membayar wang royalti Kepada Kelantan tetapi memaksa Kelantan menerima wang ehsan bernilai RM 20 juta pada Mac ini.


Pengakuan Kerajaan BN bahawa memang terdapat pengeluaran minyak di Blok PM302 iaitu kawasan perairan bertindih Kelantan-Thailand membuktikan bahawa penafian mereka selama ini adalah satu pembohongan. Dakwaan bahawa wang ehsan diberikan kerana hasil yang diperolehi di Blok PM302 menguatkan lagi bukti ketidak jujuran Mustapha Mohamad kepada rakyat Kelantan.


BN juga menafikan hak Kelantan terhadap hasil minyak bagi telaga di Pelantar Bintang yang bertindih dengan negeri Terengganu. Walaupun pakar Geologi telah mengesahkan ianya hak Kelantan, tetapi demi kerakusan mereka, BN sanggup berbohong.


Dalam mana-mana uruniaga dan perjanjian dengan Petronas, terma 'wang ehsan' tidak pernah wujud. Hanya terma 'wang royalti' sahaja yang ada. Kerajaan BN culas dalam hal ini dan mengunakan 'terma 'wang ehsan' seolah-olah Kelantan meminta sedekah walhal sumber minyak itu keluar dari perut bumi Kelantan.


PAS yakin jika wang ehsan ini dibawa masuk ke Kelantan, ianya adalah sumber yang tidak berkat kerana diberikan atas niat politik iaitu mahu meraih undi Kelantan kepada BN. 


Wang yang tidak berkat ini jika digunakan akan memberikan mudarat dimasa hadapan. Kita sudah melihat contoh yang nyata terhadap apa yang berlaku di Terengganu setelah menerima wang ehsan. Pelbagai projek dijalankan, tetapi hasilnya yang kita lihat pada tahun lepas sahaja amat memeranjatkan.


Beberapa bangunan yang dibina mengunakan wang ehsan telah runtuh antaranya, Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Masjid Kampung Puteh, Dewan Sek.Men. Wakaf Tapai dan menara telekomunkasi di Besut dilaporkan tumbang. 


Pusat Akuatik di Batu Burok, Kuala Terengganu pula bocor dan Siling Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Seberang Takir runtuh.


Inilah  bukti hasil ketidakikhlasan wang ehsan, dimana kerajaan negeri kini terpaksa menangung kerugian yang besar dan duit rakyat hangus begitu sahaja.


PAS berharap tragedi ini menjadi peringatan kepada rakyat Kelantan dan seluruh negara bahawa Allah juga tidak redha dengan ketidakikhlasan Umno-BN yang sanggup menafikan hak rakyat demi untuk kepentingan mereka.


PAS menyeru Ahli dan penyokong untuk bersama-sama bersolat hajat diseluruh negara malam ini dan berharap agar Kelantan mendapat hak mereka.



Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat



Pemikiran TPM yang lembab sebagai Menteri Pelajaran.

Kita hairan dengan pemikiran TPM ,Muhyiddin Yassin.Pemikiran tahap rakyat kampung tidak bersekolah.
Sepatutnya kitalah mempertahankan jumlah yang perlu untuk biaya pendidikan rakyat.Peruntukan baucar tuisyen,rancangan makanan tambahan,elaun makan asrama dan bantuan uniform untuk unit uniform sekolah ,harus ada kerana yang dapat golongan miskin.Rakyat miskin kebanyakan orang Melayu.Kurang cerdiknya Muhyiddin Yassin.
Ini seperti anak minta dengan ibu -bapa ,duit tak cukup.Kita punya "thinktank",kita ada Ketua Pengarah,kita ada MAMPU., berfikirlah banyak dan membuat perancangan pendidikan rakyat.Sepatutnya peruntukan pendidikan sudah ada dan cukup untuk rakyat.Tak perlu minta RM700 juta.Itupun bercakap dekat Cebu,Filipina.
Kita difahamkan rakyat luar bandar majoriti Melayu sudah bising.Taukeh Kantin kebanyakan UMNO juga mengeluh kerana RMT kemungkinan tiada bulan April ini.Begitu juga kontraktor bekal Uniform Kelab ,bising mereka sudah kehilangan RM.
Jadi kebanyakan mereka kroni UMNO,terpaksalah TPM yang kurang cerdik itu minta bantuan tambahan RM700 juta.Bukan sangat hendak tolong rakyat.Jikalau hendak tolong rakyat bajet pendidikan tidak akan dipotong-potong.Potong-potong kata iklan TV.
Kita baca berita ini menunjukkan TPM kita tak layak jadi PM menggantikan Najib.

CEBU 27 Jan. - Kementerian Pelajaran dijangka menerima bantuan tambahan sebanyak kira-kira RM700 juta bagi membolehkan bantuan untuk pendidikan yang dikurangkan pada Bajet 2010 lalu, diteruskan semula.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu adalah perkiraan kasar yang dibuat kementerian beliau selepas Kabinet hari ini bersetuju meluluskan usul menimbangkan semula pemberian bantuan itu.
Beliau pada mesyuarat Kabinet itu diwakili oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjalankan tugas sebagai Menteri Pelajaran.
"Kita akan berunding dengan Kementerian Kewangan berapa bantuan yang disediakan semula itu supaya mana-mana bantuan yang terpaksa kita kurangkan sebelum ini boleh dilaksanakan seperti biasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tamat salah satu sesi perbincangan yang dihadiri beliau di sini, sempena Persidangan Majlis Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEC) Ke-45.
Pada pembentangan Bajet 2010 lalu, kerajaan terpaksa mengurangkan bantuan tahunan bagi sekolah-sekolah berbanding tahun sebelum ini kerana defisit yang didepani negara.
Pengurangan bantuan itu mencakupi enam perkara iaitu skim bantuan tuisyen, bantuan pakaian sekolah beruniform, bantuan makanan asrama dan rancangan makanan tambahan.
Turut dikurangkan ialah bantuan elaun murid berkeperluan khas dan sukan serta kokurikulum.
Menurut Muhyiddin, keputusan memberikan semula bantuan bagi pendidikan itu menunjukkan kerajaan sangat prihatin dengan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar.
Dalam masa yang sama, beliau melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan kerana memberi perhatian sewajarnya kepada perkara tersebut.
"Harapan saya isu bantuan kepada pendidikan selepas ini tdak lagi berbangkit di kalangan ibu bapa dan para pelajar pula tidak menjadikannya alasan untuk meneruskan pembelajaran dengan sempurna," katanya.

Mahfuz cadang ‘Kementerian Pembangunan Bumiputera’ untuk ketepikan Umno

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR : Motif  kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyeru pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bumiputera supaya suarakan rasa tidak setuju  dengan keputusan Perdana Menteri bubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dipersoalkan.
Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, seruan Muhyiddin itu seolah-olah menggambarkan kempen ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ seperti gagal dihayati oleh Muhyiddin.

“Saya lihat seperti ada yang tidak kena antara Najib (dan) Muhyiddin, sama ada Najib dalam dilemma (iaitu) untuk terus jaga kepentingan kroni Umno melalui MeCD ini atau perlu buktikan kepada bangsa-bangsa yang lain tentang kempen ‘1Malaysia’ yang beliau nak bawa.

“Kenyataan Muhyiddin itu bagi saya seolah-olah beliau tidak menghayati konsep ‘1Malaysia’ atau tidak faham dilema yang Najib alami sekarang,” kata Mahfuz.

Menganggap MeCD adalah proksi strategik untuk mengkayakan segelintir pihak atas sensitiviti Melayu, beliau mencadangkan sesuatu kementerian yang lebih komprehensif bagi menggantikan MeCD demi mengukuhkan keyakinan rakyat majoriti, iaitu Bumiputera bahawa Pakatan Rakyat bersedia menggantikan Umno dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) kelak.

“Bumiputera dan Melayu masih dilihat menyokong Umno disebabkan ada kementerian sebegini (MeCD) walaupun dilihat gagal memperkukuh ekonomi Bumiputera.

“Kalau kita nak menggantikan Umno, maka tidak salah kita menawarkan sesuatu yang lebih baik (dari MeCD) demi meyakinkan kaum Bumiputera kerana mereka juga (adalah) rakyat yang harus dipedulikan," katanya.

Sehubungan itu, Mahfuz mencadangkan, Pakatan Rakyat menawarkan Kementerian Pembangunan Bumiputera (KPB) bagi memperkasa ekonomi Bumiputera.

“Langkah pertama, Mara (Majlis Amanah Rakyat), PNB (Permodalan Nasional berhad) dan Tabung Haji (TH) perlu diletakkan di bawah KPB kerana penubuhan institusi tersebut hasil semangat (dari) Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.

Kaedah Pengurusan dan Pengawasan

Menurut beliau, suatu mekanisme pengawasan diperlukan untuk memastikan pengurusan ala Umno tidak berlaku dalam ketiga-tiga pentadbiran Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) tersebut.

“Kalau calon Pengerusi (CEO) dan Ahli Lembaga Pengarah GLC tersebut dicadangkan oleh Perdana Menteri atau badan Eksekutif, tetapi perlu saringan temuduga oleh Jawatankuasa Pemilihan di bawah Parlimen dan kemudiannya diperkenan (lalu) dilantik oleh (DYMM) Yang Dipertuan Agong; adakah akan wujud kronisme dalam kepemimpinan tertinggi GLC ini,” soal Mahfuz.

Jelasnya lagi, perlantikan secara eksklusif yang melibatkan satu-satu pihak sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan Umno dilihat (rakyat) seolah-olah menjadikan GLC sebagai ‘telaga duit’ untuk kroni-kroni tertentu sahaja.

Kesan berantai pada pengurusan tidak cekap tersebut, menurut Mahfuz mengakibatkan wawasan negara untuk meningkatkan produktiviti rakyat melalui pengurusan yang komprehensif gagal dicapai walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan lebih tiga dekad yang lalu.

Sehubungan itu, kepemimpinan yang ‘anti-kronisme’  tersebut perlu terus memberdayakan ‘serampang dua mata’ MARA; iaitu (1)Memberdayakan pendidikan Bumiputera; dan (2)Merapatkan jurang sosial antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Menurut Mahfuz, MRSM perlu diperbanyakkan untuk memberi peluang yang sama untuk Bumiputera mengubah taraf hidup mereka melalui pendidikan.

“Kalau kita ada 222 Parlimen di Malaysia, apa salahnya diperbanyak lagi MRSM khususnya di kawasan perdalaman (termasuk) di Sabah (dan) Sarawak supaya Bumiputera (seperti) Kadazan (dan) Dayak juga boleh menikmati peluang pengajian yang lebih baik (untuk) mengubah hidup masing-masing,” jelas Mahfuz.

Tambahnya, Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Politeknik Mara juga perlu diperbanyak supaya tenaga mahir dan separa mahir dari kalangan Bumiputera turut boleh dipertingkatkan.

Ditanya tentang kaedah menjana pendapatan Mara untuk menampung kos-kos pelaburan ‘modal insan’ tersebut, Mahfuz mencadangkan suatu tranformasi dilakukan pada pada sistem pemilikan ekuiti Bumiputera.

“Dalam DEB, pemegangan 30 peratus saham di setiap syarikat yang disenaraikan (dalam) Bursa Saham Malaysia (BSM) mesti dimilik oleh Bumiputera (iaitu) kroni-kroni tertentu sahaja diberikan peluang menguasai ekuiti tersebut.

“Mengapa tidak 30 peratus ekuiti Bumiputera tersebut diserahkan (secara) langsung kepada MARA untuk tujuan pendidikan...itu lebih telus dan menutup peluang (mereka yang terbabit mengamalkan) kronisme,” ujarnya.

Menurut Mahfuz, pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera  secara persendirian itu merugikan Bumiputera secara kesuluruhannya.

“(Pada tahun) 1984 hingga 2001, kerajaan telah memberikan RM52 bilion (berupa) saham kepada Bumiputera, tetapi sekarang ekuiti tersebut hanya tinggal lebih kurang RM2 bilion sahaja,” jelasnya.

“Kalau Mara diberikan (secara) langsung 30 peratus ekuiti tersebut (dari) Bursa Saham Malaysia, tidak cukup lagikah untuk menampung kos pendidikan dan biasiswa...pemilikan tersebut tidak lari ke mana-mana.”

Jelas Mahfuz, punca berlakunya pengucupan ekuiti tersebut dipercayai umum disebabkan oleh sikap kroni-kroni terbabit sendiri apabila mereka sanggup menjual saham persendirian masing-masing kepada pihak yang ketiga untuk  menjadi ‘Jutawan Segera’.

Perkasakan Tabung Haji menjadi Baitul Mal Nasional Sdn. Bhd.

Berhubung cadangan meletakkan Tabung Haji (TH) di bawah Kementerian Pembangunan Bumiputera (KPB) pula, Mahfuz mencadangkan badan tersebut diberdayakan menjadi Baitul Mal Nasional Sdn. Bhd. untuk menguruskan hartanah umat Islam di Malaysia.

“Tabung Haji tidak boleh lagi terus menjadi syarikat pengurusan Haji semata-mata sejak tiga dekad lalu lagi. Tabung Haji perlu diperkasakan (menjadi) Baitul Mal Sendirian (Berhad) untuk urus hartanah umat Islam,” jelasnya.

Beliau turut mencadangkan TH memanfaatkan sektor perlancongan yang sedia ada dengan membina rakan kongsi strategik dari kalangan agensi-agensi pelancongan Bumiputera.

Melalui fungsi baru TH, sedikit banyaknya mampu melaksanakan aktiviti kebajikan dalam kalangan rakyat, khususnya umat Islam.

Rombak Permodalan Nasional berhad (PNB)


Melalui Kementerian Pembangunan Bumiputera, PNB pula dicadangkan untuk memberdaya bidang keusahawanan masyarakat Bumiputera.

“Kalau MARA menumpukan soal pemerkasaan ‘modal insan’ melalui bidang pendidikan, PNB perlu memperkasakan tahap hidup bumiputera secara keusahawanan,” jelasnya.

“(Fungsi) Tekun perlu dinilai semula, sekiranya PNB sudah cukup untuk menguruskan pinjaman kepada usahawan bumiputera secara adil.”

Menurut Mahfuz lagi, PNB seharusnya sebagai penjaga amanah (Custodian) kepada segala perbendaharaan, seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang menjadi milik bersama Bumiputera.

Peranan ‘Pemegang Amanah’ ini sekaligus mampu meningkatkan saham Bumiputera dalam Bursa Saham Malaysia kelak kerana tidak ada campurtangan kaum pemodal dalam pemilikan saham-saham tersebut secara persendirian.

Yakinkan rakyat dengan model pengurusan

Bagi Mahfuz, rakyat perlu diperkenalkan dengan model pengurusan yang lebih baik, supaya mereka lebih yakin bahawa PAS serta Pakatan Rakyat layak mengantikan Umno dan BN dalam PRU13 kelak.

“Kementerian (Pembangunan Bumiputera) ini adalah suatu cadangan, seluruh pemimpin Pakatan Rakyat dan PAS sendiri boleh berbincang dan menolak sekiranya tidak sesuai.”

“PAS dan Pakatan Rakyat seharusnya mengemukakan suatu model pengurusan yang lebih baik, ‘anti-kronisme’, tolak nepotisme dan berintegriti, supaya rakyat boleh yakin dengan kemampuan kita untuk menjadikan Malaysia (sebagai) sebuah kerajaan (yang) kebajikan berbanding Umno (dan) BN,” jelasnya.

Kementerian Pelajaran Makan duit yuran MSSM

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang juga timbalan perdana menteri diminta supaya memberi penjelasan berhubung kewajaran Kementerian Pelajaran memotong bajet untuk program Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) kepada RM1.5 juta berbanding RM6 juta tahun lalu.

Pelajar sekolah diwajibkan membayar yuran sebanyak RM4 setahun bagi MSSM. Empat juta murid didharab RM4 =RM16 juta.Banyak tuh!

Kementerian perlu jelaskan kerana wang sebanyak itu adalah hasil dari kutipan murid-murid dan adalah menjadi hak kepada mereka.Duit tersebut bukan dari bajet Kementerian Pelajaran. Tiada ada alasan bagi kementerian menggunakan wang tersebut untuk perkara lain kerana wang tersebut dikutip daripada murid-murid bagi tujuan menjayakan program MSSM.

Laporan pada 13 Januari lalu, antara lain menyebut, sebelas jenis sukan - termasuk bowling, memanah, ping-pong dan kapal layar - digugurkan daripada 24 jenis sukan untuk kejohanan MSSM peringkat kebangsaan tahun ini kerana "kekurangan bajet."Acara sukan itu tidak sepatutnya digugurkan kerana ada di antaranya termasuk dalam program 'Road to London 2012'

Berita terbaru dilaporkan,bahawa Kementerian Kewangan bersetuju untuk memberikan kepada Kementerian Pelajaran bantuan tambahan sebanyak kira-kira RM700 juta bagi membolehkan bantuan untuk pendidikan yang dikurangkan pada Bajet 2010 lalu, diteruskan semula..[klik sini]

Azmin: Saya ada maklumat ahli Umno terlibat bakar gereja

Nazri Abdullah   
PETALING JAYA, 27 Jan: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda Umno.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata sedang mengumpul maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum.

Selain nama, beliau juga sedang dalam usaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno kesemua mereka yang didakwa terlibat.

"Berdasarkan senarai nama tertuduh yang telah didakwa di mahkamah, sebahagian daripada mereka pemuda Umno bahagian Gombak dan bahagian Ampang.

"Maklumat awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli Umno, malah cawangan mana pun saya sudah perolehi," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, terbakar diserang dengan bom api.
Pada masa sama, beliau mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjawab segera dakwaan penglibatan ahli Umno dalam kes terbabit.

"Saya lihat trend hari ini, survival Umno itu hanya boleh diperolehi melalui permainan isu kaum dan agama.

"Saya harap Umno hentikan sentimen seperti ini kerana ia cukup bahaya kepada rakyat Malaysia," katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu melawat tempat kepala babi yang dilontar di perkarangan  masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya awal pagi ini.

Berhubung hal itu, PKR jelasnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Islam tegasnya tidak menganjurkan perbuatan khianat seperti itu apatah lagi yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk.

"Pihak polis harus kerah seluruh kekuatan yang ada untuk menjaga ketenteraman awam dan bukan menjaga keselamatan dan ketenteraman pemimpin Umno dan Barisan Nasional sahaja," katanya.

KEPUTUSAN PERBICARAAN SIAPA MB PERAK YG SAH - DSN

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Perbicaraan rayuan yang terakhir status MB Perak telah di adakan hampir 3 bulan lepas di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada 5 Nov 2009. Seramai 5 orang hakim telah mendengar bagi mengadili kes yang penting dan besar ini. Saya telah merayu agar kes ini didengar oleh 11 orang hakim dari mahkamah sama. Rayuan ditolak maka saya rayu untuk diadakan 9 orang pun juga ditolak oleh Tan Sri Alauddin.

Akhirnya saya pohon 7 orang dengan hujjah yg kukuh kerana kes ini terlalu besar, biarlah ramai hakim mendengarnya supaya keadilan itu terjelma. Lagipun dia boleh menjernihkan imej institusi mahkamah dan judisyiari yg telah tercalar dan tercemar . Pernah mahkamah sama memberi 7 orang hakim semata-mata bagi mengadili kes edar dadah sebelum ini dan bolih pula! Terdapat beberapa orang hakim yang pakar perlembagaan Perak dan Persekutuan spt Richard Malunjum, Tan Sri Gopal Sri Ram yang belum pernah mendengar kes Perak sepatut diberi peluang. Kes ini juga banyak merujuk kepada kes Stephen Kalong Ningkan di Sarawak, jadi elok kalau hakim dari Sarawak juga ikut turut serta.

Maka 5 orang hakim berhenti "rihat" 30 minit dibelakang kamar. Setelah bermula pebicaraan, ketua (Tan Sri Alauddin) menyatakan bahawa mereka sebulat suara hanya mambenarkan 5 orang hakim dan tidak lebih!. Maka saya beritahu Ketua Pembela saya Tn Hj Sulaiman untuk teruskan juga kerana kes ini terlalu lama dan saya yakin dengan hujjah Tn Hj Sulaiman.

Kelima -lima hakim tersebut ialah Tan Sri Alauddin, Tan Sri Ariffin Zakaria, Dato Zulkifli Makinuddin, Dato Hamid Embong dan Dato Ghazali Yusoff. Setelah perbicaraan habis jam 6.40ptg, maka sebolihnya keputusan dibuat, namun apa yang dimaklumkan olih Tan Sri Alauddin ialah, "keputusan mahkamah ini hanya akan di umumkan pada suatu tarikh yang akan di beritahu kelak!"Sudah hampir 3 bulan, masih belum ditetapkan. Cuma baru semalam saya diberitahu bahawa keputusan akan diumumkan pada 9 Februari 2010.

InshaAllah saya akan pergi ke Putrajaya pada hari tersebut. Apapun keputusan saya terima dgn terbuka hati demi kebaikan negeri Perak. Tetapi pemulihan demokrasi sepenuhnya hanya akan dapat dicapai melalaui pemberian hak kepada rakyat negeri Perak untuk memilih semula dan untuk itu DUN Perak mesti dibubarkan. Ini yang saya lakukan pada 11 Mei 2009 apabila Mahkamah Tinggi KL mengisytiharkan saya sebagai MB sah negeri Perak pada jam 5 petang di Jalan Duta, maka pada jam 10.30 malam saya berada di Istana Kinta, Ipoh untuk memohon perkenan DYMM Sultan Perak agar di bubarkan DUN Perak, namun tidak berhasil. Pada pagi 12 Mei 2009 jam 8 pagi saya masuk kepejabat MB Perak. Saya sempat menghadiri majlis anugerah bintang kebesaran di Istana Kuala Kangsar dan bersantap dengan Tuanku Raja Muda. Kemudian kembali semula kepejabat MB dan bermesyuarat. Tepat jam 2.30 petang , saya di arah keluar dan kami akur kerana menghormati mahkamah .
Saya tidak gila kuasa dan saya tak mahu pegang kuasa selagi ianya tidak halal, bersih dan tulin atas keputusan pilihan rakyat.Biarlah jawatan yg kita pangku itu sah dikacamata semua. Itu sebab saya bergegas ke Istana Kinta pada malam itu juga untuk pohon dibubarkan DUN Perak. Namun, keputusan Mahkamah Tinggi KL dari Hakim YA Dato Abd. Aziz telah di "Stay"(ketepikan) oleh mahkamah Rayuan melalui perintah hanya seorang hakim Dato Ramli Ali. saya terima keputusan mahkamah Rayuan maka saya keluar dari pejabat MB bersama rakan rakan EXCO. YB Dr Zambry di kembalikan semula ke pejabat MB oleh mahkamah Rayuan.

Saya tunggu keputusan hakim pada 9 Feb. 2010 ini dan berdoa agar kebenaran dan keadilan serta hak rakyat Perak dapat di kembalikan. Demokrasi pilihanraya bebas dapat di adakan semula supaya rakyat Perak dapat memilih wakil rakyat dan kerajaan yang kuat dan sah dapat di tubuhkan, InshaAllah.
Hidup Rakat, Bubar DUN Perak, Pulih Demokrasi!