TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, April 1, 2010

Ucapan Terima Kasih dari Isteri, keluarga dan anak-anak Allahyarham Dato' Hashim Embi ( Pembaca Berita RTM) yang telah mengurus jenazah Allahyarham.


Assalamualaikum,

Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah secara sukarela memberikan kudrat dalam menguruskan jenazah Allahyarham Ayahanda saya. Saya sungguh terharu dengan keprihatinan yang telah diberikan terutama oleh jiran-jiran yang sangat saya hormati, kariah Surau Madah dan juga An-Nur. Saya dan keluarga tidak menyangka sama sekali kehadiran yang begitu ramai memberi salam terakhir buat Allahyarham kerana tidak ramai yang mengetahui Allahyarham semasa dalam uzurnya berada bersama-sama saya dan keluarga di Seri Manjung selama hampir 5 bulan. Alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Esa kerana segala urusan berjalan dengan sempurna tanpa sebarang halangan.

Terima kasih juga kepada Dato' Seri Nizar kerana telah sudi datang ke kediaman saya untuk menziarahi Allahyarham semasa beliau terlantar sakit. Kami benar-benar tidak menyangka akan kehadiran Dato' Seri dan ia akan sentiasa menjadi kenangan manis buat kami sekeluarga. Allahyarham juga sangat teruja ketika itu.

Terima kasih sekali lagi dari saya untuk semua sebagai mewakili Ibu, Datin Mahani dan seluruh keluarga.


No comments:

Post a Comment