TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, April 5, 2010

DS. Nizar dedahkan temberang 'Ketuanan Melayu'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5rO_WXanSyryu4xs9m0cDeTd3mnXzYiAUktURV4eQ7Oi_tTnfZszCGAl7Dt8FLmI6M_uYZYbL-w8PQtYdO0JsgQultGCRg9yZa4EySdZ8EijjjozU55HZwiBGfRAcV0j8_UgT3Sz54Nw/s320/Nizar.jpgAdakah 'Ketuanan Melayu' ini sesuatu yang benar?Adakah 'Ketuanan Melayu' sesuatu yang Islamik?

Inilah beberapa persoalan yang dilontarkan DS. Nizar ketika memulakan kuliah di surau Nahdhatul Syifa,Fasa 3C pada malam tadi.

Beliau seterusnya memulakan kuliah dengan membaca sepotong ayat dari Surah Al-Ma idah yang bermaksud

"Wahai orang2 yang beriman,hendaklah kamu menjadi orang2 yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah,menjadi saksi dengan adil.Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil.Berlaku adillah,kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa.Dan bertaqwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" (ayat 8).

Dengan berhujjahkan ayat ini,beliau kemudiannya menghuraikan betapa tidak Islamik bahkan batil,palsu dan sesatnya fahaman 'ketuanan Melayu' yang telah menjadi satu pegangan yang kuat beberapa golongan tertentu pada hari ini.

Dengan berpaksi kepada 'ketuanan melayu',gerombolan tertentu dalam negara ini sanggup melakukan perkara yang ditegah agama seperti rasuah,bohong,fitnah,berlaku zalim dan tidak adil kepada kaum lain.Hal ini memuncak dengan perbuatan merampas kuasa kerajaan negeri yang sah dipilih oleh rakyat di Perak.Tanpa segan silu gerombolan ini mendakwa mereka dipihak yang benar walaupun mereka dilihat bergelumang dengan dosa dan noda yang mereka lakukan.

Maka kesannya telah membawa kepada gejala yang tidak sihat yang berlaku pada hari ini seperti dadah,kerosakan akhlak dan akidah,buang bayi,anak luar nikah yang jika dilihat bahawa yang 'menjuarai' semua itu tadi ialah orang-orang Melayu.Apakah ini yang dimaksudkan dengan 'ketuanan melayu'?Apakah ini yang dimahukan dengan 'ketuanan melayu'?

Tetapi kesan yang lebih teruk lagi daripada itu ialah apabila membuatkan golongan bukan Islam di negara ini yang majoriti mereka terdiri dari kaum Cina dan India telah memandang serong kepada Islam.Kenapa berlaku demikian?Ini kerana majoriti yang beragama Islam ialah orang Melayu.

Dengan perbuatan gerombolan pelampau yang tidak berpaksi kepada kebenaran ini,membuatkan jurang pemisah antara muslim dan bukan muslim menjadi begitu jauh.Mereka hina bahkan ada yang anti kepada Islam.

DS. Nizar seterusnya mendedahkan bahawa 'ketuanan melayu' tidak ada dalam perlembagaan yang diamalkan di negara ini,apatah lagi dalam perlembagaan Allah iaini Al-Qur'an.Dalam Al-Qur'an Allah menyarankan supaya setiap kaum itu mengenali dan bermesra antara satu sama lain.Al-Qur'an menjelaskan perbuatan ini lebih mendekatkan kita dengan taqwa.

Beliau seterusnya menceritakan pengalaman mentadbir negeri Perak selama 10 bulan sebelum rampasan kuasa berlaku.Dengan dasar yang adil untuk semua kaum menyebabkan Islam dan PAS yang menerajui kerajaan pada ketika itu telah dipandang positif oleh golongan bukan Islam.Banyak dari golongan bukan Islam yang mewakili pertubuhan tertentu yang sebelum ini takut untuk mendekati Islam bahawa mereka tidak lagi takut dengan Islam.Mereka mula sedar kebaikan Islam.Mereka semakin faham dan jelas pendirian Islam terhadap isu perkauman yang cuba disalah ertikan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini.

Ketika ini kedengaran ada hadirin yang melaungkan 'Umno'. Ini merujuk kepada golongan tertentu yang disebutkan DS. Nizar.

Ramai juga dikalangan pimpinan masyarakat bukan Islam (DAP,PKR&NGO's) yang sudah boleh berhujjahkan ayat-ayat Al-Qur'an dan hadis Nabawi ketika berceramah dan menyampaikan mesej tetentu kepada rakyat.Bahkan mereka telah memberi jaminan untuk terus menyokong kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang diterajui oleh PAS. Buktinya ketika pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang apabila didapati lebih 85% peratus pengundi bukan Islam telah memberikan sokongan dengan mengundi beliau (DS. Nizar) pada ketika itu.

Seterusnya,pada akhir kuliah DS. Nizar menyeru para hadirin,yang barangkali masih ada lagi 'sekupang dua' terkesan dengan faham 'ketuanan melayu' ini supaya meninggalkan pegangan yang sesat lagi batil ini.

Beliau mengingatkan hadirin dengan beberapa kaum yang disebut dalam Al-Qur'an yang begitu kuat pegangan ketuanan kaum mereka seperti kaum Aad,Thamud dan juga Fir'aun.Mereka telah membina tamadun yang hebat yang kesannya boleh dilihat sehingga ke hari ini.
Imbang Penuh
Tetapi di mana kaum-kaum ini sekarang ini?

-Nur12-

No comments:

Post a Comment