KUALA KUBU BAHARU 17 April - Orang Asal Hulu Selangor sudah bosan serta menolak Umno-Barisan Nasional kerana tidak pernah mengambil tahu tentang masalah mereka dan mengabaikan kebajikan Orang Asal sejak lebih tahun mentadbir negara.
Seorang wakil Orang Asal yang ditemui pada perarakan calon Pakatan Rakyat ke pusat penamaan calon semalam, Kin Kasim, 58, berkata antara masalah yang paling besar dihadapi kaum Orang Asal di Hulu Selangor ialah isu tanah yang telah diketepikan oleh Umno-BN sejak sekian lama.
"Hal tanah ini memang menjadi masalah besar kepada kaum Orang Asal, kerajaan BN tidak pernah berbincang dengan kami tentang masalah tersebut sehinggakan ada tanah kami telah dicerobohi oleh pihak luar menyebabkan kami susah untuk bercucuk tanam. Selain itu juga kami tidak mendapat hak milik ke atas tanah kami itu, sekarang semua Orang Asal marahkan BN," jelasnya.
Penamaan calon semalam menyaksikan penyertaan masyarakat Orang Asal yang sama-sama berhimpun dengan penyokong Pakatan Rakyat bagi memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Kaum Orang Asal yang datang dari Kampung Penderas Kuala Krau Temerloh Pahang seramai 30 orang tiba di Kuala Kubu Baharu sejak jam 5 pagi semalam.
Seorang lagi wakil Orang Asal, Majid Siap, 58, juga menjelaskan isu tanah sememangnya menjadi masalah terbesar kaum Orang Asal di negara ini.
"Isu tanah ini memang menjadi masalah besar kepada penduduk kaum asal dan ada juga tanah kami diambil oleh BN tanpa kami sedar. Sikap yang sedemikian inilah membuat masyarakat orang asal sudah bencikan BN, kami sanggup datang jauh semata-mata ingin memberi sokongan kepada KEADILAN yang jelas telah menolong kaum Orang Asal di Selangor, kami juga mahu masyarakat Orang Asal di Pahang juga dapat dibela.
"Kami Orang Asal memang tak puas hati dengan sikap BN dan kami menjadi mangsa BN yang tak berhati perut, dengan mempertikaikan hak kami ini yang membuatkan Orang Asal marahkan BN sekarang. Kami akan hancurkan BN pada pilihan raya yang akan datang dengan sebatang pensil sahaja," katanya.
No comments:
Post a Comment