TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, April 29, 2010

Dakyah Kickdefella - PAS Kelantan


PETALING JAYA: PAS Kelantan menafikan dakwaan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bahawa parti itu terlibat dalam konspirasi perang gerak saraf terhadap Barisan Nasional (BN).
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang juga Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim menyifatkan dakwaan Syed Azidi yang juga bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)itu sebagai satu pembohongan yang terancang.
"Apa yang disebut itu sebagai satu dakyah yang jauh daripada kebenaran... ia tak betul sama sekali.
"Semua yang dicakapkannya tidak benar, saya pasti segala pembohongan yang dilakukanya telah dirancang untuk mencemarkan imej PAS," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan Syed Azidi atau lebih dikenali sebagai Kickdefella yang mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS terus kekal memerintah di Kelantan.
Syed Azidi membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti.
Dalam pada itu Mohd Zaki berkata, beliau percaya Syed Azidi diupah oleh Umno untuk sengaja memburuk-burukkan PAS.
"Dia dibayar oleh Umno untuk burukkan kita (PAS), dia sengaja nak lemahkan kepimpinan PAS dengan isu-isu mengarut seperti ini," katanya.
Jelasnya, PAS tidak perlu menggunakan wang untuk melemahkan Umno dan BN seperti yang didakwa Syed Azidi kerana parti itu mempunyai strategi tersendiri seperti yang diamalkan selama ini.
"Sejak dari dulu lagi kita sentiasa berusaha untuk jatuhkan Umno dengan cara mendekati rakyat dan pelbagai aktiviti yang lebih menguntungkan rakyat... PAS tak perlu guna duit," katanya.
Ditanya sama ada PAS Kelantan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Syed Azidi, beliau berkata: "Ini politik budak-budak, kami tak perlu nak layan."

No comments:

Post a Comment