TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, April 15, 2010

Janji kepada Palanivel ; ditawar jawatan senator, timbalan menteri


Palanivel ditawar jawatan senator, timbalan menteri

KUALA LUMPUR, 15 April — Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel (gambar) yang tidak dipilih semula sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor dijangka akan dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Malah atas kapasiti itu, beliau juga disebut-sebut akan dilantik sebagai timbalan menteri.

The Malaysian Insider difahamkan ia sebahagian daripada kompromi yang dicapai oleh pucuk kepimpinan MIC dan BN pagi tadi dalam usaha menyelesaikan kemelut menentukan calon pilihan raya kecil ini.

“Ini formula terbaik, situasi menang-menang... sebenarnya dengan ini MIC akan mendapat satu kerusi senator dan timbalan menteri tambahan,” kata seorang pemimpin kanan MIC kepada The Malaysian Insider.

“Tawaran yang BN sedia berikan kepada Palanivel ialah beliau akan dilantik sebagai senator dan kemudian timbalan menteri,” kata pemimpin itu yang namanya tidak mahu didedahkan.

Menurut pemimpin kanan itu, Palanivel juga telah menyatakan persetujuan menerima formula itu atas semangat BN.

Palanivel juga menghadiri mesyuarat mencari penyelesaian yang bermula 10 pagi tadi di rumah Samy Vellu di sini.

Beliau tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Sehingga Mac 2008 Palanivel merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau pernah menyandang jawatan setiausaha parlimen sebelum dilantik sebagai timbalan menteri pada 2004.

Palanivel, nama tunggal yang dikemukakan oleh MIC kepada pucuk kepimpinan BN telah diketepikan, sebaliknya BN memilih Timbalan Ketua Pemuda MIC pusat V. Mugilan yang dikatakan popular berbanding ketuanya itu.

Palanivel merupakan ketua MIC Hulu Selangor manakala Mugilan merupakan ketua Pemuda MIC Hulu Selangor.

Oleh kerana MIC berkeras mahukan Palanivel dan pada masa yang sama membantah pemilihan Mugilan, yang didakwa sebagai proksi Umno, pucuk kepimpinan BN bersetuju untuk menggantikan Mugilan dengan nama lain.

Selepas dua jam bermesyuarat MIC mengesyorkan nama Ketua Penerangan P. Kamalanathan sebagai calon gantian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor. - MalaysianInsider

* Umno Hulu Selangor, meleleh air liur...

No comments:

Post a Comment