TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, April 8, 2010

Anwar Hantar Surat Kepada Agong Mohon Batal Kontrak Israel-Zionis

KUALA LUMPUR 8 APR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  hari ini menghantar  surat kepada Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin memohon supaya  menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatal  segala bentuk kontrak dengan Israel yang menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata,  surat tersebut ditulis bagi meminta segala  hubungan dengan Apco Worldwide dan syarikat B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PL diberhentikan dengan segera.

Anwar pada  sidang media di Parlimen tadi berkata beliau merujuk penjelasannya kali ini kepada beberapa surat yang diterimanya sebagai bukti yang diminta oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kelmarin.

"Antara surat tersebut ialah Surat Pengarah Jabatan Logistik Polis kepada Penasihat Undang-undang Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 sementara satu lagi surat dimajukan kepada Surat Pengarah Logistik 3 Disember 2008 kepada KSU," katanya.


No comments:

Post a Comment