IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yakin pelantikan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Pengerusi Badan Perhubungan MCA Perak mampu mengukuhkan parti itu dan meningkatkan keyakinan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional (BN) negeri.
Zambry yang juga Pengerusi BN negeri berharap Dr Chua dapat meneruskan agenda perjuangan MCA di Perak, sekaligus sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Saya mengharapkan beliau dapat mengukuh parti dan BN di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak di Dewan Bandaran, di sini hari ini.
BN negeri mengalu-alukan kehadiran Dr Chua sebagai Pengerusi MCA Perak, katanya.
Dr Chua mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Kong Cho Ha yang kini dilantik sebagai Setiausaha Agung MCA. - BERNAMA
**** Oleh kerana pemimpin MCA di Perak tiada yang berkelayakan, itu sebab Dr Chua Soi Lek yang dikenali oleh rakyat Malaysia tentang akhlaknya, dilantik menjadi Pengerusi MCA Perak. Masyarakat China, India di Perak sahaja yang tahu tentang politik negeri ini kepada siapa untuk diberi sokongan. Pendekkata keseluruhanya rakyat Perak tidak suka lagi dengan Barisan Nasional termasuk UMNO menunggu masa untuk melupakan terus BN. Mereka akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat di Negeri Perak dan dunia pun mengetahui Rampasan Kuasa dilakukan di negeri ini dengan akhlak yang buruk.

No comments:
Post a Comment