TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, April 28, 2010

Pengerusi DAP Sarawak Sekali Lagi Dipilih Calon Pakatan Rakyat Di Sibu

 
Pengerusi Parti Demokrasi Rakyat Sarawak (DAP) Wong Ho Leng diumumkan sebagai calon parti pembangkang yang akan bertanding pada pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 8-16 Mei depan. Pilihan raya kecil parlimen itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Robert Lau Hoi Chew 9 April lepas. Sibu mempunyai 54,695 pengundi berdaftar termasuk 52,158 pengundi dan 2,537 pengundi pos iaitu 1,910 tentera dan 627 anggota polis. - Foto BERNAMA
 
SIBU: Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, dipilih oleh Pakatan Rakyat (PR) negeri sebagai calon DAP untuk bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu pada 16 Mei ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, membuat pengumuman tersebut pada majlis jamuan malam yang dihadiri oleh pemimpin empat parti gabungan dalam PR di sebuah restoran di sini, Selasa.
Majlis itu turut dihadiri oleh setiausaha agung PAS Datuk Mustapha Ali, timbalan pengerusi Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Johnny Wong Sie Lee, timbalan pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wan Zainal Abidin Wan Sanusi dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Turut hadiri ialah pengarah kempen pilihan raya Chong Chieng Jen, yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching.
Wong, 50, seorang peguam, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek.
Terdahulu itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan peguam Robert Lau Hui Yew dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebagai calon BN.
Kerusi Parlimen Sibu menjadi kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew akibat barah pada 9 April lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 8 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon dan 16 Mei ini sebagai hari pengundian.
Dalam pilihan raya umum 2008, Robert Lau mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 3,549 undi, dengan menewaskan Wong dan Lim Chun Chuang dari PKR.
Sibu mempunyai 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 undi pos. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment