TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, April 6, 2010

Anwar Minta Speaker Perjelas Notis

http://hornbillunleashed.files.wordpress.com/2009/11/20090702173350_anwar_ibrahim3.jpg Oleh Era Pakatan
KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Sidang Dewan Rakyat meminta Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjelaskan sama ada notis untuk menggantung beliau mengikut prosedur yang sewajarnya.

Anwar merujuk kepada tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini mengusulkan untuk membawa Anwar ke jawantankuasa mengenai hak dan kebebasan parlimen.

“Dibawa usul itu di bawah 27 3, jadi saya hanya hendak beritahu, saya hanya hendak minta pengesahan daripada Datuk Yang di-Pertua, apakah ia memerlukan pengesahan daripada yang di-Pertua iaitu prosedur,"katanya.

Speaker mengesahkan beliau menerima notis tersebut pagi tadi.

“Saya telah menerima notis itu pagi tadi.  Menteri yang berkenaan meminta usul itu diusulkan dalam order paper bagi …… usul akan dibawa di bawah 27 (3) bermakna ada notis.  Jadi notis dalam hal ini biasanya kalau menteri 2 hari kalau Speaker berpuas hati biasanya kalau Speker berpuas hati”

Nazri sebelum ini memaklumkan bahawa notis berkenaan telah diserahkan semalam.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua semalam menyerahkan notis kepada Speaker Dewan Rakyat bagi membawa usul untuk mendesak kerajaan supaya menamatkan perkhidmatan APCO Worlwide.

Ketua Pembangkang itu sebelum ini dipanggil untuk memberi penjelasan ke Dewan Rakyat berhubung kenyataannya di dalam dewan yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Mengikut Nazri, BN akan mengemukakan usul itu pada 22 April, hari terakhir bagi sidang pertama, penggal ketiga bagi sesi parlimen ke-12.

Anwar berhadapan dengan tindakan dikenakan amaran ataupun penggantungan daripada menghadiri sidang dewan, bergantung kepada keputusan jawatankuasa itu. -TVS-

No comments:

Post a Comment