Datuk Seri Samy Vellu dan semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional cukup sedia maklum prinsip asas dalam penentuan seseorang calon pilihanraya.Mereka berhak beri cadangan namun keputusan muktamadnya siapa calon yang akhirnya dipilih terletak ditangan Pengerusi BN yakni Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun ada ‘ gegaran ‘ timbul dalam menentukan calon bagi kerusi pilihan raya kecil Hulu Selangor.Polimek menjadi semakin hangat menjelang pengumuman rasmi dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Command Centre,BN di Bukit Sentosa dekat Rawang jam 4 petang ini.
Ini kerana Samy Vellu bertegas mahu juga Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel jadi calon sekalipun ground report di Hulu Selangor mendapati pengundi di situ ‘kurang berminat’ lagi padanya.
Malam tadi MIC mengadakan mesyuarat tergempar di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur.
Samy Vellu keluar dari mesyuarat lebih sejam setengah itu dengan memberitahu wartawan parti itu mungkin ambil tindakan disiplin termasuk pecat keatas Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor yang juga Naib Ketua Pemuda MIC pusat V Mugilan.
Sekalipun tidak menyebut sebab nak bertindak sampai begitu…nama Mugilan antara paling hangat disebut bakal dipilih sebagai calon.
Andaiannya ialah Samy Vellu memberi kata dua kepada Mugilan jika beliau terima tawaran jadi calon pilihanraya kecil itu.
Ini bila beliau berkata sesiapa saja yang bertindak mencuri kerusi dari MIC akan dikenakan tindakan.
"Ia mungkin Mugilan...ia mungkin siapa saja.Berada dalam senarai teratas ialah Mugilan," ujarnya.
Bunyinya macam ada ‘ perang besar’ yang nak meletup.
Difahamkan Samy Vellu akan bertemu dengan Muhyiddin pagi ini untuk menyampaikan pendirian MIC itu dan usaha terakhirnya memastikan Palanivel lekat jadi calon.
Apakah Timbalan Perdana Menteri akan tunduk pada tekanan ini ?
Para pemerhati politik menilai ia satu keputusan yang menarik untuk diperhatikan.
Mungkinkah Samy Vellu buat kecoh bertindak membawa MIC keluar dari BN jika kehendaknya tidak dipenuhi seperti yang diduga oleh sesetengah pihak ?
Hakikatnya bukan semua pimpinan atasan menyokong tindak tanduk Samy Vellu.
Difahamkan kalangan pemimpin MIC yang tidak senang dengan cara Samy Vellu melanggar prinsip asas BN tidak gusar langsung dengan gelagat Presiden MIC itu.
Bagi mereka Samy Vellu patut hormati siapa jua pilihan Pengerusi BN yang sebelum ini tetap berpegang kepada semangat setiakawan BN mengekalkan kerusi itu pada calon MIC sekalipun ada desakan ia diberi kepada calon UMNO.
“ Tidak ada apa yang perlu risaukan.Kami sudah siap sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan termasuk dalam keadaan worst scenario ,” kata seorang pemimpin kanan MIC yang tidak mahu namanya disebut kepada Agendadaily. -15/4/2010

No comments:
Post a Comment