KUALA LUMPUR, 11 April - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun berkampung di Hulu Selangor beberapa hari bagi membantu kempen calon Paktan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil itu nanti. Beliau dijangka mula berkampung di sana 19 April ini selama beberapa hari sebelum hari pengundian 25 April nanti. Sebelum itu beliau juga akan hadir dan menyampaikan ucapan pada hari pengumuman calon Pakatan Rakyat 13 April ini yang akan diadakan di Pusat Komuniti Serendah. Manakala jadual ceramahnya dalam tempoh kempen pula akan bermula 19 April jam 9 malam di Dewan Orang Ramai Kalumpang. Akan turut serta pada ceramah itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. Pada 20 April pula, Tuan Guru Abdul Hadi dijangka berceramah di kampung Soeharto bersama Anwar dan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim. Selain mereka, akan turut serata berceramah pada malam itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali. Pada 21 April pula, Tuan Guru Abdul Hadi akan berceramah di Padang Majlis Daerah Hulu Selangor. Beliau akan bersama Anwar dan juga Bekas menteri kesihatan yang menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng. Program ceramah pimpinan utama dari ketiga-tiga kompenen parti akan terus diadakan setiap malam sehingga hari Sabtu, 24 April iaitu malam sebelum pengundian. Bagaimanapun jadual mereka masih tertakluk kepada perubahan. Mereka dijangka akan menyentuh pelbagai isu politik tanah air termasuk yang terbaru berhubung penglibatan firma perunding Apco Worlwide yang ada kaitan dengan Israel dalam menjayakan misi 1Malaysia yang diperkenal Datuk Seri Najib Razak. |
TRELLER JELAJAH
Undilah PAS
Tuesday, April 13, 2010
Presiden PAS akan berkampung di Hulu Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment