TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Friday, June 4, 2010

YANG MANA SATU: GEROMBOLAN KATA ANWAR AGEN YAHUDI, B'NAI B'RITH INTERNATIONAL KATA ANWAR MUSUH MEREKA?!




Sebuah pertubuhan Pro-Israel yang tertua di dunia B'nai B'rith telah mendesak Amerika supaya memutuskan hubunggan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia kerana merupakan seorang anti_Israel. Dipetik dari surat yang dikirimkan oleh B'nai B'rith menyatakan, banyak kenyataan, ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim menjurus kepada anti_Israel. Pembongkaran kerjasama APCO/UMNO/NAJIB di Parlimen juga merupakan satu perkara yang sangat mendukacitakan mereka.

Persoalannya sekarang, macam mana puak-puak gerombolan ini menjaja di pelusuk Negara menyatakan Dato seri Anwar Ibrahim sebagai agen Yahudi/Israel? Bukan kah ini merupakan satu fitnah yang puak gerombolan lemparkan. Sekarang telah TERBUKTI Israel yang anti Dato Seri Anwar Ibrahim. Apakah puak-puak gerombolan ini faham akan maksud desakan B'nai B'rith itu. Kalau tak faham rujuklah kepada Apco.Mungkin mereka dapat menjelaskan lebih teperinci berkaitan dengan perkara ini.
 
Persoalannya sekarang, kenapa B'nai B'rith begitu marah apabila Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang mendedahkan hubunggan APCO/UMNO/NAJIB? Apakah yang terselindung dan berlindung disebaliknya? Mungkinkah ada kebenarannya ataupun rahsia mereka telah diketahui umum/rakyat Malaysia? Sehubunggan itu apakah pendirian puak-puak gerombolan? Bersediakah kalian untuk berdepan dengan masyarakat umum/rakyat Malaysia menerangkan kedudukan sebenar dan seterus MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA khususnya kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia amnya?
 
Persoalannya sekarang, diantara PUAK GEROMBOLAN dengan B'NAI B'RITH siapa yang membuat fitnah? Perlukah puak gerombolan mencari lubang cacing untuk menyorokan muka mereka atau kautim dengan Sial Fool tumpang sat.........................?! Tidak pun pi jumpa Brahim Ali Perkasa ajak demo membantah B'nai B'rith kerana mereka istihar Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh mereka sedangkan gerombolan kata Dato Seri Anwar  Ibrahim agen Yahudi/Israel.
 
Kesimpulannya, ingatlah bahawa Allah s.w.t. memerintahkan, " JANGANLAH SESUATU PUAK ITU MENGHINA SATU PUAK YANG LAIN, DAN JANGAN SESEORANG WANITA ITU MENGHINA WANITA YANG LAIN, MUNGKIN YANG DIHINA ITU LEBIH MULIA DARI YANG MENGHINA".  

No comments:

Post a Comment