TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, June 21, 2010

Dato' Seri Nizar di Petang Sabtu 19 Jun 2010 di Pasir Panjang.

Encik Azmi Mohd Nor dari Fasa 3A gembira menerima kehadiran Dato' Seri Nizar ADUN Pasir Panjang, ke majlis kenduri perkahwinan anak perempuannya Nurhadijah.
Di majlis kenduri anak Encik Azmi Mohd Nor itu, Dato' Seri Nizar sempat bertemu dan berbual-bual dengan Saudara Jamaluddin Elias dari Yayasan Amal, salah seorang yang di tangkap oleh askar Israel ketika berada di kapal Marvi Marvara dalam misi Konvoi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza bersama-sama anggota yang lain.
Dato' Seri Nizar sempat bertemu dan menziarahi saudara Baharom@ Abdan Ismail di Kampong Permatang, yang mengalami kecederaan di kepala dan tangan ketika bergelut dengan perompak yang memasuki rumahnya minggu lepas.
 Keadaan kepala Saudara Baharom yang ditetak oleh perompak.
Di Taman Samudera Dato' Seri Nizar bertemu salah seorang penduduk yang mengadu mengenai jalan di depan rumahnya memerlukan bonggol bagi kenderaan bergerak laju terutama motosikal, yang boleh mengakibatkan kemalangan kepada penduduk.
Dato Seri Nizar menyampaikan ucapan di Kampong Baharu (L) di sebuah restoren Cina.
Dato' Seri Nizar bergambar dengan penduduk di Kampong Baharu (L) selapas memberi sedikit ucapan.
Hadir kenduri kahwin India Kampong Baharu (L)
 Dato' Seri Nizar mengambil juadah yang disediakan
 Selepas Solat Maghrib, Dato' Seri Nizar menyampaikan Tazkirah bertajuk Isra' Wal Mikraj di Surau Taman Seri Lekir, Batu 7, Lekir.

Pada 19 Jun 2010 (Sabtu), Dato Seri Nizar mempunyai jadual ketat dari pagi ke malam. Sebelah Pagi, Dato' Seri Nizar telah berada di Pekan Karai, Kuala Kangsar dan kemudiannya beliau memenuhi jemputan Kenduri kahwin Penghulu Safian Shukur di Taman Meru, Ipoh. Kemudian barulah beliau bertolak ke Pasir Panjang mengikut jadual yang telah diatur. Program yang pertama, beliau menghadiri jemputan  kenduri kahwin anak saudara Azmi Mohd Nor di Taman Fasa 3A. Di majlis tersebut, beliau berkesempatan menemui saudara Jamaluddin Elias Aktivis Yayasan Amal, salah seorang yang ditahan oleh Askar Israel di Kapal Marvi Marvara dilautan Mediternean ketika Konvoi Bantuan menghantar bantuan ke Gaza, Palestin. Dato' Seri Nizar juga berkesempatan menziarahi Saudara Baharom @ Abdan Ismail di rumahnya selepas beliau cerdera ketika bergelut dengan perompak di rumahnya di Kampong Permatang, Pasir Panjang. Beliau juga mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampong Baharu (L) dan menyampaikan sedikit ucapan. Di Kampong Baharu (L), beliau berkesempatan menghadiri satu jemputan kahwin keluarga India. Diakhir lawatannya beliau solat maghrib di Surau Taman Seri Lekir dan menyampaikan Tazkirah Israk Wal Mikraj.Dan kembali ke kediamannya jam 10 malam.


No comments:

Post a Comment