TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, June 7, 2010

YDP Kawasan Lumut Letak Batu Asas Pembinaan Bangunan Baru Markas Pas Sungai Wangi

Yang Di Pertua PAS Kawasan Lumut sedang menyampaikan ucapan sempena Majlis meletakkan batu asas pembinaan bangunan baru Markas PAS Kampong Sungai Wangi, Pasir Panjang, Lumut.
Tuan Haji Hasbollah yang menjadi orang kuat Kampong Sungai Wangi sedang menerangkan sesuatu kepada YDP mengenai pembinaan Markas PAS Kampong Sungai Wangi.
YDP PAS Kawasan Lumut meletakkan Batu asas tanda permulaan kerja untuk pembinaan markas.
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Lumut yang turut diundang untuk meletakkan batu asas.
Selain Yang Di Pertua , Timbalannya, saya juga selaku petugas di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang dan Ketua Penerangan Kawasan Lumut berpeluang untuk meletakkan batu asas pembinaan Markas PAS Kawasan Sungai Wangi, Pasir Panjang, Lumut.

Semalam 6 Jun 2010 (Ahad), jam 9.30 pagi, PAS Cawangan Sungai Wangi telah mengadakan Majlis Meletakkan  Batu Asas Pembinaan Markas baru PAS Cawangan Sungai Wangi. Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Lumut; Hj Noh Ahmad. Turut dihadiri oleh ahli-ahli-ahli PAS cawangan Sungai Wangi. Pembinaan bangunan baru  markas ini dibiayai dari derma dan infak ahli-ahli setempat, juga dari luar kawasan. Jumlah perbelanjaan sepenuhnya sebanyak Lima luluh ribu ringgit. Untuk peringkat permulaan, bangunan ini hanya akan dibina mengikut kewangan yang ada dan memerlukan tambahan sumbangan dan derma dari para dermawan bagi menyiapkan lebih awal lagi agar markas ini dapat dibina dengan lebih sempurna.dan boleh digunakkan segera. Kepada para dermawan boleh membuat sumbangan terus kepada PAS Cawangan Sungai Wangi untuk mendapatkan pahala ganjaran sedekah dari usaha membina Markas untuk tujuan gerak kerja Islam.  

No comments:

Post a Comment