Salam Sejahtera...
Pada mulanya malas dah nak pergi ke ceramah malam tadi, letih sangat.. walau semalam Public Holiday, Cuti,,, tapi jemputan kenduri kahwin woii, banyak sangat, semalam 4 jemputan, sempat pegi 2 di sekitar Manjung, kemudian pergi kerumah sahabat sebilik sewaktu di Mekah di Kampung Guar Manong... Balik sampai petang. letih deribar dan letih kenyang perut penuh..
Tetapi oleh kerana harini cuti lagi, aku gagahi juga pergi..., sampai saja ceramah baru bermula...
Ustaz Ahmad Awang bekas Naib Presiden PAS memberi ceramah permulaan, ceritanya pernah berkhidmat di zaman Huseein Onn menjadi PM dan sewaktu Mahathir menjadi PM sebagai Pengarat Pusat Islam.
Bercerita kisah sewaktu selepas kemenangan PRU12 2008, sewaktu nak menubuh kerajaan PR, didatangani oleh seorang Datuk yang juga setiusahanya dalam PUM menjadi orang tengah bersama Zahid Hamidi cuba memujukknya joint kerajaan perpaduan dengan UMNO. Ustaz Ahmad sendiri ditawarkan jawatan Speaker DUN... Fuiyo.. baru tau ,,
Penceramah Kedua, sementara menunggu YB Sivakumar dengan DS IR Nizar sampai, Saudara Paul Yong,Setpol Dato' Ngeh mengambil tempat berceramah, menceritakan kisah sewaktu PRU10 1999 yang lalu, UMNO dan MCA memainkan isu-isu di surat khabar Cina, jika Cina dan DAP bekerjasama dengan PAS, orang lelaki Cina kena pakai kain sarung, kena potong!!!!!!!.... menyebabkan DAP kalah teruk, di DUN Perak hanya yang tinggal DUN Setiawan sahaja...
YB Siva sampai,,, minta maaf sebab lewat, kerana pergi majlis makan malam kenduri kahwin anak bekas pimpinan DAP P Patto.. aku ingat melayu saja sibuk dengan kenduri kahwin, rupanya India pun sibuk kenduri juga...
YB Siva mencabar Zambri MB Mahkamah mengharamkan judi di premis-premis dalam negeri Perak, seperti mana Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng, Kerajaan Selangor dan juga keraajaan Kedah, Kerajaan Kelantan tak perlu cerita lagilah..., Ada berani ke Zambri..., lu mana mana berani.. lu lebih takut sama Vincent Tan daripada takutkan Allah...
Dah hampir 11.20 mlm baru DS IR Nizar sampai dari ceramah di kawasan Hilir Perak,,..
Walaupun letih seharian dari pagi hingga ke malam dalam program konvoi, namun masih bertenaga menyampaikan ceramah, menceritakan jikalau ada PRU sekali lagi di negeri Perak sekiranya Zambri anak jantan, semua kerusi MCA dan MIC lebuh, kerusi UMNO separuh lebuh.., itu pasal Zambri semakin hari semakin cuak sekarang ni...
Hak ini penceramah tambahan merangkap pengerusi majlis, saudara Yusri ketua Pemuda PKR Lumut dan Ketua Penerangan PKR Perak, menceritakan yang beliau juga dah lebih sepuloh kali dicuba-cuba oleh UMNO dengan tawaran yang cukup lumayan supaya melompat ke UMNO dengan syarat membawa bersama golongan muda melayu bersama...
Nizar sampai , berehat seketika menunggu giliran selapas YB Siva.. cuba peratikan dalam gambar dihujung sekali..., nampak muka dan serban jubah putih...
Ha ha... inilah orangnya... Laksamana (B) Haji Imran, pun ada bersama...... apa yang geli hatinya tu,,, oooo Zambri pengecut yaa....
Cuba memerhatikan gaya-gaya penceramah di atas pentas..., Kalau ceramah depan anak buah dalam Navy lain... ini ceramah politik lain.., kena belajar..., nak lawan dengan Zambri bukan senang..., mamak sorang tu, banyak putar alam dan belitnya....
Sahabat baik aku, nak tau dia inilah yang menjadi musuh ketat Adukataruna...
Golongan kaum Cina pun ramai malam tadi, mereka dah tak malu-malu dan segan nak mai dengar...
Sebahagian dari pendengar, tarikh tak berapa kena,, sebab bersamaan dengan cuti sekolah, lepas tu ada lagi ceramah-ceramah perdana di kawasan berdekatan...
Pak Samad orang kuat Pasir Panjang dan Pak Long Bilal Masjid Lumut, memang tak lmiss setiap kali ceramah...
Abang Haji Piee, orang kuat bendahari Surau Madah...
Yang ini pun sama..., tak pernah miss seiap kali ceramah...
Sahabat sewaktu aku kerja dalam Navy dulu....
Saudara kita ni dudok sorang-sorang, nak dengar dengan lebih teliti....
No comments:
Post a Comment