TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, June 10, 2010

Muktamar Pemuda: PAS ajak Shabery, Nakhaie, Puad , Jamil sertai PAS semula

http://nakhaie.files.wordpress.com/2009/09/foto-datuk-nakhaie-insaniah.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNfPcZHCkp4DTSs3XOtMi8p_A-_JHVM4xvyfpuuqL5xE6RqqyudtBEdCYjk0agNoAlNY4RNV3x7RtiOKf1CJq5Od2BrVLuaLMLbsTbcBCke5NAr2_UnhXvTVkRbVDMHbpU383GAECDJQ/s226/puad+1.jpg

http://sun2surf.com/images/sun2surf/articles/33584/-Mej%20Jen%20(B)%20Datuk%20Jamil%20Khir%20Baharom.jpg
http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/12/shabery-cheek.jpg

KOTA BHARU, 10 Jun: Ketua Pemuda PAS menyeru agar bekas pemimpin PAS yang menyertai Umno iaitu Datuk Nakhaie Ahmad, Datuk Ahmad Shabery Chek, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Jamil Khir kembali semula kepada PAS kerana terbukti 'Umno sudah busuk hingga ke usus"

9.50 pagi:

Nasruddin mengajak semua bekas pemimpin yang pernah mendapat tarbiyah PAS agar kembali kepada parti Islam itu kerana terbukti Umno sudah rosak teruk iaitu sudah busuk hingga ke ususnya.

Yang dinamakan beliau adalah Datuk Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan), Datuk Dr Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran) dan Datuk Nakhaie Ahmad.

9.10 pagi:

Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan memulakan ucapannya bertajuk Memurnikan Perjuangan, Maknakan Kemenangan. Beliau mahu ketika PAS mahukan kemenangan dalam pilihan raya, perjuangan PAS tidak ditinggalkan iaitu untuk Islam.

Turut hadir dalam muktamar Pemuda adalah Ustaz Datuk Yahya Osman yang disifatkan oleh Pengerusi Tetap, Misbahul Munir sebagai murabbi untuk kebanyakan pemimpin PAS sekarang khasnya dari Dewan Pemuda.

9.05 pagi:

Pengarah Muktamar Pemuda PAS, Kamaruzaman Yusof dalam ucapan alu-aluannya berkata, Pemuda PAS mencipta sejarah hari ini apabila perwakilan PAS kini lebih ramai kerana ia diwakili terus dari kawasan seluruh negara bukannya negeri sebagaimana sebelum ini.

Beliau turut memaklumkan kertas laporan kewangan muktamar yang dibentangkan dalam buku laporan ditarik balik kerana berlaku kesilapan taip. Laporan baru akan dibentangkan semula dalam muktamar ini.

9.00 pagi:

Pengerusi Tetap Misbahul Munir Masduki memulakan mesyuarat. Beliau melahirkan rasa kesal kerana perwakilan lambat masuk ke dewan Kelantan Trade Centre (KTC) yang menjadi tempat persidangan.

Muktamar kali ini menyaksikan sejarah bermula untuk PAS menggunakan Perlembagaan yang baru dipinda. Muktamar kali ini disertai oleh perwakilan dari PAS kawasan-kawasan seluruh negara iaitu tiga orang bagi setiap kawasan berbanding mewakili negeri sebelum ini.

Ini menjadikan perwakilan semuanya berjumlah 678 iaitu 648 perwakilan kawasan serta 30 Exco Pusat.

No comments:

Post a Comment