TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, June 14, 2010

Nizar lepaskan jawatan Presiden PAFA

Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin secara sahnya meletakkan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang berkuatkuasa serta merta.

Pengumuman perletakan jawatan itu dilakukan oleh beliau sebaik selesai mempengerusikan mesyuarat khas ahli majlis di Pejabat PAFA, Ipoh pagi tadi.

Turut bersama-sama beliau melepaskan jawatan masing-masing adalah YB Seah Leong Peng (Timbalan Presiden), Haji Anuar Hashim (Setiausaha Kehormat), Haji Abdul Rahim (Bendahari Kehormat), Ustaz Norazli Musa (Pengurus Pasukan Liga Super) dan Sdr Anuar Zakaria (Penolong Pengurus).

Segala kemelut yang melanda PAFA sebelum ini dijangka akan beralih arah apabila persatuan tersebut kini di bawah pimpinan sementara Naib Presiden 1 iaitu Datuk Seri Abdullah Hisan.

No comments:

Post a Comment