TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, June 7, 2010

Banyaknya kenduri di musim Cuti Sekolah

 
Haji Zulkifli Ahmad Yusuf, Setiausaha PAS Kawasan Lumut menerima undangan kenduri kahwin anak sahabat beliau Abdul Rahman di Fasa 2D Seri Manjung. 

Semalam 6 Jun 2010 (Ahad) terlalu banyak orang yang mengadakan warimatul urus mengambil sempena cuti persekolahan yang telah bermula. Hinggakan terpaksa mengawal perut untuk menjamah nasi dan lauk yang dihidangkan oleh mereka. Semalam sahaja saya hadir 4 kenduri kahwin yang kebanyakkannya di daerah Manjung. Mula-mula sekali saya ke rumah sahabat saya saudara Wan Roslan yang mengahwinkan anak perempuannya. Kemudian ke rumah cikgu Yusuf di Fasa 1B yang berkebetulan bermenantukan dengan anak Cik gu Suhaimi PPD, yang tinggal berjiran dengan dengan rumah saya di Fasa 2H, Seri Manjung. Di Batu 10, Lekir Tuan Haji Ahmad dan Hajah Azizah menjemput perkahwinan anak lelaki mereka. dan yang terakhir sekali ke rumah Hajjah Fatimah dan Arwah Haji Jalil bekas Jurutera Daerah Manjung.

Kalau macam ni susahlah nak kuruskan badan, asyik makan jer....kolestrol banyak ni...................

No comments:

Post a Comment